Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Raikan Perbezaan Dan Hal-Hal Lain Menjelang 40

Tulisan ini ditulis sebagai peringatan untuk diri sendiri. Kalau ada yang meniti 40 dan berminat untuk membaca, silakan. Penulis telah cuba sedaya upaya untuk tidak menulis seperti seorang ‘aunty’. Apa khabar pembaca pasca 40?

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2021 2:59PM

Gambar: Cats Coming, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

40 dikatakan umur kita sebagai manusia menemui titik keseimbangan serta kemuncak kehidupan. Dan jika kita sampai pada umur ini, haruslah memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa, serta harus memperkukuhkan persiapan untuk kehidupan di alam abadi. 

Awalnya saya mahu buat senarai 40 pengamatan menjelang 40, tetapi bila fikir-fikir, sedikit ini sudah cukup. Beberapa hal penting yang sebenarnya mahu saya kongsikan bersama pembaca semua dan sedikit sebanyak berfungsi sebagai peringatan untuk diri sendiri juga. 

2 Januari 2021. Permulaan yang cukup baik sebenarnya.
2 Januari 2021. Permulaan yang cukup baik sebenarnya.



Diri sendiri

1) Belajar menyeimbangkan hidup. Perkara paling susah. Masa muda, susah untuk melihat titik keseimbangan sebenarnya. Jadi harus banyak trial and error

2) Be yourself. Jadilah diri anda sendiri, seadanya. Pelik, herot-petot apapun. Berpura-pura menjadi orang lain itu meletihkan. Orang tak suka? Tak apalah. 

3) Tapi awas, harus sekali-sekala introspeksi diri juga. Adakah kita sebenarnya mempunyai kelakuan toksik? Adakah kita jenis mengambil tanpa memberi? 

4) Memang sebagai manusia kita akan suka bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Tapi kita harus sedari bahawa kita sebenarnya tidaklah teruk mana. 

5) Ukuran kejayaan sebenarnya berbeza-beza dan pertumbuhan manusia tidak linear.  Kejayaan boleh menjadi sekecil-kecil perkara, seperti mampu membeli makan tengah hari untuk ibu bapa. Atau melangsaikan segala bentuk hutang dan bil bulanan. 

6) Kenali diri sendiri dan tetapkan takat kejayaan untuk diri sendiri tanpa perlu terikut-ikut dengan orang lain. 

7) Anda tidak gagal jika tidak memiliki apa yang orang lain miliki.

8) Societal construct dan pengaruh rakan sebaya memang bahaya. Buat dan beli mengikut kemampuan sekarang. Sambil itu tidak salah untuk menabung, buat goalboard dan perancangan masa depan. 

9) Setiap kali kita ‘jatuh’ harus ingat untuk bangun kembali. Jatuh lagi, bangun lagi. Akan ada hari yang kita jatuh dan sama sekali tidak ada tenaga untuk bangun lagi. Terima hakikat bahawa kita tidak selalu akan gembira, tetapi tanpa kesedihan juga, kita tidak sempurna. Terima kesedihan itu dan jadikan ia batu-bata untuk membina kebahagian masa depan.

10) Selfish itu perlu. Kalau kita naik kapal terbang, pengumuman keselamatan akan ingatkan kita untuk sarungkan corong udara untuk kita dulu, baru untuk orang kiri kanan kita. Ya, peringatan sama untuk kehidupan sehari-hari. Jaga diri dulu, barulah kita boleh jaga orang sekeliling kita. Kalau kita sakit, lemah, tak berdaya, apa yang boleh kita berikan kepada orang lain?

 11) Minta tolong jika tidak mampu. Jangan segan atau takut. 

12) Belajar untuk let go seperti Elsa. Jangan bawa beban kenangan lampau, rasa bitter, marah, sedih dan entah apa lagi.

13) Menangislah bila perlu. Menangis bukan tanda kelemahan. 


 

Tuhan dan hal-hal berkaitan dengan-Nya

1) Dunia ini sementara. Segala isinya juga sementara.

2) Kagumi dan sanjungilah Sang Pencipta dan bukan makhluk yang dicipta-Nya.

3) Rezeki bukanlah sekadar wang ringgit. Ia boleh datang dalam bentuk kesihatan, keluarga, masa dan banyak lagi. Hargailah semuanya dengan baik. 

4) Tuhan akan mencampakkan kita dalam banyak situasi yang tidak ideal. Reaksi kita kepada situasi itu penting. Tarik nafas, tunggu sejenak, fikir dan baru bertindak. 

Cubalah sedaya upaya untuk bangun pagi, nikmati udara segar sambil mengagumi keagungan Ilahi
Cubalah sedaya upaya untuk bangun pagi, nikmati udara segar sambil mengagumi keagungan Ilahi

5) Tidak semua benda akan jadi mengikut kehendak kita. Harus bijak mencari akal untuk menjadikan situasi itu terbaik untuk kita. Kalau perlu bantuan, minta. Cuba lafazkan, “Khair, InshaAllah” jika ada perkara terjadi yang tidak mengikut perancangan kita. Dengan izin Allah, ada kebaikannya. 

