web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lisa Blackpink Dihalang Hadiri Minggu Fesyen Paris 

Netizen seluruh dunia terutamanya peminat setia Lisa mendakwa ketidakadilan yang berlaku kepadanya adalah disebabkan isu perkauman kerana penyanyi itu berasal dari Thailand dan bukan Korea Selatan.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 12:42PM

Gambar: Instagram @bulgari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu Fesyen Paris baru sahaja melabuhkan tirainya di mana menyaksikan ramai pencinta fesyen dan selebriti terkenal dari seluruh dunia berhimpun di kota Paris termasuklah bintang ternama dari Korea Selatan.

Kelibat ahli kumpulan Kpop, Blackpink dilihat menghadiri acara pertunjukan fesyen setiap jenama yang diwakili mereka. Jennie hadir ke pertunjukan Chanel, Ji Soo (Dior) dan Rose pula (YSL). Namun, kelibat Lisa tidak kelihatan sama sekali biarpun dia sebenarnya berada di kota romantik itu. 

Hal ini telah membuatkan peminat Lisa dari seluruh dunia tidak senang duduk dan meluahkan ketidakpuasan hati mereka di media sosial. Di Twitter tanda pagar #JusticeForLisa dan #YGLetLisaDoHerWork menjadi sohor kini. 

Sebagai wajah kepada jenama mewah Bvlgari, kehadiran Lisa di Minggu Fesyen Paris semestinya dinanti-nantikan peminatnya. Pihak Bvlgari telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak pengurusan Lisa tidak membenarkannya hadir ke majlis anjuran Bvlgari kerana bimbang dengan situasi COVID-19.

Bvlgari juga terpaksa membatalkan sesi fotografi yang melibatkan Lisa bersama Zendaya dan beberapa lagi duta mereka. 

Disebabkan hal ini, ramai netizen dari seluruh dunia terutamanya peminat setia Lisa mula membuat spekulasi bahawa ketidakadilan yang berlaku kepada Lisa adalah disebabkan isu perkauman kerana penyanyi itu berasal dari Thailand dan bukannya Korea Selatan. 

Peminat Lisa juga dilihat mula menyerang bahagian komen akaun Instagram rasmi YG Entertaiment demi meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap layanan yang diterima idola ramai itu. - Getaran , 8 Oktober 2021

Gambar : Instagram 

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 1 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN