Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


7  Sebab Mengapa Pekerja Lompat Kerja

Refleksi Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 11:33AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Zaman sekarang bukanlah seperti di zaman dahulu di mana semangat setia pekerja kepada syarikat utuh. Dahulu, seorang pekerja boleh setia berpuluh tahun lamanya dengan hanya satu syarikat. Jarang ada mereka yang berpindah kerja hanya selepas beberapa bulan berkhidmat. Tenaga kerja baharu lebih senang mengucap bye bye kepada majikan jika pekerjaan yang ditawarkan tidak setimpal dengan usaha yang mereka curahkan untuk jawatan tersebut.

Generasi baharu mempunyai reputasi sebagai Generasi Lompat Kerja. Antara faktor utama yang menyebabkan mereka sering melompat kerja ialah kerana kurangnya penglibatan syarikat ke atas mereka. Generasi baharu merasakan mereka perlu dipimpin dan dilatih secukupnya oleh majikan dan apabila jangkaan mereka meleset, mereka akan mencari peluang yang lain. Apa pun alasannya, secara realiti generasi baharu tenaga kerja tidak meletakkan kesetiaan kepada syarikat sebagai nilai penting dan mereka juga tidak bersedia untuk komited kepada syarikat untuk jangkamasa yang panjang.

Mari kita mengenalpasti tujuh sebab mengapa pekerja melompat kerja.

1. Lemas Dengan Tugasan Yang Menimbun
Bagi generasi boomer, kerja ialah kerja. Sedikit atau banyak, mengambil masa di luar waktu kerja atau tidak, mereka akan melakukannya sahaja kerana kita bekerja. Berbeza dengan generasi baharu, mereka lebih berkira. Jika tugasan yang diberi tidak terdapat dalam skop kerja surat tawaran mereka, tugasan itu dikira sebagai tugasan tambahan yang membebankan. Jangan mengharapkan mereka bekerja di luar waktu kerja kerana ini ialah satu bentuk penindasan. Seandainya tugasan tambahan ini semakin hari semakin menimbun yang menyebabkan mereka perlu menggunakan masa di luar waktu kerja, ini memudahkan mereka membuat keputusan untuk angkat kaki. Ramai yang melabel generasi baharu ini sebagai manja dan mengada tetapi interpretasi mereka kepada surat tawaran juga tidak jauh tersasar. Mereka dibayar untuk perkhidmatan yang dipersetujui, dan masa mereka di luar waktu kerja bukan milik syarikat dan operasi.

2. Gaji Dan Faedah Lain Yang Mendatar
Para majikan perlu faham motif seseorang itu bekerja. Majoriti manusia bekerja bersungguh-sungguh untuk memperoleh faedah tambahan daripada pekerjaannya selain daripada gaji bulanan. Tugas hakiki tentu sekali perlu dipenuhi. Namun, sekiranya pekerja telah berusaha untuk memberikan yang terbaik tetapi tiada perubahan dari segi gaji dan faedah lain sedangkan syarikat mencatat keuntungan, hati mereka akan tawar dan mereka akan mula tawar-menawar dengan syarikat lain. Pergerakan gaji dan tambahan faedah adalah motivasi kepada pekerja untuk melakukan tanggungjawab dengan sepenuh hati, to give 110 percent. Dengan melompat kerja, selalunya syarikat baharu akan menambah gaji pokok mereka berdasarkan tahap gaji lama dan akan menawarkan faedah tambahan yang menarik.

3. Budaya Syarikat Yang Tidak Sesuai
Budaya syarikat perlu sihat. Secara amnya terdapat empat jenis budaya syarikat iaitu budaya kerja klan, budaya kerja santai, budaya kerja bersaing dan budaya kerja hierarki. Budaya kerja klan menganggap semua kakitangan di pejabat seperti sebuah keluarga, mesra dan selalu bersama. Budaya kerja santai pula memberi peluang untuk pekerja mencuba idea-idea baru dan tidak terikat kepada peraturan dan birokrasi yang ketat. Budaya kerja bersaing mengutamakan hasil kerja dan setiap pekerja dinilai dengan hasil yang disumbang kepada syarikat manakala budaya kerja hierarki ialah budaya kerja lama di mana semuanya langkah yang ingin diambil perlu mengikut arahan dan perlu berada dalam skop yang dibenarkan. 

Di dalam empat budaya kerja ini tadi akan terbentuk beberapa subbudaya seperti tikam belakang, mengadu domba, mengambil kredit orang lain, tidak mahu berkongsi ilmu dan sebagainya yang sering menjadikan suasana di pejabat bertukar toksik. Budaya syarikat yang tidak sesuai atau yang tidak sihat akan menyebabkan pekerja tidak selesa, lantas berpindah ke syarikat baharu.

4. Hubungan Hambar Dengan Pengurus
Dalam mewujudkan suasana menang-menang di pejabat, pengurus perlu memastikan yang beliau bijak membina perhubungan yang baik dengan anak-anak buahnya. Elakkan pilih kasih di antara pekerja dengan memberi kelebihan kepada sesetengah kelompok dan mengabaikan atau mengaibkan yang lain secara terang-terangan. Ini tidak bermakna pengurus perlu membodek kakitangannya atau menjadikan mereka teman. Ketua yang baik tidak berpihak. Apabila tiada hubungan baik di antara pengurus dan kakitangan, komunikasi akan terkesan dan semangat juang untuk pasukan juga akan luntur.

5. Kurang Pengiktirafan
Apabila kakitangan merasakan mereka telah melakukan tugasan yang diberi dengan cemerlang, mereka mengharapkan pengiktirafan. Pengiktirafan ini boleh dizahirkan dengan dua cara dan kombinasinya, iaitu puji dan beri ganjaran. Mendapat pujian dari pihak atasan itu menggembirakan pekerja, walaupun pujian yang ringkas seperti ucapan tahniah atau pat-on-the-back sekali sekala. Apabila salah satu pun tidak ada, tidak ramai yang sudi untuk menunggu lama.

6. Tiada Keanjalan Dan Kelonggaran
Walaupun syarikat mempunyai senarai peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua kakitangan, janganlah terlalu keras sehinggakan di dalam senario yang terdesak pun, syarikat tidak memberi kelonggaran kepada pekerja.  Sebagai contoh, waktu pejabat bermula jam 9 pagi dan habis 6 petang. Kelonggaran 15-30 minit perlu diberi kepada semua pekerja supaya mereka ada sedikit ruang sekiranya terjadinya sesuatu di luar kebiasaan. Atau jika anak pekerja sakit di rumah, tetapi permohonan cuti untuk menjaga anak ditolak majikan atas alasan yang sakit itu bukan pekerja.

7. Tiada Ruang Untuk Berkembang
Kemajuan dan perkembangan seorang pekerja itu perlu dititik beratkan kerana ini membentuk mereka menjadi pekerja yang cemerlang. Pelaburan kepada latihan dan perkembangan perlu disediakan agar pekerja tidak terus berada di takuk lama dan masih bergantung kepada skil dan maklumat lama yang mereka ada. Teknologi bergerak begitu pantas dan jika syarikat tidak bersedia untuk membangunkan tenaga kerjanya, ini akan menyebabkan pekerja tidak dapat melihat masa depannya bersama syarikat.

Hakikatnya, bukan mudah untuk syarikat melakukan proses pengambilan pekerja yang selalunya memakan masa dan melibatkan banyak pihak serta kos yang banyak. Pusing ganti kakitangan (staff turnover) yang tinggi hanya akan merugikan syarikat. Jangan kerana tidak mahu berubah, syarikat anda kehilangan kakitangan berpotensi. Organisasi yang baik sentiasa melihat faktor-faktor yang menyebabkan kenaikan kadar pusing ganti kakitangannya dan mengambil langkah untuk memperbaiki. - Getaran, 17 November 2023

Penulis mempunyai Ijazah Psikologi Sains dari Indiana University, Amerika Syarikat dan pernah berkhidmat selama lebih dua dekad menerajui bahagian penjualan, pemasaran dan operasi produk antarabangsa, dan telah berurusan dengan ramai kakitangan yang mengalami cabaran demi cabaran dalam kerjaya.  

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

4

Refleksi 2 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 10 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

oleh Rahayu MN

Jelajah 17 jam yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN