web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pertama Kali Jayakan Konsert Sulung, Joe Flizzow Janjikan Sebuah Persembahan Yang Penuh Kejutan Dan Havoc! 

Rapper dan penyanyi hip hop lagenda ini bakal jayakan konsert sulungnya, This Is Johan Live In Concert di JioSpace di Petaling Jaya pada 15 Julai ini.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 6:00PM

Joe punya alasan tersendiri untuk menjayakan konsert sulungnya di Petaling Jaya berbanding venue besar di tempat lain. - Gambar ihsan jiospace

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai seorang rapper dan penyanyi hip hop yang berstatus lagenda, apa sahaja yang terbit dari Joe Flizzow, 43, pastinya akan menjadi suatu perkara atau isu yang dipandang serius.

Demikian juga apabila Joe Flizzow secara lantang dan berani menyuarakan pandangannya apabila mempersoalkan tentang kerelevanan konsep anugerah dan penganjuran pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL) serta menganggap ia penyebab industri muzik menjadi mundur. 

Sebagai orang lama dalam industri muzik hip hop, Joe lantang menyuarakan pandangannya. - Gambar fail
Sebagai orang lama dalam industri muzik hip hop, Joe lantang menyuarakan pandangannya. - Gambar fail

Banyak yang dikongsi Joe termasuk mempertikaikan kaedah pemarkahan serta kredibiliti juri yang dilantik mengadili AJL, selain mengakui sudah tawar hati untuk menyertai pertandingan tersebut. 

Namun, tiada respon daripada pihak TV3 terhadap apa yang disuarakan Joe Flizzow tentang konsep anugerah dan penganjuran AJL. 

Saat ini Joe juga mungkin tidak mahu lagi membicarakan isu ini dengan lebih lanjut serta lebih senang menumpukan perhatian tentang penglibatannya dalam konsert sulungnya, 'This Is Johan Live In Concert' yang akan bertempat di JioSpace di Petaling Jaya pada 15 Julai ini.

Menerusi 'This is Johan Live In Concert', joe Flizzow akan bekerjasama dengan rakan-rakan seperjuangan dalam industri dan memberikan sebuah persembahan mantap yang belum pernah disaksikan dalam persembahan sebelum ini.

Repertoire lagu-lagu yang bakal dipersembahkan seperti 'Sampai Jadi', 'CIAO', 'Satu Malam Di Temasek', 'Sang Saka Biru', 'Kongsi' termasuk 'Apa Khabar' yang dinobatkan sebagai Juara Lagu AJL Ke-29, pasti tidak akan sempat membuat andrenalin anda yang hadir berhenti.

Dapat beraksi di Petaling Jaya adalah sesuatu yang cukup bermakna buat Joe.
Dapat beraksi di Petaling Jaya adalah sesuatu yang cukup bermakna buat Joe.

“Saya tidak mahu Joe Flizzow This is Johan Live In Concert hanya dikenang sebagai sebuah persembahan atau konsert. Tapi, di sinilah penikmat dan pencinta muzik menghargai setiap susah payah sehingga ia ‘menang’ dalam ‘battle’.

“Hadir ke konsert ini rasakan semangat kami yang tak pernah surut. Saya tunggu anda di sini, ada banyak kejutan dan kepuasan yang akan dipersembahkan kerana inilah konsert solo dan pertama saya sepanjang lebih 10 tahun," ujar Joe Flizzow pula.

Joe juga mempunyai alasan yang tersendiri untuk menjayakan konsert sulungnya di Jiospace berbanding venue yang besar di tempat lain. 

“Sebagai seorang yang dilahirkan dan dibesarkan di Subang Jaya, saya rasa ia adalah satu kelainan dan suatu penghormatan untuk beraksi di kawasan Petaling Jaya. 

“Saya mahu berparti di Petaling Jaya. Jika boleh, saya mahu mempersembahkan 40 lagu tetapi konsert ini berdurasi dua jam dan buat masa ini kami masih lagi membuat pemilihan tentang repertoire lagu yang bakal dipersembahkan. 

“Hip hop telah berkembang selama bertahun-tahun, dan saya berharap kami akan mempersembahkan sesuatu yang menyegarkan untuk menyampaikan lagu-lagu hip hop pada konsert ini,” katanya. 

Sepanjang bergerak solo, Joe telah lahir dengan dua buah album penuh iaitu 'The President' pada tahun 2008 dan 'Havoc' pada 2013. Tiket-tiket mula dijual pada 12 Mei 2023 dan boleh dibeli menerusi www.jiotix.asia - Getaran, 15 Mei 2023 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Jelajah Album Sulung Sid Sriram Di Malaysia November Ini

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Beza Dua Markah Dengan Naib Juara, Kemantapan Vokal Aina Abdul Faktor Kemenangan Tempat Pertama AJL37

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Naratif Sebenar 16 Baris, Lebih Besar Daripada Hip Hop Itu Sendiri - Joe Flizzow 

4

Muzik 3 tahun yang lalu

16 Baris Kembali Dengan Lebih Banyak Kejutan, Joe Flizzow Bangga Rancangan Itu Satukan Dunia Hip Hop 

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM5.5 Juta Dalam 4 Hari! Filem Seram Tempatan ‘Polong’ Cetus Fenomena, Gegar Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Muzik 19 jam yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Malam itu, "For You Nourul" bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah perjalanan yang meraikan ketabahan, kesetiaan dan kecintaan seorang penyanyi terhadap du...