web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Martabat Bahasa Melayu: Undang-Undang Malaysia Perlukan Bahasa Inggeris, Tapi Boleh Diterjemah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 9:00AM

Perlembagaan negara setelah Merdeka menentukan kedaulatan bahasa kebangsaan sebagaimana termaktub dalam Artikel 152. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Antara usaha kerajaan untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang perundangan adalah seperti cadangan dikemukakan Jabatan Peguam Negara, agar edisi Perlembagaan Persekutuan diterjemah ke bahasa itu, bagi menggantikan teks asal dalam bahasa Inggeris sebagai versi rasmi.

Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali menerusi jawapan lisan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir Masduki mengenai apakah usaha dan langkah bagi memartabatkan penggunaan bahasa Malaysia dalam semua urusan, terutama di syarikat kewangan yang masih menggunakan bahasa Inggeris bagi urusan perjanjian dengan pelanggan.

“Pada asasnya, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi bagi negeri-negeri di bawah kedaulatan Raja-Raja Melayu dan apabila kerajaan British menjadi protector (pelindung) kepada negeri-negeri itu, bahasa Melayu terus menjadi bahasa rasmi, di samping penggunaan bahasa Inggeris.

“Perlembagaan negara setelah Merdeka menentukan kedaulatan bahasa kebangsaan sebagaimana termaktub dalam Artikel 152,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, dari segi bidang undang-undang Malaysia, ia masih memerlukan bahasa Inggeris kerana ketika ini, negara memakai sistem undang-undang Common Law, Equity dan kes yang berkenaan itu adalah dalam bahasa Inggeris.

“Terdapat banyak undang-undang negara, khususnya undang-undang dipakai sebelum Merdeka dan undang-undang diluluskan Parlimen selepas Merdeka sehingga 1 September 1967, adalah dalam bahasa Inggeris.

“Undang-undang itu masih berkuatkuasa, melainkan beberapa undang-undang yang sudah diterjemah ke bahasa Melayu,” katanya.

Pada 9 Januari lalu, media melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) mencadangkan kepada kerajaan supaya preskripsi Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Melayu menjadi teks rasmi, selaras Perkara 160B Perlembagaan Persekutuan.

Malah, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, pihaknya bercadang mencetak semula Perlembagaan Persekutuan, bagi memasukkan pindaan perlembagaan bersejarah yang terkini mengikut Perkara 160A Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kedua-dua cadangan itu tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Namun, motif di sebalik cadangan itu dipersoalkan kumpulan hak asasi, Global Human Rights Federation (GHRF), selain menimbulkan kebimbangan pihak tertentu, seperti dilaporkan sebuah portal FMT. – Getaran, 17 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penguasaan Bahasa Melayu Kekal Syarat Asas Permohonan Taraf Kewarganegaraan - KDN

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Warga Malaysia Ajar Fardu Ain, Bahasa Melayu Percuma Kepada Kanak-Kanak Thailand

4

Pendidikan 3 tahun yang lalu

KPM Adakan Peperiksaan Ulangan Untuk Pastikan Calon SPM Miliki Sijil

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad