web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Joe Flizzow Mahu Bantu Anak Muda kuasai Bahasa Inggeris

Penyanyi hip hop terkenal, Joe Flizzow menjalin kerjasama dengan SOLS 24/7 untuk membantu orang ramai menguasai penggunaan Bahasa Inggeris.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2021 8:52AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SOLS 24/7 telah membangunkan aplikasi pembelajaran SOLS Edu yang memberi lebih banyak pilihan kepada pelajar untuk menguasai Bahasa Inggeris.

Dalam usaha menjadikan kandungan lebih menarik, proses pembelajaran Bahasa Inggeris akan dibantu oleh artis terkenal, Joe Flizzow, menerusi aplikasi yang telah dilancarkan pada 26 Oktober lalu ini.

Menurut Joe, dia dan pengasas SOLS 24/7 iaitu Raj Ridvan Singh atau Teacher Raj mempunyai matlamat yang sama dalam membantu anak muda mencapai potensi penuh mereka dan kerjasama ini adalah cara terbaik untuk menyumbang kepada masyarakat.

"Terdapat pepatah dalam dunia hip-hop, 'Real recognise real'. Saya mengiktiraf usaha yang telah dilakukan SOLS Edu sepanjang 21 tahun lepas membabitkan 500,000 pelajar di tujuh negara," kata Joe.

Bukan sahaja mengetahui ilmu asas bahasa Inggeris, program ini turut menyediakan akses percuma dan kaedah pembelajaran yang teratur.

Aplikasi pembelajaran SOLS Edu menggunakan tutorial dalam bentuk video dan audio, kaedah suai padan gambar-perkataan, isi tempat kosong dan latihan berbentuk pilihan jawapan untuk menjadikan proses pembelajaran lebih bersifat interaktif. 

"Secara peribadi, saya sentiasa menggalakkan sahabat dan rakan sekerja untuk belajar Bahasa Inggeris agar tiada sesiapa yang terlepas peluang untuk meningkatkan kemahiran mereka.

"Dan, ianya sangat bagus apabila kru saya berjaya memacu kerjaya mereka ke peringkat lebih tinggi kerana berjaya menguasai Bahasa Inggeris. Saya tumpang gembira," kongsi Joe lagi. 

Menerusi program ini Joe akan mengajar 28 topik merangkumi asas Bahasa Inggeris dan apabila semua sesi berjaya diselesaikan, sijil akan dikeluarkan.

Setelah menamatkan kursus, pelajar akan lebih bersedia dalam penguasaan tatabahasa dan perbendaharaan kata untuk menduduki kertas Ujian Bahasa Inggeris Cambridge yang terpilih. SOLS 24/7 merupakan Pusat Penilaian Sah Bahasa Inggeris Cambridge.

"Ini adalah aplikasi mengagumkan dengan kaedah pembelajaran lebih mudah. Pelajar yang berminat hanya perlu melanggan aplikasi SOLS Edu dan saya akan membimbing mereka,” katanya.

SOLS Edu menggunakan kaedah yang terbukti berkesan yang mana mengajar Bahasa Inggeris menggunakan bahasa ibunda pelajar. Kaedah dan program Bahasa Inggeris ini telah diiktiraf dan menerima anugerah daripada pihak tertinggi dalam arena pendidikan.  Antaranya adalah pengiktirafa yang paling terkenal iaitu Anugerah UNESCO untuk Inovasi Pendidikan pada 2016.

Menurut Teacher Raj pula, impiannya adalah untuk membantu seramai mungkin anak muda untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti sehingga mereka memperolehi pekerjaan dan keluar dari kemiskinan.

"Ini merupakan impian kami di mana semua orang di dunia boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris untuk tujuan belajar, melancong, bekerja dan berurus niaga.  Inilah sebenar-benarnya jalan menuju kejayaan. Bersama Joe kami dapat merealisasikan impian ini.” - Getaran, 5 November 2021.

Gambar: SOLS EDU

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Pertama Kali Jayakan Konsert Sulung, Joe Flizzow Janjikan Sebuah Persembahan Yang Penuh Kejutan Dan Havoc! 

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Martabat Bahasa Melayu: Undang-Undang Malaysia Perlukan Bahasa Inggeris, Tapi Boleh Diterjemah

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Beza Dua Markah Dengan Naib Juara, Kemantapan Vokal Aina Abdul Faktor Kemenangan Tempat Pertama AJL37

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Beberapa Halangan Jika Perlembagaan Edisi BM Diterima Pakai Sebagai Teks Berautoriti

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN