Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Sifat Perhubungan Sihat Yang Dianggap Lemah Orang Kini. Apa Kata Anda?

Lemahkah perhubungan anda jika anda mengamalkan lima perkara yang disenaraikan di bawah?

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2021 3:45PM

Gambar: Pablo Heimplatz, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semua orang mengimpikan perhubungan yang bahagia, penuh detik berbunga ceria, sarat adegan bermanja. Persetankan realiti, melayan persepsi lebih menepati impian bahagia yang ingin dicipta. Masing-masing punya ciri-ciri pasangan idaman, semua sifat perlu berada di atas landasan, jika tergelincir boleh menyebabkan terputus hubungan. Zaman sekarang tidak semudah zaman dahulu di mana kaum Hawa itu lembut, menurut sifatnya. Zaman ini, tersilap bicara boleh terkena tanda pagar #SiBodohKauDengarSini daripada pasangan sendiri. 

Perhubungan sebenarnya tidak ada yang tidak ada komplikasi. Perjalanannya mungkin sedikit bumpy, tetapi jika pasangan saling memahami, gunung berapi pun sanggup direnangi. Bukan kesempurnaan yang dicari, tetapi keamanan itu tunggak sebuah mahligai yang dilayari. 

Kali ini, kita akan membicarakan lima sifat perhubungan yang sihat walafiat yang sering disalah erti oleh ramai muda-mudi yang melabelkan sifat ini sebagai sifat lemah yang perlu dihindari. 

Mengalahlah...

Klise sangat apabila orang mengatakan bahawa mengalah itu bukan bererti kalah. Namun, hakikatnya, kenapa perlu bertegang urat untuk menegakkan benang kita? Tak kiralah benang basah atau kering, tak perlu tegak benang boleh tak? Memanglah hati sakit. Siapa yang tak sakit hati kalau dah cakap yang betul pun masih mau bertengkar? Betul. Walau bagaimanapun, mengalahlah. Formulanya mudah, api tengah menyala jangan dituang dengan gasolin. Tuangkan air, atau tebar sahaja kain basah di atasnya. Nak tebar kain basah atas pasangan pun boleh cuba. Tarik nafas, mengalah dan sabar. Akhirnya, perkara yang kita tengkarkan tadi akan menjadi kecil dan tidak bermakna selepas beberapa jam dibiar sepi. Perhubungan atau perkahwinan bukan perjalanan yang singkat untuk kita bakar-membakar sesama sendiri. Memanglah apinya kecil-kecil belaka. Tetapi,  jika tidak dibendung, kebakaran boleh memusnahkan segalanya. Lantas, mengalahlah. 

Mengucap Kata Maaf

“Eh, kenapa pula I yang kena minta maaf dulu? Dia yang salah! Lantaklah!” Zaman sekarang ni siapa yang cakap maaf dulu, dia lemah, dia salah. Bukankah memohon kemaafan itu akan meredakan perbalahan, akan membawa kita kembali ke landasan perhubungan yang sihat?  Lebih cepat kita meminta maaf, lebih cepat resolusi konflik berlaku. Yang pasangan pula, janganlah menuduh permintaan maaf itu tidak ikhlas. Mana kau tahu ikhlas atau tidak hati dia? Hati tengah geram memanglah sukar memaafkan. Terbuku saja, kan? Namun, tip mudah untuk melembutkan hati yang ‘geram’ adalah dengan cuba memberikan senyuman sebelum memaafkan. Tak percaya? Cubalah! Kesalahan besar yang dilakukan tentu sekali tidak boleh dimaafkan begitu saja, dan akan mengambil masa. Oleh itu, untuk kesilapan kecil, biasakan diri meminta maaf kepada pasangan dan meneutralkan suasana. 

Gambar: Rodnae Productions, Pexels
Gambar: Rodnae Productions, Pexels

Biarkan Saja Ia Berlalu

Di dalam perhubungan, konflik memang akan muncul. Ada yang besar, ada yang sederhana, ada yang kecil. Perlukah diselesaikan semuanya? Tak perlu perfectionist sangatlah. Semua nak sempurna. Trend zaman ni semua perlu, “We should have a conversation.” Tak perlu sebenarnya. Konflik kecil-kecil tu tutup mata sudahlah dan kembali ke point pertama. Benda tidak besar, jangan diperbesarkan. Kawalan emosi itu penting, kadang-kadang bukan semuanya sebab kita. "Eh kenapa muka dia monyok je, aku ada buat salah ke?" Tak semestinya. Dunia ini bukan berputar di sekeliling kita sahaja. Mungkin dia 'berbulu' dekat bos di pejabat dia semenjak pukul 5 tadi. Kalau asyik ditanya kenapa, kenapa, kenapa, di kala hati tengah 'bengang,' mestilah jawapannya tidak seindah mana. Ambil jarak untuk bertenang. Kalau pasangan kita down, kita berusahalah menceriakan dia. Kalau suami suka pisang goreng, takkan bila kita goreng dia makan dengan muka masam, kan?  Mesti ramai yang tak boleh terima atas alasan kenapa kena sapu masalah ke bawah karpet? Jangan ingat rumah yang bersih berkilat itu bahagia. 

Terimalah Dia Seadanya

Masalah paling besar rumah tangga atau perhubungan adalah perbandingan. Seorang artis wanita terkemuka 90-an ditanya oleh seorang suami orang, “Puan, bagaimana Puan mengekalkan kejelitaan? Saya ingin meminta isteri saya buat yang sama.” Tersembur kopi ketika membaca komen tersebut. Pertamanya, sebab dia nak isteri dia cantik macam artis, kedua sebab dia nak isteri dia masih remaja. Sudahlah, sudahlah. Kita pun boleh lihat muka tuan dalam profil itu ya. Terimalah pasangan kita seadanya. Terbuncit sikit, tak perlulah buat-buat jenaka berbadan dua. Jangan kita ingat kita sempurna, lantas inginkan kesempurnaan pasangan. Cerminlah diri sendiri, kita pun tak sehebat mana. Dengan menerima kekurangan pasangan kita, hati kita akan lebih ceria. Masalahnya adalah kita percaya kita boleh mengubah seseorang mengikut acuan yang kita suka. Perhubungan yang tenang adalah apabila kita menerima pasangan kita seadanya dan menyayangi dia dalam setiap perjalanan hidup kita. 

Memberi Ruang

Perhubungan akan menjadi sesak jika masing-masing tidak memberi ruang kepada pasangan untuk sedikit masa peribadi. “Lama lagi ke?” “Bila nak balik?” “Asyik dengan kawan je.” Relaks. Bukannya dia pergi keluar berhari-hari. Setiap orang memerlukan masa peribadi. Bukannya apabila kita sudah berpasangan, kita sudah tiada masa untuk diri sendiri. Biarlah. Kadang-kadang terasa nak minum kopi sendirian, nak shopping dengan kawan-kawan, nak lepak mamak borak-borak kejap. Tak perlulah nak kirim aiskrim supaya suami cepat pulang ke sisi. Tak perlulah nak pick up isteri di rumah kawan secepat mungkin atas alasan di rumah tiada makanan. Setelah diberi ruang, janganlah pula kita mengambil kesempatan dengan melakukannya dengan kerap dan lama. Segalanya perlu keseimbangan. Dan, jangan lupa hormat gajet masing-masing. Tak perlu nak jadi hacker sangatlah ya. Jika dia berahsia biar sahaja, husnuzon itu lebih baik. 

Perhubungan yang sihat itu bukan tentang kesempurnaaan. Ia lebih kepada mewujudkan keamanan dalam negeri cinta yang kita bina. Perkara-perkara kecil jangan dibesar-besarkan. Lebihkan sabar dan cuba memahami pasangan kita. Setiap orang ada celanya, kalau itu yang kita pilih, kenapa kita yang selalu mencela. Yang disebut di atas semuanya sifat sihat dalam perhubungan. Perhubungan dijalin bukan untuk setahun dua masanya, amalkan sifat-sifat di atas untuk perjalanan jauh yang aman.

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

3

Refleksi 2 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

4

Refleksi 3 bulan yang lalu

UAI Kata Haram Tidur Dengan Patung Seperti 'Teddy Bear', Pejabat Mufti Bagi Penjelasan Berbeza

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 18 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran