web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bersihkan Negara, Kerajaan Berdepan Tugas Getir - Vinod Sekhar

Rencana Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2025 2:41PM

Jiwa rakyat Malaysia perlu dibersihkan daripada sebarang kejahilan dan ketakutan - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kekecohan susulan ‘nasihat terancang’ diberikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung interaksi masyarakat Islam bersama penganut agama lain adalah bukti nyata bahawa masih banyak perlu dilakukan untuk membersihkan jiwa kita daripada ketakutan dan kejahilan.

Pengerusi Kumpulan Petra, Datuk Dr Vinod Sekhar berkata, kerajaan mutakhir ini berdepan tugas getir untuk menangani aspek tersebut lantaran ahli politik lain cenderung menggunakan naratif ketuanan kaum dan ekstremisme agama semata-mata untuk kuasa dan wang.

Menurut beliau, individu seperti itu adalah ‘pelacur’ politik murahan yang lazim ditemui di setiap negara seluruh dunia.

“Namun nampaknya jumlah ahli politik seperti ini di Malaysia lebih banyak berbanding negara lain. Saya katakan mereka ini ‘murah’  kerana kita tidak akan membayar ‘harga’ yang tinggi untuk mereka. Inilah masalah yang dihadapi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini.

“Kita tidak boleh menukar kerosakan 30 tahun hanya dalam tempoh satu atau dua tahun. Dimulakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, disuntik sedikit harapan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi (salah seorang ahli politik budiman yang paling baik di negara kita) dan kemudian ia kembali dicemari najis rasuah yang tidak terkawal angkara Datuk Seri Najib Razak,” katanya kepada Getaran.

Dr Vinod Sekhar - Gambar fail
Dr Vinod Sekhar - Gambar fail

Jelas Vinod, negara masih berpeluang untuk menjadi lebih baik, dengan syarat semua pihak perlu belajar dari kisah lalu dan menyedari bahawa setiap perubahan memerlukan masa.

“Apabila masyarakat secara amnya telah menjadi bodoh untuk sekian lama, pendidikan semula dan peningkatan memerlukan masa, wang dan kuasa. Kita mesti menggunakan Taktik Salami. Dalam kes ini kambing, ayam atau salami sayuran (sekiranya ada yang tidak menyukai perkataan salami itu sendiri).

“Jika anda cuba mengambil seluruh salami, anda sama ada tidak akan mendapatkannya atau akan tercekik, tetapi jika anda hanya meminta sepotong, anda pasti berjaya. Bermula dengan sekeping, kemudian sekeping lagi dan terus bertambah. Akhirnya keseluruhan salami akan menjadi milik kita,” katanya.

Berdepan Saat Getir

Vinod yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petra memberitahu, Anwar ketika ini berdepan saat yang amat getir kerana perlu memastikan segala perancangan berjalan dengan baik.

“Beliau harus terus mencari cara untuk mengambil bahagian, tetapi pada masa sama mengekalkan kepercayaan umum sementara dia cuba mengubah kimia dalaman kerajaan. Dia juga perlu mengekalkan ahli politik berbeza dari semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan dan bersabar bagi memastikan barah yang masih bermaharajalela dalam masyarakat iaitu rasuah dan sikap perkauman dapat dihapuskan sepenuhnya,” katanya.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Mengakui ia bukan kerja mudah, beliau menarik perhatian, kerenah golongan elit yang liberal dan sentiasa merengek mahukan segala-galanya membuatkan keadaan menjadi lebih kompleks, apatah lagi puak ini sering menuduh Perdana Menteri terlalu ‘ekstrem’ dalam aspek agama tatkala menangani isu tertentu. Ada juga pihak ’sentiasa’ betul mendakwa Anwar ‘tidak cukup Melayu atau warak’.

“Rakyat Malaysia adalah masyarakat yang amat kompleks - terlalu berpolitik dan mempunyai ego yang jauh lebih besar daripada akal kita. Jadi, kita ada ketumbuhan di Tanah Melayu. Salah satunya rasuah dan perkauman yang saya sebutkan. Kimoterapi dan ubat-ubatan adalah satu-satunya pilihan. Ia tidak menyenangkan, selalunya menyakitkan - tetapi ia akan membunuh tumor. Kita mesti memberi masa dan menahan kesakitan jika kita benar-benar mahu ia hilang.

“Bagaimanapun, Sabah dan Sarawak iaitu dua negeri di Borneo tampil memberikan harapan baharu buat kita. Seperti Arab Saudi yang menjaga tanah suci agama Islam, Vatican buat penganut Katholik serta India untuk penganut agama Hindu, Sabah dan Sarawak adalah penjaga jiwa Malaysia. Saya amat berbangga dengan adik-beradik Borneo. Dan saya sangat bersyukur mereka adalah rakyat Malaysia,” katanya.

Pemimpin Dari Borneo?

Mengulas mengenai Borneo, Vinod berkata, tidak mustahil jika pemimpin negara berasal dari mana-mana antara dua negeri itu.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Katanya, sudah tiba masa untuk negara diterajui pemimpin Sabah dan Sarawak, sesuai dengan status dua negeri terbabit sebagai rakan kongsi pembentukan Malaysia.

“Intinya ialah idealisme yang tidak terkawal tidak akan membawa kita ke mana-mana. Kami memerlukan pemimpi yang berfungsi dan idealis pragmatik. Kita perlu berhadapan dengan dunia sebenar dan kerumitannya, terutamanya dalam masyarakat seperti kita. Sehiris demi sehiris, sehingga kita mendapat sebahagian besar sosej. Ingat kita mesti bermain catur, bukan dam.

“Kita mungkin kehilangan seorang kesatria, seorang biskop dan beberapa bidak, tetapi selagi itu adalah sebahagian daripada strategi untuk memenangi keseluruhan lembaga, ini adalah pengorbanan yang mesti kita lakukan. Ia bukan tentang menjadikan Malaysia hebat semula. Ia mengenai menjadikan negara ini Malaysia semula,” katanya. - Getaran, 9 Februari 2025

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 hari yang lalu

Jika Kita Memperjuangkan Palestin, Kita Tidak Boleh Menutup Mata Terhadap Rohingya

2

Rencana 1 minggu yang lalu

Apabila Peraturan Institusi Diubah, Keadilan Menjadi Persoalan

3

Rencana 2 minggu yang lalu

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

Rencana 2 minggu yang lalu

Andy Burnham Dan Britain Baharu: Mengapa Kita Perlu Memberikan Perhatian

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Jika Kita Memperjuangkan Palestin, Kita Tidak Boleh Menutup Mata Terhadap Rohingya

oleh Alfian Z.M. Tahir