web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Reformasi; Masih Menyala Atau Malap Dimamah Kuasa?

Hari ini, Reformasi dijelmakan dalam kerangka Malaysia Madani; satu nama yang dipasak dengan enam teras utama iaitu kelestarian, ihsan, hormat, tadbir urus baik, kemakmuran dan keyakinan

Rencana Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2025 1:03PM

Gambar New Malaysia Herald

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Detik 20 September selamanya mekar dalam sejarah dan ia tidak akan pernah layu dalam ingatan anak bangsa.

Tarikh tersebut bukan sekadar angka di kalendar, tetapi sebuah luka, sebuah bara dan sebuah janji. Dari detik itulah Reformasi lahir bagaikan gelombang yang meruntuhkan tembok ketakutan dan menyalakan cahaya keadilan di tengah kegelapan kezaliman.

Tahun 1998. Di Bukit Damansara, rumah seorang anak bangsa digegar oleh penangkapan yang penuh keganasan. 

Ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja dipecat daripada portfolio Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dihumban ke sangkar besi milik penguasa. 

Hanya 18 hari selepas pemecatannya, Anwar digari, ditutup mata, malah dipukul tanpa belas kasihan, seolah beliau  penjenayah berbahaya.

Gambar X
Gambar X

Darahnya tumpah, matanya lebam, tetapi dari luka itulah lahirnya  semangat yang tidak dapat dibungkam. Rakyat melihat dan bangkit. Dari kezaliman itu, tercetus sebuah gerakan yang tidak mengenal kaum, agama atau negeri. Itulah Reformasi.

Dan dari rahim Reformasi ini, lahirlah Parti Keadilan Nasional yang kemudian dikenali sebagai PKR.

Gelombang Luar Biasa

Aktivis politik, Hasmi Hashim, saksi kepada semua peristiwa itu pernah mengingatkan:

“Gelombang itu bukan gelombang biasa. Ia gelombang yang menyatukan Melayu, Cina, India dan seluruh bangsa. Sebuah kebangkitan luar biasa yang ditunjangi suara rakyat yang menolak perpecahan.”

Gambar SCMP
Gambar SCMP

Hari-hari penuh pekikan di jalanan berubah menjadi langkah rasmi di Parlimen. Reformasi mendidih dalam dada rakyat lalu mengalir ke dalam nadi politik tanah air. Ia membentuk Pakatan Harapan dan akhirnya, kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Hari ini, Reformasi dijelmakan dalam kerangka Malaysia Madani; satu nama yang dipasak dengan enam teras utama iaitu kelestarian, ihsan, hormat, tadbir urus baik, kemakmuran dan keyakinan. Namun, adakah ia roh sebenar perubahan atau sekadar jubah baharu bagi melindungi wajah lama?

Laluan Penuh Duri

Anwar yang kini Perdana Menteri ke-10, meniti jalan sukar antara cita-cita dan realiti. Akta demi akta dibentangkan; Perkhidmatan Parlimen, Pekerja Gig, Perlindungan Pemberi Maklumat dan perlindungan kanak-kanak dari jenayah seksual. Pentadbirannya turut berdepan misi besar yang masih menunggu; pemisahan kuasa Peguam Negara daripada Pendakwa Raya.

Di pentas dunia, beliau menjerit untuk Palestin, berdiri untuk maruah semua bangsa serta menganyam damai antara Thailand dan Kemboja.

Tetapi jalan ini penuh duri. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli mengingatkan generasi pejuang muda:

“Kuasa bukan medan untuk menjadi zalim seperti musuh yang pernah kita lawan. Kuasa adalah amanah, ia beban, ia ujian.”

Namun, bayangan kecewa semakin terasa. Reformasi yang dahulu api menyala kini dilihat segelintir sebagai sekadar satu slogan. Malaysia Madani bergema di bibir, tetapi adakah ia mengalir dalam denyut nadi?

Tugas Berat 

Lipatan sejarah mencatatkan 2008 sebagai tsunami politik pertama; manakala 2018 direkodkan sebagai detik keruntuhan tembok lama dengan tangan seorang bekas musuh, Tun Dr Mahathir. Pada 2022, Reformasi melakar takdir ironi apabila berkongsi kuasa dengan UMNO, parti yang dahulunya menjadi seteru utama.

Tetapi Anwar tetap teguh meski dihujani kritik.

Bilangnya kepada rakyat, ini bukan masa untuk berpatah semula.

“Kamu boleh bergerak laju dan tumbang esok, atau kamu bergerak dengan hikmah lalu bertahan. Tiada jalan kembali. Setiap bulan, setiap tahun, mesti ada kemajuan,” katanya. 

Jumlah 81 kerusi daripada 222 bagaimanapun bukan misi mudah. Reformasi kini bukan lagi pekikan di jalan raya, tetapi rundingan di meja kuasa antara Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah. Tugas ini amat berat, bagaikan mengangkat sebuah gunung.

Di Parlimen, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen pernah melontarkan suara kecewa dan suara itu disambut dengan serangan dari partinya sendiri. 

Inilah wajah sebenar politik; medan yang tidak pernah sunyi daripada pertarungan dalaman.

Di Persimpangan 

Kini, selepas 27 tahun, Reformasi berdiri di satu persimpangan.

Gambar Suara Keadilan
Gambar Suara Keadilan

Adakah ia sedang menepati janji sucinya atau perlahan-lahan terhakis dan cair ditelan kuasa?

Namun ketika mulut bertasbih di satu detik sunyi, jangan dilupakan bisikan Anwar ini:

“Tiada jalan untuk berundur..”

Dan kata-kata itu adalah sumpah yang akan terus bergetar dalam sejarah. - Getaran, 21 September 2025

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 hari yang lalu

Jika Kita Memperjuangkan Palestin, Kita Tidak Boleh Menutup Mata Terhadap Rohingya

2

Rencana 1 minggu yang lalu

Apabila Peraturan Institusi Diubah, Keadilan Menjadi Persoalan

3

Rencana 2 minggu yang lalu

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

Rencana 3 minggu yang lalu

Andy Burnham Dan Britain Baharu: Mengapa Kita Perlu Memberikan Perhatian

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Jika Kita Memperjuangkan Palestin, Kita Tidak Boleh Menutup Mata Terhadap Rohingya

oleh Alfian Z.M. Tahir