web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Derita Sakit Saraf, Aaron Aziz Hati-Hati Berlakon Cerita Aksi

Kesakitan yang dialami aktor ini bermula apabila dia secara tidak sengaja melakukan kesilapan kecil ketika bersenam di rumah.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 4:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal Aaron Aziz selalu dilihat membintangi  filem aksi terbitan produksi tempatan dan antarabangsa seperti Hong Kong. Namun, nampaknya Aaron berdepan cabaran besar apabila diuji dengan sakit saraf pada bahagian leher. 

Kesakitan yang dialami aktor ini bermula apabila dia secara tidak sengaja melakukan kesilapan kecil ketika bersenam di rumah.

“Semasa melakukan planking di rumah, saya tersilap kerana mengangkat kepala pada waktu yang salah. Itulah permulaan semua kesakitan yang saya alami hari ini. Ini kerana saraf saya sudah bersimpul dan terperangkap dalam tulang belakang. Jadi doktor kena keluarkan saraf saya melalui proses pembedahan. Namun, jika dibedah, saya tidak boleh berlakon.

“Jadi, buat masa sekarang, saya tak buat apa-apa pembedahan dan hanya makan ubat serta fisioterapi untuk memastikan saraf itu tidak bengkak. Sekiranya bengkak, ia akan mengambil masa untuk surut,” katanya ketika ditemui di sidang media Gerak Khas 'Undercover' baru-baru ini.

Walaupun diuji dengan masalah kesihatan, Aaron Aziz tetap komited melakonkan wataknya sebagai ASP Zaki dalam drama 'Gerak Khas Undercover'.

Aaron menegaskan, dia masih boleh berlakon, cuma perlu berhati-hati memilih aksi yang ingin ditampilkan.  

“Tiada masalah untuk ambil saya berlakon. Saya masih boleh menjayakan babak aksi seperti sepak atau bertumbuk. Cuma, saya tidak boleh melakonkan aksi jatuh ke depan atau ke belakang. Namun, kita boleh guna pelakon lagak ngeri untuk aksi itu,” tambahnya lagi.

Melakonkan karya genre aksi menuntut ketahanan minda dan fizikal yang tinggi. Apatah lagi pelakon memerlukan masa untuk mengingati semua koreografi yang diaturkan. Dek kerana itulah menurut Aaron, peranan rakan pelakon sangat penting.

“Kalau dapat seorang pelakon tambahan, dia juga kena tahu asas beraksi. Jika dia tiada pengalaman, ia akan mengambil masa yang panjang untuk berlakon. Mujurlah SKOP sangat tahu dan arif mengenai hal ini,” tambahnya lagi. 

Melakonkan watak anggota polis yang menyamar untuk menangkap ketua gangster iaitu Tony Bono lakonan Rosyam Nor, adalah pengalaman yang mengujakan buat Aaron.

“Apa yang membuatkan saya rasa menarik dalam drama ini ialah saya memegang watak sebagai polis namun pada yang sama dapat menjadi penjahat. Teruja menyaksikan bagaimana watak saya berhadapan dengan mafia. Macam mana saya berperang dengan prinsip sebagai polis dan gangster,” katanya.

'Gerak Khas Undercover' memaparkan beberapa tugas risikan (undercover) bagi membanteras jenayah. Antaranya, kes jenayah membabitkan kumpulan kongsi gelap remaja, kes pengedaran dadah dalam kalangan pelajar sekolah, sindiket penipuan jual beli kereta, kes pelacuran dan keldai dadah dalam kalangan pelajar kolej dan lain-lain. 

Drama ini bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 10.30 malam bermula 1 Oktober ini. Ia juga bakal ditayangkan di platform penstriman iQiyi. Turut memeriahkan drama ini ialah Erra Fazira, Salina Saibi, Elizabeth Tan, Raja Afiq dan Ruzana Ibrahim. - Getaran, 29 September 2021

Sumber foto: Drama TV3

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Isu Di Antara Syamsul Yusof - Aaron Aziz Bukan Masalah Saya, Itu Masalah Produksi - Rosyam Nor

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aaron Aziz Minta Sharnaaz Ahmad Jangan Masuk Campur Urusannya Bersama Syamsul Yusof

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad