Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Pasca Curang - Apakah Masih Ada Harapan Membina Kebahagiaan?

Pedih rasanya diduakan, hanya hati sendiri yang tahu. Lalu masih adakah ruang kemaafan dalam diri?

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2021 2:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiada siapa yang melangkah ke alam perkahwinan mengharapkan hujan di tengah hari. Semuanya mendambakan panas hingga ke petang, kebahagiaan yang berpanjangan, kasih sayang tanpa sempadan, membayangkan hidup bersama sehingga usia senja, apa yang ada di hadapan kita tanggung bersama. 

Hakikatnya selepas beberapa tahun bersama, pelbagai cabaran mula terasa, masa yang dihabiskan berdua sudah kurang nyala rasa, perhatian yang dulunya hanya pada kita, kini sudah beralih kepada si kecil pula. 

Namun, darah muda masih membara, lantas mencuba-cuba nasib di luar sana, mana tahu umpan masih mengena. Sedang leka mendamba kasih terlarang, tembelang pecah dihidu pasangan. 

Adakah ini bermakna berakhirnya hubungan atau masih ada harapan untuk membina kebahagiaan? 

Apabila kepercayaan diperkotakkatikkan, hati remuk umpama kaca terbelah seribu, proses merawat memakan masa bertahun-tahun lamanya. 

Walaupun secara purata ramai yang mengenalpasti kecurangan sebagai deal-breaker, "Kalaulah dia berani curang, aku akan tinggalkan dia. Fullstop." Masalahnya, keputusan tidak semudah itu, lebih-lebih lagi bila ada zuriat yang perlu diambil kira. 

Sekiranya memilih untuk berpisah, pilihannya jelas. Namun, jika sebaliknya, bagaimana cara kita merawat luka di dada untuk menelusuri perhubungan yang telah dicemar noda. 

Pertamanya, belajar menerima, bukan menyalahkan. Siapa yang bilang senang? Ramai yang menjurus untuk mengimbas kekurangan diri lantas merasakan mungkin dia curang kerana kurangnya aku ini. Kerap memikirkan apa kesalahan diri sehingga terjadinya kecurangan itu. 

Berhenti. 

Dia curang kerana dia ingin curang, ianya tidak ada kena mengena dengan anda. Dia boleh menjadi begitu menyayangi DAN curang dengan wanita lain dalam masa yang sama. 

Anda boleh menjadi wanita yang tangkas di dapur, ganas di ranjang, jika ada si jelita di luar sana yang meleret pandang, dia akan cenderung curang. 

Episod salah menyalahkan memang akan berlaku pada fasa awal apabila curang itu dibongkar. Pergaduhan, air mata, pertengkaran, semuanya normal. 

Tetapi, setelah ribut reda dan anda memilih untuk mempertahankan perhubungan, mulakan dengan memaksa hati menerima hakikat bahawa curang tersebut TELAH terjadi. 

Untuk membina kembali kepercayaan, kita perlu memahami bahawa manusia itu melakukan kesilapan. Mahu tak mahu, hati perlu menerima hakikat bahawa kesilapan itu telah berlaku, kita tiada kuasa memutar masa dan adalah lebih efektif jika kita fokus ke depan sahaja. 

Ya, cakap memang mudah, tetapi secara jujurnya, jangan melakukan perkara sia-sia dengan sering bercakap tentang kejadian yang telah berlaku seperti rekod yang telah rosak. 

Jangan meminta butiran kecurangan itu, terutama jika anda bertekad untuk mempertahankan hubungan. 

Naluri memang ingin tahu segalanya, tetapi butiran yang diberi akan menjadi pisau yang akan melorek-lorek hati anda sendiri untuk jangka masa yang panjang. Apabila butiran diberi, minda akan membina drama sendiri dan memainkan di benak dan ini akan memberi impak kepada emosi dan fizikal mereka yang dicurangi. 

Tak perlu tanya dia siapa, mana jumpa, di mana jumpa, berapa kali jumpa, dah buat apa, bagai-bagai. Leave the details out, itu adalah lebih baik untuk kamu untuk jangka masa panjang.  

Jangan diungkit dan menjadikan kesalahan itu senjata yang tiada tarikh luput. Sekali lagi, tiada siapa cakap ini perbuatan mudah. Tetapi the road to recovery ialah dengan tidak menghukum. 

Mesti ramai yang tidak berpuas hati dengan cadangan saya tetapi percayalah, jalan ini adalah lebih baik dan akan lebih cepat memulihkan kepercayaan berbanding jika tak habis-habis mengungkit kesilapan yang dilakukan, umpama luka yang sudah ditampal plaster, kejap-kejap disentap plaster tersebut, rasanya bila luka nak sembuh? Salah tarik, berdarah, menanah lagi pula.  

Belajar memaafkan. Ini akan memakan masa bertahun-tahun lamanya. Namun, jika perhubungan ini terlalu berharga untuk dikorbankan oleh satu kesalahan, lembutkan hati dan belajar memaafkan. 

Mungkin kali ini dia tersadung, esok lusa kita pula. Tiada siapa yang menggalakkan kecurangan atau mengatakan okey kepada perbuatan tersebut tetapi untuk menangani hati yang disakiti dan menyelamatkan mahligai yang dibina, cubalah tip-tip di atas. 

Untuk si curang bersiri, nyah kau dari sini. Artikel ini untuk pesalah kali pertama sahaja. - Getaran 28 May 2021

Semua gambar: Pexels.com

Berita Berkaitan

1

Refleksi 22 jam yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kerana Cemburu, Jurugambar Sambilan Maut Ditikam

3

Refleksi 4 minggu yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

4

Refleksi 1 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selera 11 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Refleksi 22 jam yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Jelajah 6 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Jelajah 2 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi