web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Warga Malaysia Ajar Fardu Ain, Bahasa Melayu Percuma Kepada Kanak-Kanak Thailand

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Apr 2023 9:00AM

Abdul Halim Othman juga aktif mengajar ilmu fardu ain dan bahasa Melayu secara percuma kepada kanak-kanak Thailand. - Gambar hiasan oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik namanya dikenali kerana sering membantu rakyat Malaysia ditimpa kecelakaan ketika mengembara di Thailand seperti nahas jalan raya, Abdul Halim Othman juga aktif mengajar ilmu fardu ain dan bahasa Melayu secara percuma kepada kanak-kanak Thailand.

 Abdul Halim, 55, yang kini tinggal di Kampung Pak Bara, Wilayah Satun, Thailand selepas berkahwin dengan rakyat negara itu mula mengajar kanak-kanak berusia antara lima hingga lapan tahun sejak 12 tahun lepas di tadika Misbahuddin pada setiap hujung minggu.

Beliau yang lebih dikenali Cikgu Joe Satun berkata tadika Misbahuddin yang terletak di mukim Ban Khuan itu bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak daripada keluarga miskin sekitar kampung itu mendapatkan pendidikan asas Islam selain memartabatkan bahasa Melayu kepada generasi muda.

“Seperti sedia maklum, penduduk di Wilayah Satun yang bersempadan dengan utara Malaysia adalah majoritinya beragama Islam, berketurunan Melayu dan masih bertutur bahasa Melayu dalam loghat Kedah.

“Tapi kebanyakannya adalah generasi yang sudah berumur dan bagi golongan muda pula mereka mengalami proses asimilasi dengan budaya dan bahasa Thai terutama di sekolah kerajaan. Jadi, pendidikan sejak dari kecil seperti ini penting untuk mengekalkan warisan dan jati diri bangsa,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Abdul Halim yang mengusahakan sebuah perniagaan agensi pelancongan bersama isterinya itu berkata generasi Melayu Wilayah Satun boleh bertutur bahasa Melayu loghat Kedah terutama ketika berada di rumah tetapi tiada pengetahuan asas penggunaan bahasa Melayu standard dan mereka bermasalah dalam aspek penulisan.

"Dari segi pertuturan mereka akan mengeja mengikut bahasa mulut, contoh ayer (air), carpoo (kapur) dan ada juga bercampur dengan bahasa Thai kerana bahasa utama di sekolah kerajaan adalah bahasa Thai… dan perkara ini yang saya cuba perbetulkan (ajar) sedikit demi sedikit,” kata bapa kepada tiga orang anak itu.

Ditanya bagaimana kaedah digunakan untuk mengajar di tadika itu, Abdul Halim berkata beliau banyak menggunakan kaedah menyebut, mengeja dan membatang suku kata abjad bahasa Melayu selain menggunakan kurikulum daripada Pusat Penyelarasan Tadika Selatan Thai (PERKASA).

Berkongsi bagaimana beliau boleh mula mengajar di tadika tersebut yang mempunyai kira-kira 200 murid dan lapan guru, Abdul Halim yang berasal dari Kampung Sungai Seluang, Lunas, Kedah berkata ia bermula apabila beliau terpaksa menjaga kakak iparnya yang koma akibat kemalangan jalan raya pada 2011. 

Menurutnya sebelum kejadian itu, beliau bekerja bebas dalam bidang hartanah dan kerap kali berulang alik keluar masuk Malaysia-Thailand.

"Nak dijadikan cerita, kakak ipar saya yang kemalangan ini seorang janda dan dua anaknya masih belajar di luar negara manakala dua adik-beradik lain yang juga perempuan tinggal berjauhan. Jadi saya yang kerja tidak tetap dan mempunyai banyak masa terpaksa menjaganya. 

"Selama enam bulan juga saya menjaganya termasuk berulang alik membawanya ke hospital sehinggalah beliau pulih. Lantaran lama saya 'tersadai' di Wilayah Satun dan poket sudah mula kering, saya pun mengambil upah membantu perniagaan bapa mentua menjual perkakasan dan secara tidak langsung saya menawarkan diri untuk mengajar di tadika itu sebelum membuka bisnes pelancongan sendiri,” katanya.

Bekas graduan Universiti Teknologi Malaysia itu turut menzahirkan kesyukuran atas ketentuan itu apabila kehidupan beliau kini turut berubah dengan menjadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan dan banyak melakukan aktiviti kemasyarakatan.

Sementara itu, penasihat tadika Misbahuddin Alee Haura Wan Megat Abu Bakar berkata hanya enam tadika di kampung Wilayah Satun mengajar bahasa Melayu standard menggunakan kurikulum PERKASA sementara tadika lain menggunakan kurikulum dalam bahasa Thai.

Beliau berkata antara subjek yang diajar selain bahasa Melayu ialah Tauhid, Fiqh, Akhlak, Sejarah, Melayu Jawi dan al-Quran dengan guru diberi bayaran sebanyak 2,250 bhat (RM300) sebulan.

"Di sekolah kerajaan, tidak ada pelajaran agama dan bahasa Melayu standard. Bagi keluarga yang mampu mereka akan hantar anak-anak mereka ke sekolah swasta. Tadika Misbahuddin pula yang dibangunkan hasil usaha penduduk kampung adalah alternatif bagi membantu keluarga yang susah dengan yuran tahunan hanya 300 bhat (RM40),” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Anak Ditampar Senator, Bapa Sedia Bawa Kes Ke Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad