Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kelebihan Berpuasa Pada 10 Muharram

Muharram antara bulan yang mulia di sisi Allah SWT dan umat Islam dijanjikan ganjaran pahala yang besar jika melakukan kebaikan atau ibadah sepanjang bulan ini.

Refleksi Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2023 11:57AM

Hari Asyura disambut pada 10 Muharram dan umat Islam amat digalakkan untuk berpuasa sunat pada hari itu - gambar hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bulan Muharram merupakan salah satu bulan yang cukup istimewa di sisi Allah SWT. Di antara kelebihan bulan ini seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran adalah berdasarkan firman Allah S.W.T yang berikut:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي 

كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ

Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah S.W.T adalah sebanyak dua belas bulan sebagaimana yang terdapat di dalam kitabullah (Lauh al-Mahfuz) pada hari diciptakan langit-langit dan juga bumi. Di antaranya (bulan-bulan tersebut) adalah empat bulan haram. Demikian itulah agama yang lurus maka janganlah kalian menzalimi diri kalian di dalam bulan-bulan tersebut.

Pada bulan Muharram ini juga banyak sejarah Islam yang terlakar, terutamanya pada 10 Muharram atau lebih dikenali dengan hari ‘Asyura’. 

Berikut adalah tiga peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharam iaitu: 

1) Nabi Musa A.S diselamatkan daripada dikejar tentera Firaun. 

Peristiwa ini berlaku pada 10 Muharram. Peristiwa ini juga termaktub di dalam kitab Injil. Oleh sebab itulah umat Yahudi juga melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai tanda syukur Nabi Musa dan Bani Israil telah diselamatkan oleh Firaun.

2) Allah menerima taubat Nabi Adam A.S

Nabi Adam A.S melanggar larangan Allah dengan makan buah Khuldi ketika berada di dalam Syurga. Sebagai balasan, Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi bersama Siti Hawa.

Menyesal dengan perbuatannya itu, Nabi Adam A.S telah berdoa dan doanya itu termaktub di dalam Al-Quran - “Wahai Rabb kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Dan apabila Engkau tidak mengampuni kami, tentunya kami termasuk dari orang-orang yang rugi.”

Allah menerima taubat Nabi Adam A.S pada 10 Muharam 

3) Allah selamatkan Nabi Yunus A.S dari perut ikan

Allah telah menghukum Nabi Yunus A.S dengan memerintah Ikan Nun menelannya. Selama 40 hari Nabi Yunus terperangkap di dalam perut ikan tersebut. Doa taubat Nabi Yunus terakam di dalam Al Quran ketika berada di dalam perut ikan Nun “Tiada Tuhan melainkan Engkau ( Ya Allah )! Maha Suci Engkau (daripada teraniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang zalim”

Doa Nabi Yunus A.S akhirnya dia diperkenankan oleh Allah dan pada tanggal 10 Muharam, Ikan Nun telah memuntahkan baginda.  

Selain daripada ketiga-tiga peristiwa tersebut, pada 10 Muharam juga merupakan hari pertama Allah menciptakan alam, menurunkan rahmat, menurunkan hujan, menciptakan ‘Arasy’, menciptakan Luh Mahfuz, dan menciptakan alam.

Memandangkan Muharram antara bulan yang mulia di sisi Allah SWT, umat Islam dijanjikan ganjaran pahala yang besar jika melakukan amal soleh sepanjang bulan ini. Salah satu amalan yang dilakukan oleh umat Islam ialah menunaikan puasa Asyura. 

Bahkan, umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu pada Tasu’a (hari kesembilan). 

Jadi, jika anda salah seoang yang berpuasa pada hari ini, (27 Julai 2023), ucapkan tahniah kepada diri sendiri.

Ada banyak manfaat puasa Asyura yang boleh diraih jika dilakukan - gambar hiasan
Ada banyak manfaat puasa Asyura yang boleh diraih jika dilakukan - gambar hiasan

Kelebihan puasa Asyura

Ada banyak manfaat puasa Asyura yang boleh diraih jika anda melakukan ibadah ini ikhlas kerana Allah Taala. 

Antaranya ialah:

1) Menunjukkan rasa syukur kepada Allah SWT yang telah menyelamatkan hamba-hamba-Nya yang beriman dari kejahatan orang-orang kafir iaitu selamatnya Nabi Musa dan Nabi Harun bersama Bani Israil dari kejahatan Firaun dan bala tentaranya.

2) Sebagai tanda meneladani Nabi Musa dan Nabi Harun dan Nabi Muhammad SAW yang berpuasa pada hari ‘Asyura.

3)  Puasa Asyura adalah untuk meneladani para sahabat yang melakukan puasa Asyura, bahkan melatih anak-anak mereka untuk melakukan puasa Asyura.

4) Boleh menghapus dosa setahun yang lalu. Rasulullah SAW bersabda, “Puasa Asyura aku memohon kepada Allah agar dapat menghapus dosa setahun yang lalu.” (HR Muslim). Imam an-Nawawi berkata: “Keutamaannya menghapus semua dosa-dosa kecil. Atau boleh dikatakan menghapus seluruh dosa kecuali dosa besar”.

Bubur Asyura versi manis antara juada yang sering disediakan ketika menyambut Hari Asyura - gambar Facebook
Bubur Asyura versi manis antara juada yang sering disediakan ketika menyambut Hari Asyura - gambar Facebook

Resipi Bubur Asyura Manis

Antara tradisi masyarakat Melayu turun temurun apabila bagi meraikan 10 Muharram ialah dengan menyediakan bubur Asyura untuk dinikmati seisi keluarga dan ada juga yang menjemput kejiranan dengan mengadakan kenduri. 

Asyura  jika mengikut bahasa arab (a'syara) bermaksud sepuluh, jadi ada pendapat yang mengatakan Bubur Asyura ini biasanya mengandungi 10  bahan atau ramuan.

Bubur Asyura ini memiliki beberapa versi mengikut negeri masing-masing. 

Kalau versi orang Pantai Timur, rasanya lebih berempah dan pekat, manakala versi negeri-negeri di sebelah Utara Semenanjung, ianya agak cair dan rasanya manis.

Bagi yang belum pernah menyediakan Bubur Asyura, mungkin tahun ini anda teringin untuk mencubanya sendiri. 

Jadikan resipi dari https://kongsiresepi.my/ berikut sebagai panduan.

Jika saiz hidangan ini agak banyak untuk keluarga kecil anda, bolehlah sedekah sedikit kepada kawan-kawan. Ingat, bersedekah boleh memanjangkan umur.

Bahan-bahan

2 cawan tepung beras

3 cawan santan pekat  

1 sudu kecil garam

3 cawan santan cair

1 cawan gula merah (dimasak dengan 1 cawan air hingga larut dan tapiskan)

3/4 cawan gula pasir (tahap kemanisan terpulang kepada anda)

Segenggam kacang tanah 

Segenggam kacang kuda

Segenggam kacang hijau direndam 3 jam kemudian direbus hingga lembut

1 mangkuk ubi keledek dipotong dadu dan direbus hingga lembut

1 mangkuk pisang dipotong bulat

1 tin Jagung manis 

3 sudu besar sagu halus

3 helai daun pandan

Cara penyediaan

1) Kisarkan tepung beras dengan tiga cawan santan cair dan tapiskan. 

2) Kemudian, satukan semua bahan kecuali pisang ke dalam kuali besar atau periuk besar. 

3) Kacau sehingga masak dengan menggunakan api perlahan.

4) Apabila sudah pekat, boleh masukkan hirisan pisang. 

5) Kacau lagi adunan bubur sehingga benar-benar masak dan tidak melekat di kuali / periuk.

6) Asyura yang sudah masak bolehlah dialihkan ke dalam loyang. - Getaran, 27 Julai 2023

Selamat berbuka puasa! 

Rujukan : https://muftiwp.gov.my/en/ dan https://perkimdk.com/ 

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 minggu yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

3

Refleksi 2 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

4

Refleksi 2 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN

Selera 6 jam yang lalu

Grand Hyatt Kuala Lumpur Lancar Edisi Kedua #DinewithChef

Menggabungkan pelbagai hidangan dari seluruh dunia, pesta makanan ini berlangsung selama sebulan.

oleh Rahayu MN

Jelajah 3 jam yang lalu

Aplikasi Yang Patut Dimuat Turun Apabila Bercuti Ke 5 Negara dan Kota Popular Berikut

oleh Rahayu MN