web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berangkatnya Ibu Ratu Rock Negara

Ibu kepada penyanyi Ratu Rock negara Ella, Yang Asmah Long meninggal dunia.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2021 4:56PM

Gambar: Tangkapan layar Instagram @kakaazraff

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Khamis menjadi sugul apabila negara menerima khabar dukacita pemergian Yang Asmah Long iaitu ibu kepada penyanyi Ratu Rock negara, Ella. 

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 92 tahun di kediamannya di Telok Gadong, Klang akibat sakit tua. 

Ella sempat berkongsi khabar itu menerusi laman Instagramnya meminta orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan ibunya yang sudah berangkat ke negeri abadi pagi tadi. 

“Semoga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berikan kesabaran kepada ahli keluarganya dan semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang soleh,” tulisnya. 

Allahyarham semasa hayatnya ialah seorang ibu yang hebat. Anak-anaknya membesar dengan darah seni yang mengalir dalam tubuh mereka. Anak sulungnya, Datin Saidatulnisa Aminuddin merupakan seorang jurusolek ternama negara dan selalu menjadi pilihan golongan VIP. Antara individu yang pernah mendapat sentuhannya ialah DYMM Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan juga Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, Menteri Wanita dan Keluarga.

Ramai yang mungkin tidak tahu, Ella juga mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Azahari Aminuddin atau lebih dikenali sebagai Korie. Mengikuti jejak Langkah Ella, Korie juga pernah  bergelar seorang penyanyi yang sempat mencuri perhatian peminat dengan lagu Pergilah Sayang pada tahun 1990-an.  Kini, Korie lebih selesa untuk berehat dan memberi fokus kepada kerja belakang tabir. 

Bukan itu sahaja, Allahyarham juga merupakan nenda tercinta kepada penyanyi dan pelakon berbakat, Kaka Azraff. Pertalian darah keluarga seni ini membuatkan mereka berkongsi banyak persamaan. 

Jenazah Allahyarham  dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Takziah diucapkan kepada Ella sekeluarga. Semoga roh ibunya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. - Getaran, 11 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

2

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

3

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

4

Muzik 4 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN