Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kami Tahu Apa Yang Wanita Mahu

Tidak dinafikan wanita merupakan insan penuh misteri yang dicipta Allah SWT penuh dengan sifat-sifat yang tersembunyi. Namun, keinginan wanita secara amnya tidaklah serumit disangka.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 8:57AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apa yang wanita inginkan? Perbincangan tentang what women want ini telah berlangsung berdekad lamanya sampaikan ada filem Hollywood dihasilkan dengan tajuk serupa dibintangi Helen Hunt dan Mel Gibson pada tahun 2000, di mana si hero tiba-tiba boleh mendengar butir fikiran wanita.

Lelaki merasakan wanita begitu kompleks sehingga soalan ini tidak dapat dirungkai setelah sekian lama. Tidak dinafikan wanita merupakan insan penuh misteri yang dicipta Allah SWT penuh dengan sifat-sifat yang tersembunyi. Namun, keinginan wanita secara amnya tidaklah serumit disangka.

Diringkaskan, keinginan wanita sebenarnya ada tiga sahaja: Wanita ingin jelita, ingin kaya dan ingin bahagia.

Kedengarannya mudah bukan? Tetapi, mengapa ramai yang masih hanya mengimpikannya? Sebabnya ialah, yang menjadi halangan bagi wanita untuk mencapai ketiga-tiga matlamat ini adalah keazaman dan strategi yang berkesan.

Secara amnya wanita bergelumang dengan pakaian, kosmetik, formula kurus dan barangan bersenam, semuanya untuk satu tujuan - untuk menjadi jelita.

Tidak mengapalah untuk siapa. Ada yang melakukan untuk keyakinan diri sendiri, ada yang ingin membuat orang lain cemburu memandang dia dan ada yang melakukannya untuk membahagiakan atau mencari pasangan hidup.

Tak perlulah kita nak menilai mengapa. Masalahnya, bagaimana boleh menjadi kurus jika tidak menjaga makan dan melakukan senaman secara konsisten?

Berapa kali setahun kita akan mendengar cakap-cakap “I baru nak diet”, ‘Habislah diet I”, “Aku akan start diet bulan depan” dan hakikatnya ramai sahaja yang tergelincir sebelum sampai ke garisan penamat masing-masing.

Semua akan bermula dengan gung-ho sekali dan akhirnya berundur diri secara senyap sama ada dalam diet ataupun bersenam.

Natijahnya, kitaran 'aku ingin kurus' ini akan berputar setiap tahun sehingga wanita mencapai umur senja. Ada juga yang berjaya, tetapi majoritinya seperti melepaskan batok di tangga.

Begitu juga dengan jelita. Mereka yang berkulit sedikit gelap ingin kelihatan bercahaya, yang berbibir nipis ingin kelihatan montok seksi, ditambah dengan pelbagai jenis penambahbaikan yang telah disenaraikan oleh pop culture. 

Akibatnya, ramai yang akan membeli produk demi produk untuk kulit semulus artis popular dan tidak kurang juga yang mengambil jalan pintas dengan mencucuk sini sana dan memakan supplement berbahaya. Yang kekal untung adalah para penjual pakaian, kosmetik, barang kurus dan yang sewaktu dengannya.

Adakah kenyataan ini tiada asasnya? Tepuk dada, tanya selera.

Masalah pada matlamat pertama tadi menjadikan wanita tidak mampu untuk mencapai matlamat keduanya iaitu ingin kaya. Bagaimana kita ingin melihat wang simpanan kita bertambah kukuh jika asyik berbelanja untuk membeli benda yang kita tidak perlu?

Secara ringkasnya, bagaimana nak kaya? Kalau kita berani membuat kira-kira dan menjumlahkan barang yang tidak kita perlu tetapi kita beli juga, tentu sekali ramai daripada kita sudah boleh bersara.

Rata-rata, ramai yang cemburu melihat kehidupan wanita cantik dan kaya, sambil berpendapat wanita-wanita ini semuanya bergelumang dengan bahagia.

Jadi wanita akan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat pertama dan kedua tanpa berfikir yang ianya hanya akan menjadikan kita papa kedana, kecuali kita ada sumber yang tiada hadnya.

Akhirnya, oleh kerana matlamat pertama dan kedua tidak direalisasikan, ramai yang tidak mencapai matlamat ketiga kerana ianya dikaitkan dengan kedua matlamat sebelumnya. Do you guys follow me

Bagaimana kita ingin bahagia jika merasakan kita sentiasa tidak sempurna dan perlu diperbetulkan dan hanya kalau aku ada banyak duit, barulah bahagia akan menjelma.

Apakah ada jalan keluar agar wanita tidak terperangkap di dalam corak pemikiran yang begini? Tentu sekali ada jika kita mahu mempercayai definisi cantik dan kaya yang berbeza.

Cantik itu lahirnya daripada watak yang baik, kelakuan yang baik, rupa paras yang baik.

Kosmetik itu sekadar faktor luaran yang sering kita sendiri tanggalkan apabila kita kembali ke asal sebelum kita masuk tidur, bukan?

Dan kaya itu begitu subjektif, kaya bagaimana yang boleh memuaskan nafsu kita? Apakah cukup makan pakai itu tidak kaya? Kayu ukur mana yang kita guna untuk meletakkan kepuasan kita pada dunia?

Wanita perlu meneliti bagaimana kapitalisme dan materialisme sering mempergunakan ‘keinginan’ wanita untuk berabad-abad lamanya.

Kita sebenarnya tidak memerlukan produk-produk itu dalam jumlah yang banyak, tetapi mereka melampias nafsu wanita dengan menyakinkan kita bahawa kita tidak boleh hidup bahagia tanpa produk mereka.

Jadi tak perlu lah die die also want to buy. Pandemik COVID-19 ini telah membuka mata ramai bahawa kita boleh hidup secara bersederhana dan apabila kita meneliti hasil perbelanjaan kita dan bilangan barang yang kita ada, pasti kita sedar bahawa ini semua bukan punca bahagia.

Ya, secara ringkasnya, inilah tiga perkara yang wanita mahu. Dunia akan bertambah baik jika wanita secara kolektif dapat mendefinisikan semula ketiga-tiga matlamat tersebut dengan kayu ukur yang lebih bermakna. - Getaran, 13 Ogos 2021

Nota kaki - Penulis juga bergelut dengan matlamat yang sama dan sedang berusaha memperbetulkannya.

Semua gambar hiasan: Pexels dan Unsplash

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

4

Refleksi 1 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

Sorotan

1

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

2

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

3

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

5

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

6

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

7

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY

Jelajah 1 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

Diiktiraf sebagai pertunjukan lampu hiasan terbesar di Malaysia, Luna Lights Wonderland meneruskan siri jelajah dan kini tiba di Terengganu 

oleh Wartawan Getaran