web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Perceraian Terus Berpanjangan, Puteri Sarah Liyana Dakwa Talak Pernah Jatuh Sebanyak Dua Kali 

Proses perceraian diantara Puteri Sarah Liyana dan suaminya iaitu Syamsul Yusof memasuki episod baru apabila laporan JKP mendapati bahawa terdapat dua lafaz cerai yang pernah berlaku sebelum ini. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 6:12PM

Kes perceraian melibatkan pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk menemui titik noktah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya kes perceraian yang melibatkan pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk menemui titik noktah.

Terbaru, menerusi prosiding mahkamah yang berlangsung hari ini, hasil laporan sesi JKP yang telah dilakukan bersama pihak Puteri Sarah Liyana menunjukkan bahawa dia pernah diceraikan sebanyak dua kali oleh Syamsul di luar mahkamah.

Mahkamah memutuskan supaya isu lafaz talak itu diselesaikan terlebih dahulu, sebelum mereka meneruskan proses seterusnya iaitu hakam.

Menurut Peguam Syarie yang mewakili Puteri Sarah Liyana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, mahkamah perlu mengetahui berapa talak yang telah jatuh sebelum ini.

"Terdapat satu talak dan satu taklik. Oleh kerana itu, mahkamah telah memberikan satu tarikh yang lain untuk kedua belah pihak kembali berbincang dan siapa yang akan memfailkan permohonan mengesahkan lafaz cerai di luar mahkamah. 

Akberdin Abdul Kader - Gambar fail
Akberdin Abdul Kader - Gambar fail

"Saya telah mengesyorkan kepada hakim supaya pihak suami yang memfailkan permohonan kerana dia yang melafazkan talak. Tetapi kata peguam Syamsul memandang pihak Puteri Sarah yang membangkitkan isu ini, jadi mereka minta untuk anak guam saya yang failkan," katanya ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ditanya benarkah talak itu pernah berlaku sebelum ini, kata Akberdin perkara itu akan diteliti semula seperti yang terdapat dalam laporan JKP. 

"Itu apa yang terkandung dalam laporan JKP. Saya kena tanya semula anak guam saya apa sebenarnya yang berlaku.  

"Jika benar dua talak pernah jatuh sebelum ini, maka perceraian yang akan berlaku nanti adalah talak tiga. 

Kedua-dua belah pihak akan hadir semula ke mahkamah pada 14 Jun ini untuk mengesahkan status mereka jika ada lafaz talak pernah terjadi sebelum ini," ujarnya.

Ditanya tentang hasil keputusan JKP yang berlangsung hari ini, kata Akberdin matlamat JKP untuk berdamai tidak dapat dicapai. 

"Shiqaq (perbalahan berpanjangan), kehadiran pihak ketiga dan sikap tidak bertanggungjawab defendan memang wujud dalam perkahwinan ini. Jadi matlamat untuk berdamai tidak dapat dicapai. Langkah berikutnya adalah hakam kerabat seksyen 48. Namun begitu, proses itu juga tidak dapat dicapai kerana kini timbul isu dua talak yang didakwa pernah dilafazkan sebelum ini. Mahkamah perlu tahu ini talak yang ke berapa," kongsinya. 

Sementara itu, Puteri Sarah dan Syamsul enggan memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media. Puteri Sarah bergegas ke lapangan terbang kerana akan ke Jakarta atas urusan kerja. - Getaran, 25 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

2

Video & Galeri 18 jam yang lalu

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

4

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 22 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN