web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Di Antara Syamsul Yusof - Aaron Aziz Bukan Masalah Saya, Itu Masalah Produksi - Rosyam Nor

“Sejujurnya, saya tidak mahu campur-adukkan kerja saya dengan masalah-masalah produksi. Konflik yang berlaku itu adalah masalah produksi dan bukannya masalah saya,” kata Rosyam Nor.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 5:45PM

Rosyam Nor di majlis pelancaran kempen Ramadan TV9 - Gambar ihsan TV9

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“No komen, saya tidak mahu masuk campur, itu sahaja,” begitu respons pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor, ketika disoal mengenai konflik pengarahnya, Syamsul Yusof dengan pelakon, Datuk Aaron Aziz yang digugurkan daripada filem The Original Gangster (TOG).

Sebagai salah seorang pelakon TOG, Rosyam berkata, dia tidak ingin untuk masuk campur dalam konflik yang tercetus di antara pengarah filem TOG dengan pelakon yang digugurkan daripada naskhah filem berkenaan.

“Sebenarnya, saya tidak berminat untuk ambil peduli tentang isu itu. Sebagai pelakon, saya hanya mahu meneruskan penggambaran saperti diminta oleh syarikat produksi.

“Saya tak mahu mengeruhkan lagi keadaan dengan mencampuri pertikaian konflik itu. Saya kalau kerja, saya tidak ambil tahu hal orang lain. 

“Bila sampai dekat set penggambaran saya akan berlakon, jadi apa yang terjadi atau ada dengar-dengar mengenai perkara lain saya tidak peduli,” katanya kepada Getaran. 

Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran kempen Ramadan TV9, 'Janji Berbaloi 149' di ST Rosyam Mart, baru-baru ini.

Jelas pemilik nama sebenar, Mohamed Noor Shamsuddin, 56, itu lagi, sesiapa yang ada di set penggambaran, itulah pasangan yang akan dia berlakon bersama.

Tambah pelakon itu, semua masalah yang dihadapi oleh setiap kru produksi sebuah filem adalah masalah produksi, bukannya masalah peribadi yang melibatkan dirinya. 

“Sejujurnya, saya tidak mahu campur-adukkan kerja saya dengan masalah-masalah produksi. Konflik yang berlaku itu adalah masalah produksi dan bukannya masalah saya,” ujarnya.

Rosyam turut berkata, apa yang berlaku adalah perkara di luar jangkaan, namun tidak sesekali mengganggu proses penggambaran.

“Tidak mengganggu... Kenapa perlu sampai terganggu pula? Dalam hidup ini, bukan semua yang kita mahu boleh dapat.

“Ada perkara yang kita rancang tidak sempurna.

“Kalau tidak sempurna, kita mohon pada Allah dan habiskan saja kerja kita. Sebagai contoh, kalau bercinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan. Kalau berkahwin sekalipun tidak semestinya akan kekal,” tambahnya.

Terdahulu, isu pelakon Aaron Aziz digugurkan daripada filem TOG menjadi perbualan ramai, hinggakan memaksa pengarahnya mendedahkan bahawa masalah kesihatan iaitu ‘slip disc’ serta kenaikan berat badan adalah punca pelakon Aaron Aziz disingkirkan daripada filem tersebut. 

Susulan daripada itu, Aaron kemudian memuat naik hantaran video di Instagram mendakwa Syamsul enggan berjumpa untuk menjelaskan tentang isu digugurkan daripada membintangi TOG.

Aaron mendakwa sudah membuat persediaan termasuk dalam aspek fizikal bagi membintangi karya itu.

Filem TOG terbitan Syamsul Yusof Films dan Razor's Edge Pictures dibintangi aktor handalan seperti Datuk Rosyam Nor, Yayan Ruhian, Shaheizy Sam dan Sofi Jikan - Getaran, 10 April 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ini Jumlah Nafkah Yang Perlu Dibayar Oleh Syamsul Yusof Kepada Anak-Anaknya Dan Juga Bekas Isteri 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kes Perceraian Terus Berpanjangan, Puteri Sarah Liyana Dakwa Talak Pernah Jatuh Sebanyak Dua Kali 

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN