web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Farahdhiya Ubah Haluan, Tampil Dengan Single Baharu Genre EDM 

Menerusi single 'Tewas', Faradhiya berpeluang tampil dengan jenama muzik baharu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 5:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terkenal dengan lagu bergenre balada cinta, kehadiran single baharu Farahdhiya bergenre EDM iaitu 'Tewas' pasti mengejutkan ramai peminat setianya yang selama ini mengikuti kembara seninya.

Bahkan, perubahan 360 darjah menerusi genre muzik yang dilakukan penyanyi 'Bertakhta Di Hati' ini sama sekali tidak dijangka.

Namun, Farahdhiya memberitahu, muzik EDM bukanlah asing dalam hidupnya kerana dia pernah mempersembahkan lagu genre itu ketika zaman sekolah.

“Saya pernah menyanyikan lagu bergenre hip hop dan ada elemen EDM. Bukan sahaja ketika zaman sekolah tetapi juga untuk ‘gigs’. 

“Cuma orang tidak tahu hal ini. Jadi, saya teruja dengan single ini apatah lagi dapat bekerjasama dengan penyanyi rap baharu dari Korea Selatan iaitu Dennis,” katanya yang pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza. 

Berkongsi lanjut mengenai 'Tewas', Farahdhiya atau nama sebenarnya, Farahdhiya Mohd Amin, 38, berkata, pertama kali mendengar lagu itu, dia terus jatuh cinta dan bersetuju untuk merakamkannya. 

“Saya terus setuju sebab sukakan melodinya yang catchy. Pada saya lagu sebegini cita rasa orang sekarang. Apatah lagi lagu ini menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Korea.  

“Ini juga satu peluang yang baik untuk saya tampil segar dengan jenama baharu.

"Dulu orang mengenali saya dengan lagu balada. Tapi, kita juga harus mengikuti peredaran zaman kerana lagu sebegini memang digilai,” katanya. 

Denis, penyanyi rap baharu dari Korea Selatan berkolaborasi dengan Faradhiya menerusi lagu 'Tewas'.
Denis, penyanyi rap baharu dari Korea Selatan berkolaborasi dengan Faradhiya menerusi lagu 'Tewas'.

Farahdhiya bagaimanapun enggan menggunakan pendekatan gimik keterlaluan sepertimana yang dilakukan penyanyi lain demi mempromosikan lagu ciptaan sepenuhnya Pown Hasril, Karim Karam, Otromen, Nass dan DL ini. 

“Untuk lagu ini tiada sebarang gimik kerana saya seorang yang simple dan straight forward.

“Jadi, nak keluar lagu kita buat cara biasa sahaja. Pada saya, jika sebuah  lagu itu  bagus, penyanyinya bagus atau produknya baik,  tak perlukan gimik. 

“Kadang-kadang kita tengok sendiri orang buat gimik sampai ada yang memalukan diri dan nampak bodoh sehingga dikecam. 

“Saya tak sanggup buat gimik sebegitu semata-mata untuk meraih perhatian dan saya tidak perlukanya. Bila nak keluar lagu, kita keluarkan lagu sahaja,” katanya. - Getaran, 16 Februari 2022

Gambar: Nova Music 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Hip Hop Jadi Pilihan Ketua Pemuda Umno Untuk Dekati Anak Muda

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

4

Politik 2 tahun yang lalu

‘Bertenang, Jangan Tuding Jari Kepada Sesiapa’ - Mahdzir 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN