web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beberapa Halangan Jika Perlembagaan Edisi BM Diterima Pakai Sebagai Teks Berautoriti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 9:23AM

Pengamal undang-undang menyatakan kebimbangan tentang ketepatan teks dan tafsiran dengan mengambil kira nuansa kedua-dua bahasa dan kekurangan terjemahan. - Gambar dari Wikipedia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BARU - Cadangan Peguam Negara baru-baru ini agar kerajaan menjadikan Perlembagaan Persekutuan edisi Bahasa Malaysia sebagai versi berautoriti memerlukan lebih daripada sekadar persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Mereka yang ditemuramah oleh The Vibes menyatakan kebimbangan tentang ketepatan teks dan tafsiran dengan mengambil kira nuansa kedua-dua bahasa dan kekurangan terjemahan.

Seorang aktivis bimbang bahawa perkara yang dianggap bertentangan dengan Perlembagaan berdasarkan teks bahasa Inggeris, kemudiannya boleh menjadi Perlembagaan, seperti penukaran agama kanak-kanak di bawah umur oleh ibu bapa tanpa persetujuan yang lain (penukaran unilateral).

Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia, Salim Bashir berkata, untuk menjadikan Perlembagaan edisi Bahasa Malaysia (BM) sebagai versi muktamad dalam sistem perundangan Malaysia, terjemahan itu mesti mencerminkan dengan tepat bahasa dalam versi asal bahasa Inggeris.

Beliau mencadangkan penggubal melihat kembali hasrat Suruhanjaya Reid dan Hansard Parlimen untuk memastikan semangat versi asal teks itu dikekalkan.

“Ia adalah gesaan yang tepat pada masanya dan langkah yang boleh difahami untuk mengapungkan idea itu supaya selaras dengan Perkara 160B Perlembagaan Persekutuan mengenai penggunaan bahasa kebangsaan.

“Bagaimanapun, ia tidak seperti pembinaan statut Persekutuan. Di sini, kita berurusan dengan undang-undang tertinggi negara.

“Pembinaan kata-kata, semantik, dan nuansa versi bahasa Melayu yang dicadangkan mesti mengundang tafsiran yang tegas dan sempurna, hampir dengan ketepatan kata-kata bahasa Inggeris dalam teks semasa.

“Kumpulan penggubal mesti menyelidiki hasrat Suruhanjaya Reid dan Hansard beberapa pindaan Perlembagaan terdahulu untuk mengetahui maksud sebenar dan niat jelas perkataan itu,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, penggubal juga boleh meneliti undang-undang kes untuk memahami lebih lanjut maksud peruntukan dalam Perlembagaan.

Selain itu, katanya, pandangan pihak berkepentingan lain seperti Majlis Peguam harus diambil kira untuk mengelak berlaku konflik mengenai tafsiran dokumen.

Persetujuan Agong tidak mencukupi?

Sementara itu, peguam A Srimurugan yang mewakili ibu tunggal Loh Siew Hong dalam perjuangannya menentang penukaran agama unilateral anak-anaknya di mahkamah, menegaskan campur tangan perundangan adalah perlu sebelum Perlembagaan edisi Bahasa Malaysia boleh diutamakan berbanding bahasa Inggeris.

Bagi melaksanakan cadangan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Parlimen perlu bersidang dan bersetuju dengan perubahan itu dengan majoriti dua pertiga.

Ini, menurut Srimurugan, diperlukan untuk mengelakkan terjemahan daripada bertembung dengan undang-undang kes yang memutuskan bagaimana peruntukan undang-undang ditafsirkan.

“Teks Inggeris mempunyai kuasa di mahkamah, dan keputusan mereka mengenai tafsiran Perlembagaan adalah mengikat.

“Jika Peguam Negara boleh hanya (melalui kehendaknya sendiri) menterjemah Perlembagaan, ini bermakna dia mempunyai kuasa untuk menolak Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Jelas beliau, langkah sedemikian juga akan menggoyahkan sistem perundangan di mana amalannya mendahulukan statut tertentu dalam bahasa Inggeris berbanding Bahasa Malaysia.

“Kanun Keseksaan, Akta Keterangan dan Kanun Prosedur Jenayah adalah beberapa contoh perundangan pra-kemerdekaan yang digubal dalam bahasa Inggeris.

“Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada versi bahasa Melayu rasmi yang digubal sebagai undang-undang. Jadi apabila ada konflik, bahasa Inggeris sentiasa diutamakan,” katanya.

Kesannya kepada penukaran unilateral kanak-kanak di bawah umur

Senada dengan Srimurugan, Presiden Persekutuan Hak Asasi Manusia Global, Shashi Kumar berkata, perubahan bahasa itu boleh menyaksikan situasi di mana penukaran agama secara unilateral terhadap kanak-kanak di bawah umur secara tiba-tiba boleh menjadi Perlembagaan.

Tegasnya, ini kerana Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Inggeris menyatakan bahawa agama seseorang di bawah umur ditentukan oleh “ibu bapa”, manakala versi bahasa Melayu dokumen itu sebaliknya menggunakan “ibu atau bapa”.

Beliau mencadangkan kerajaan melihat ke arah membetulkan Perkara 12(4) sebelum menjadikan Perlembagaan Persekutuan edisi Bahasa Melayu sebagai versi berautoriti.

“Kenyataan Peguam Negara tidak mencerminkan objektif kerajaan perpaduan yang baru ditubuhkan.

“Penggunaan teks Melayu akan membenarkan penukaran agama unilateral kanak-kanak di bawah umur, yang akan menjadi tidak betul dari segi moral dan agama,” katanya.

Cadangan oleh Peguam Negara itu pada 9 Januari lalu menimbulkan kebimbangan beberapa pengamal undang-undang dan kumpulan antara agama.

Pemuda PAS menyokong cadangan Jabatan Peguam Negara untuk menjadikan Perlembagaan Persekutuan versi bahasa Melayu sebagai teks yang berautoriti.

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyatakan sokongannya terhadap langkah itu, dengan berkata, ia selaras dengan usaha untuk mengangkat martabat bahasa kebangsaan. - The Vibes, 19 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penguasaan Bahasa Melayu Kekal Syarat Asas Permohonan Taraf Kewarganegaraan - KDN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' Tidak Pernah Diguna Dalam Peruntukan Angkat Sumpah

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Jangan Buta Perundangan Hingga Perlekeh Perlembagaan Persekutuan - Guan Eng

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad