web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kamal Adli, Uqasha Senrose Nikah November Lalu

Pasangan popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose mendedahkan mereka telah bernikah pada November lalu. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 6:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasangan popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose membuat kejutan apabila mengumumkan mereka kini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan pada 5 November lalu. 

Pengumuman itu dibuat menerusi satu sidang media khas bersama pihak Astro yang bakal menayangkan detik-detik bersejarah mereka diijabkabulkan menerusi tiga episod istimewa.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh bapa pengantin wanita iaitu Nik Sen Mat Ripin bertempat di Janda Baik, Pahang.

Pada majlis akad nikah yang diadakan secara tetutup itu, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35 menyerahkan mas kahwin RM22.50 kepada Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29.

Menurut Uqasha, dia dan Kamal tiada niat merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan semua tetapi melakukannya kerana situasi pandemik COVID-19 yang membataskan banyak perkara termasuk beberapa kali menukar tarikh pernikahan. 

"Dalam masa sama kami mahu menjaga hati keluarga selain telah memberi hak penyiaran ekslusif kepada pihak Astro," katanya.

Pasangan ini akan mengadakan beberapa majlis resepsi bagi meraikan keluarga, sahabat, teman media serta peminat. 

Saat ditanya perancangan bulan madu, Uqasha berkata dia memilih untuk mengerjakan umrah bersama Kamal terlebih dahulu.

"Saya memilih untuk ke Makkah kerana ketika mengerjakan umrah beberapa tahun dahulu, saya pernah doa kepada Allah jika Kamal adalah jodoh yang tepat, permudahkanlah perjalanan hubungan ini.

"Jadi saya mahu ke sana untuk memanjatkan rasa syukur kerana tuhan mendengar doa-doa saya. Tambahan pula Kamal belum pernah mengerjakan umrah," ujar Uqasha. 

Kamal dan Uqasha juga akan terlibat dengan program Romantika terbitan Astro yang bakal merakam momen indah bulan madu mereka.  

Tahniah dan selamat pengantin baharu buat pasangan sama cantik sama padan ini daripada kami di Getaran. - Getaran, 7 Disember 2021. 

Kamal dan Uqasha ketika mengumumkan pernikahan mereka petang tadi.
Kamal dan Uqasha ketika mengumumkan pernikahan mereka petang tadi.

Gambar: Astro

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Uqasha Senrose Umum Hamil Anak Pertama

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukan Hassan Yang Muat Naik Video Saifuddin

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Anugerah MTV Dibatalkan, Hormati Situasi Di Gaza

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Jelajah Album Sulung Sid Sriram Di Malaysia November Ini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN