web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


16 Baris Kembali Dengan Lebih Banyak Kejutan, Joe Flizzow Bangga Rancangan Itu Satukan Dunia Hip Hop 

Kembali dengan tujuan utama untuk mencari bakat-bakat hip hop terbaik negara, Joe ajak ramai pelapis muda turut serta dalam 16 Baris. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 3:23PM

Joe Flizzow - Gambar ihsan Universal Music Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bermula sebagai sebuah idea mudah untuk mencungkil bakat-bakat baru dari dunia hip hop, rancangan hiburan, 16 Baris kini berubah menjadi salah satu wadah terhebat untuk mengesan pelapis baru irama rap serta hip hop.

Bahkan, rancangan tersebut juga telah menerima pujian dari salah satu legenda hip hop dunia, Snoop Dogg yang secara terang-terangan  telah mengakui kehebatan rancangan itu dalam mengiktiraf para penyanyi rap yang masih belum berkontrak rasmi.

Tahun ini, 16 Baris kembali dengan tujuan utama yang sama iaitu mencari bakat-bakat hip hop terbaik negara.

Merupakan idea cetusan presiden’ hip hop Malaysia, Joe Flizzow, 16 Baris bakal kembali dengan menampilkan lebih banyak kejutan menarik.

“Sejak dua tahun yang lalu, dunia hip hop telah melahirkan satu generasi baru penyanyi rap dan di sinilah peluang mereka untuk menunjukkan bakat mereka bersama dengan komuniti hip hop yang sedia ada,” ulas Joe mengenai musim baharu 16 Baris.  

Gambar ihsan Universal Music Malaysia
Gambar ihsan Universal Music Malaysia

Joe juga menegaskan bahawa rancangan ini sememangnya satu platform yang luar biasa dan tapak terbaik untuk mengesan mereka yang hebat.

“Rancangan ini memberi peluang kepada para peserta untuk berlaku jujur dalam seni mereka, dan seperti yang dituntut dalam muzik hiphop, mereka hanya diberi 16 baris untuk menyerlah. Jadi jika anda diberi hanya satu peluang tersebut, apa yang akan anda lakukan? Bagaimana persiapan anda?

“Setiap penyanyi rap baik yang sudah terkenal atau baru akan diberi peluang untuk membuktikan bahawa mereka sememangnya terbaik. 

“Setiap peserta harus yakin yang mereka terhebat di tahap tertentu dan rancangan ini akan memberikan mereka kesempatan itu untuk membuktikannya,” jelas Joe.

Program ini juga telah berjaya menyatukan dunia hip hop yang semakin berkembang dan memecahkan pelbagai penghalang.

“Ia bukan sahaja berjaya memecahkan penghalang dari sudut bangsa tetapi juga mengembara ke luar negeri malah negara. Ia telah melahirkan 16 Baris di Australia dan juga di Thailand. 

“Selepas mengetahui bahawa legenda hip hop seperti Snoop Dogg dan Lupe Fiasco juga mengikuti 16 Baris, ia terbukti bahawa rancangan ini memang luar biasa,” kata Joe dengan bangga.

Joe juga memberitahu bahawa 16 Baris musim kali ini akan menampilkan lebih banyak konsert. 

“Bukan hanya satu mungkin lebih banyak. Kami akan umumkan tak lama lagi. Kami juga merancang untuk menjelajah seluruh negara. 

“Jadi Malaysia, inilah peluang anda untuk menyerlah dan meraih kejayaan,” kata Joe sambil mengajak para pelapis dunia rap untuk turut serta.

Ujibakat buat para penyanyi rap dan pembuat beat atau ‘beatmakers’ akan berlangsung dari 26 September hingga 7 Oktober 2022.  – Getaran, 29 September 2022 

Gambar ihsan Universal Music Malaysia
Gambar ihsan Universal Music Malaysia

PENYERTAAN BUAT PENYANYI RAP (RAPPERS)

Langkah 1: Rakam video anda sedang menyanyi rap atau ‘rapping’

Langkah 2: Hantarkan video anda di salah satu wadah media sosial berikut - Instagram Reels

atau Facebook atau YouTube Shorts atau TikTok

Langkah 3: Tag @16.Baris (Instagram) @16BarisOfficial (Twitter & FB) @16Baris (TikTok)

@16BARIS (Youtube) dengan hashtag #16BS3Audition & #16BS3Rappers

Langkah 4: Klik link di bio untuk mengisi borang dan hantarkan pautan (link) video anda.

PENYERTAAN BUAT PEMBUAT ‘BEAT’ ATAU BEATMAKER

Langkah 1: Rakam video anda memainkan ‘beats’

Langkah 2: Hantarkan video anda di salah satu media sosial berikut - Instagram Reels atau

Facebook atau YouTube Shorts atau TikTok

Langkah 3: Tag @16.Baris (Instagram) @16BarisOfficial (Twitter & FB) @16Baris (TikTok)

@16BARIS (Youtube) dengan hashtag #16BS3Audition & #16BS3BeatMakers

Langkah 4: Klik link di bio untuk mengisi borang dan hantarkan pautan atau link video anda.

*Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan beat.

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Hip Hop Jadi Pilihan Ketua Pemuda Umno Untuk Dekati Anak Muda

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Pertama Kali Jayakan Konsert Sulung, Joe Flizzow Janjikan Sebuah Persembahan Yang Penuh Kejutan Dan Havoc! 

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Beza Dua Markah Dengan Naib Juara, Kemantapan Vokal Aina Abdul Faktor Kemenangan Tempat Pertama AJL37

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Naratif Sebenar 16 Baris, Lebih Besar Daripada Hip Hop Itu Sendiri - Joe Flizzow 

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM5.5 Juta Dalam 4 Hari! Filem Seram Tempatan ‘Polong’ Cetus Fenomena, Gegar Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Muzik 19 jam yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Malam itu, "For You Nourul" bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah perjalanan yang meraikan ketabahan, kesetiaan dan kecintaan seorang penyanyi terhadap du...