6) Sentiasa bersyukur. Untuk sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya. Bersyukur mudah apabila diberikan kesenangan. Tapi cuba latih diri untuk bersyukur apabila dalam keadaan susah juga. Anggaplah Tuhan sedang menjalankan proses naik taraf untuk kita. Upgrade diri menjadi lebih baik menuju arah-Nya. 

7) Allah SWT adalah sebaik-baik perancang dan Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Sangat klise tapi benar, bukan? Jadi jika ada sesuatu yang kita kerjakan tidak menjadi, janganlah terlalu bersedih. Pergi kepada poin tentang kejayaan. Sudah mencuba melakukan sesuatu itu sebenarnya kejayaan. Tanda kita berani. 

Cahaya paling terang hanya dapat dilihat dalam kegelapan
Cahaya paling terang hanya dapat dilihat dalam kegelapan

 

Kawan-kawan dan orang sekeliling kita

1) Kawan-kawan akan muncul tepat pada masanya, sesuai dengan keperluan kita. Fahami bahawa manusia berubah dengan waktu. Kadang-kadang, perubahan itu yang akan memisahkan kita dengan sahabat kita. Dan dengan waktu, ada juga yang kembali mendekat dengan kita. 

2) Kawan kita boleh membantu kita menjadi lebih baik, atau menjahanamkan kita. Klise lagi. Tapi ia klise kerana benar. Kalau sudah nampak ada yang tidak sesuai, angkat kaki dan jalan. 

3) Adakala dengan kawan-kawan kita menjadi terlalu baik. Atau dalam percubaan untuk berkawan dengan orang baru atau mencipta ‘circle of friends’ baru, kita akan menjadi terlalu ‘memberi’. Seperti menjadi people pleaser. Jika anda sedar anda berkelakuan begitu, hentikanlah. Ia meletihkan dan kelak akan melukakan hati. 

4) Dalam pada kita memberi, ada tidak kita menerima? Ini juga keseimbangan. Tidak salah menjadi baik. Tetapi jangan sampai jadi alas kaki orang atau jadi mak/pak sanggup. Yes man seumur hidup. Tak akan berbaloi. 

5) Don’t work with your heroes. Cukuplah mengagumi dari jauh. 

6) Raikan perbezaan. Agama, warna kulit, pendapat. Raikan semuanya. Dan be kind. Allah SWT telah menciptakan kita berbeza-beza untuk kita saling mengenali (Surah Al-Hujarat, ayat 13). 

7) Dalam hal perbezaan pendapat, agree to disagree juga tidak mengapa ya. Janganlah kita memaksa semua orang untuk ikut rentak kita.

8) Belajar untuk minta maaf dan belajar untuk memaafkan. Poin tambahan penting-- kita tidak perlu berbaik semua dengan orang yang telah menyakiti kita.

Sentiasa ada. Terima kasih.
Sentiasa ada. Terima kasih.

 

Kematian

1) Mati itu pasti. Dan ajal tidak menunggu usia tua untuk datang menjemput. 

2) Kita akan rasa kita bersedia menghadapi kematian, atau menghadapi pemergian orang yang kita sayangi. Tapi kita tidak akan pernah bersedia sepenuhnya. 

3) Berduka atas sebab kematian adalah satu proses yang kita perlu lalui. 

4) Bersedihlah, menangislah tapi jangan meratapi. Ada antara kita yang terlalu berduka sehingga sakit atau murung. Jika ini anda, saya sarankan anda dapatkan bantuan pakar. Tapi jika orang yang anda sayangi meninggal dunia dan anda tidak merasai apa-apa, anda juga perlu dapatkan bantuan. 

5) Rasa rindu itu sakit. Dan hanya doa kita dari sini yang mampu mengurangkan rasa rindu itu. 

6) Hargailah orang yang kita sayangi, terutamanya ibu bapa dan adik-beradik sementara mereka masih ada. Esok tidak pernah dijanjikan untuk sesiapa. 

Yang selalu dirindui. Tenanglah di sana, Ise.
Yang selalu dirindui. Tenanglah di sana, Ise.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikongsikan, tetapi inilah yang paling penting. 

Selamat 40 kepada diri sendiri dan kepada pembaca lain yang lahir pada tahun 1981. Terima kasih kerana sudah bertahan sejauh ini. - Getaran, 9 Julai 2021

Surah Al-Ahqaf, ayat 15
Surah Al-Ahqaf, ayat 15


 

Semua gambar, kecuali tertera: Ili Farhana

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

3

Refleksi 2 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

4

Refleksi 3 bulan yang lalu

UAI Kata Haram Tidur Dengan Patung Seperti 'Teddy Bear', Pejabat Mufti Bagi Penjelasan Berbeza

Sorotan

1

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

2

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

4

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

5

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

6

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

7

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran