web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KDN Serah Polis, SPRM Dedah Identiti Ahli Politik Naungi Kegiatan Judi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 9:39PM

Saifuddin Nasution menyampaikan ucapan perasmian pada Program KDN Madani di Sekolah Latihan Asas Kepolisan Sungai Petani hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendedahkan identiti ahli politik yang dikatakan menaungi kegiatan judi dalam talian.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya percaya kedua-dua agensi itu akan membuat penilaian untuk melakukan perkara itu sekiranya ada keperluan.

"Jadi biar badan penyiasat, polis dan SPRM yang membuat keputusan (sama ada untuk mendedahkan), itu mereka yang akan tentukan mengikut pertimbangan mereka… saya tidak mahu masuk campur bab itu.

"Kedua-dua agensi mempunyai data yang komprehensif berhubung siapa (individu) di sebalik pemain dan juga 'mastermind'...jadi mengenai apakah mereka akan mendedahkan perkara itu, saya tinggalkan kepada penilaian profesional mereka," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program KDN Madani di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata pihaknya percaya nilai aktiviti perjudian dalam talian boleh mencecah sehingga berbilion ringgit setiap bulan.

"Satu minggu mencecah RM200 juta hingga ke RM250 juta… itu baru satu jenis belum yang lain. Dalam Parlimen baru-baru ini saya paparkan kira-kira 100 laman web berkaitan judi dalam talian.

"Bila kita tengok dari segi saiz, volumenya sangat besar dan keuntungan mereka adalah dalam mata wang kripto dan sebagainya… dari segi teknologi mereka sangat ke depan, sebab itu pasukan penguat kuasa perlu tangkas, dua atau tiga langkah ke depan, kerana aktiviti ini walau apa juga alasannya perkara ini adalah sesuatu yang memudaratkan," katanya.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan kegiatan perjudian membiayai aktiviti politik, berikutan data dan maklumat pihak berkuasa yang menunjukkan kegiatan itu dinaungi ahli politik. 

"Pemain dalam industri ini kalau dia dilindungi oleh naungan politik sudah tentu dia kena 'reciprocate' balik jadi tidak mustahil dia membiayai kegiatan politik… jadi dalam perkara ini, saya serahkan kepada polis dan SPRM," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan