Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Beza Dua Markah Dengan Naib Juara, Kemantapan Vokal Aina Abdul Faktor Kemenangan Tempat Pertama AJL37

Ketua Juri iaitu Datuk Mokhzani akui kedua-dua lagu mempunyai kekuatan yang setara namun persembahan vokal Aina Abdul yang memukau telah menjadi antara faktor kenapa lagu 'Terus Hidup' dinobatkan sebagai Juara Lagu.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2023 2:23PM

Aina Abdul - Gambar Ihsan TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semalam telah berlangsung Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) dimana menyaksikan Aina Abdul telah dinobatkan sebagai juara menerusi lagu 'Terus Hidup' ciptaannya sendiri.

Lebih manis Aina turut membawa pulang Anugerah Vokal Terbaik selepas mempamerkan persembahan yang penuh bertenaga dan sarat dengan emosi.

Naib juara pula disandang lagu hip hop, 'Satu Malam Di Temasek' dendangan Joe Flizzow dan Sona One. Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Alif Satar & The Locos menerusi lagu 'Anugerah Terindah'. 

@tv3malaysia • Instagram photos and videos

Anugerah Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh Shiha Zikir menerusi persembahannya yang penuh warna warni menyampaikan lagu 'Irama'. 

Khai Bahar pula terus mempertahankan gelaran ‘Raja Undian Peminat’ selepas memenangi Anugerah Penyanyi Pilihan Alha Alfa yang dipilih menerusi undian peminat.

Menurut ketua juri iaitu Datuk Mokhzani, lagu 'Terus Hidup' dan 'Satu Malam Di Temasek' mepunyai jurang markah yang sangat sedikit iaitu dua markah.

“Lirik kedua-dua lagu ini sangat kuat. Juri melihat kepada melodi dan kreativiti. Melodi ada pada lagu 'Terus Hidup' dan kreativiti pula ada pada lagu 'Satu Malam Di Temasek' melalui penyampaian mereka. Selebihnya kita lihat kepada persembahan vokal mereka.

“Seperti yang anda semua lihat, Aina Abdul telah dinobatkan sebagai Vokal Terbaik. Itu adalah antara faktor yang menjadikan markahnya sedikit lebih berbanding lagu 'Satu Malam Di Temasek'.

“Barisan juri tidak ragu-ragu mengangkat Aina Abdul sebagai juara. Kalau kita lihat persembahan ‘live’ dia dan persembahan di dalam album ada sedikit perbezaan. Aina menyampaikan lagu Terus Hidup secara ‘live’ melebihi apa yang ada di dalam album.

“Garapan yang dibuat oleh Jenny Chin bukannya mudah. Kalau kita kaji, di pengakhiran lagu itu ada ‘progression chord’ yang akan menjerat penyanyi. Tetapi bahagian itu telah dilaksanakan dengan begitu bersahaja oleh Aina,” katanya ketika ditemui di sidang media. 

@tv3malaysia • Instagram photos and videos

Mengulas mengenai kemenangan tempat ketiga pula, kata Datuk Mokhzani, lagu ciptaan The Locos dan lirik oleh Shah Shamshiri, Romeo dan Alif Satar itu mempunyai kelainannya yang tersendiri berbanding dengan lagu-lagu lain yang bertanding.

“Ada tujuh lagu bergenre pop balada dalam senarai finalis tahun ini. Kita cuba mencari adakah keunikan lain yang dapat kita angkat, dan kita lihat naskhah yang dibawa oleh Alif Satar & The Locos menerusi lagu 'Anugerah Terindah' menjadi pilihan juri,” ujarnya. 

Ditanya mengenai kemenangan Aina Abdul bagi kategori vokal terbaik untuk kali kedua berturut-turut, kata Datuk Mokhzani lagu juga memainkan peranan penting untuk menentukan pemenang bagi kategori yang diidamkan oleh setiap penyanyi ini. 

“Vokal terbaik ini berpandukan kepada lagu sebenarnya. Mungkin setiap penyanyi boleh memberikan lebih lagi. Contohnya Ernie Zakri, tidak dinafikan dia seorang penyanyi yang hebat, tetapi mungkin karyanya kali ini tidak dapat menonjolkan kekuatan vokalnya secara keseluruhan. 

“Begitu juga dengan Marsha, dia membuat satu persembahan yang bagus. Cuma bila kita terlalu banyak membuat teknik jeritan, kadang-kadang ia boleh memerangkap. Tetapi ketiga-tiga mereka ini berada di kedudukan teratas bagi kategori vokal, cuma persembahan Aina Abdul dengan gubahan lagunya berjaya mengatasi Ernie dan Marsha,” kongsinya. 

Bagi Aina Abdul pula, jauh di dasar hatinya dia akui mengharapkan kemenangan untuk lagu 'Terus Hidup' yang didedikasikan khas buat arwah bapanya. 

“Ini adalah percubaan keempat saya di pentas AJL. Di awal persiapan saya untuk AJL37, saya memang punya harapan yang besar untuk lagu 'Terus Hidup'.

Not gonna lie, saya memang nak sangat rasa kemenangan ini. Alhamdulillah, berkat doa ibu dan doa peminat-peminat saya, kemenangan ini adalah kemenangan mereka. Kemenangan ini juga adalah kemenangan buat arwah ayah saya kerana lagu ini saya tujukan untuk beliau,” katanya. 

Kata Aina lagi, perjalanannya sebagai seorang penyanyi tidak mudah dan penuh berliku bermula dari Mentor Legend lagi dan kemudiannya menjadi penyanyi di kelab. 

“Ketika itu saya tiada asas langsung dalam menulis lagu. Pada tahun 2015 saya tak pernah lagi menulis lagu. Saya sentiasa ada ‘mind set’ bahawa saya akan menunggu satu lagu daripada komposer untuk diberikan kepada saya. 

“Tetapi segalanya berubah kerana susah untuk saya mendaki dalam industri ini. Pada tahun 2015 hingga 2017 adalah momen yang paling rendah dalam hidup saya.

“Saya menyepi selepas Mentor Legend. Bukan kerana saya merajuk. Tetapi saya asah bakat saya di kelab malam. Saya adalah penyanyi ‘underground’. Kekuatan dan kesusahan itu membuatkan saya rasa saya perlu menceritakan kisah saya dengan cara saya sendiri.

“Saya menjadikan penyanyi, komposer dan penulis lirik sebagai inspirasi. Saya lihat bagaimana mereka menulis kisah hidup mereka.

“ Jadi saya mula menghasilkan lagu saya sendiri berdasarkan kisah hidup saya yang kadangkalanya indah dan kadangkalanya tidak. Saya juga menulis lagu tentang kisah orang lain kerana saya suka lihat keadaan sekeliling dan jadikan itu sebagai inisiatif untuk menulis lagu,” kongsinya.

Membawakan konsep awan untuk persembahannya kali ini, Aina akui dia berhabis hampir RM90,000 dan memerlukan 30 orang kru untuk merealisasikan persembahan 'Terus Hidup'.

“Saya tak nafikan untuk persembahan kali ini memang saya berhabis banyak untuk baju, awan dan segalanya yang anda lihat di atas pentas itu.  Tak tahulah saya rasa lagu 'Terus Hidup' sangat istimewa dalam hidup saya. 

“‘At this point’ dalam karier saya, saya hanya mahukan hasil yang berbaloi, Jadi saya tahu saya kena melabur untuk diri saya dan keluarga Aina Abdul Entertainment kerana saya membawa semangat pasukan saya yang ramai,” ujarnya. 

Kesemua finalis AJL37 telah diadili oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Mokhzani, Datuk Acis, Khir Rahman, Altimet, Noryn Aziz, Azlan Abu Hassan, Damien, dan Ad Samad. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. – Getaran, 13 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

AJL38: Penjelasan Ketua Juri Faktor Vokal Terbaik Milik Aina Abdul

2

Selebriti 9 bulan yang lalu

Tampil Dengan Fesyen ‘Tiang Lampu’, Aina Abdul Jadi Sorotan Netizen Lagi Dan Banyak Sungguh Komen Yang Lucu

3

Filem & TV 10 bulan yang lalu

Big Stage 2023 - Persembahan Gagal Beri Impak, Juri Tetap Tidak Mahu Beri ‘Imuniti X’ Kali Kedua Buat Naufal Azrin

4

Muzik 11 bulan yang lalu

Pertama Kali Jayakan Konsert Sulung, Joe Flizzow Janjikan Sebuah Persembahan Yang Penuh Kejutan Dan Havoc! 

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Filem & TV 16 jam yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Selebriti 12 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Muzik 19 jam yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN