web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


6 Ciri Aplikasi Memudahkan Jemaah Haji

Kini terdapat pelbagai aplikasi yang boleh membantu memudahkan ibadah para jemaah Haji. Ini salah satu daripadanya. 

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 1:56PM

Gambar Hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sesudah dua tahun penerbangan ke tanah suci Makkah tertunda akibat COVID-19, rata-rata rakyat Malaysia menunjukkan rasa kesyukuran apabila kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dapat berlepas baru-baru ini.

Dijangkakan lebih daripada 14,000 jemaah haji dari Malaysia akan berlepas ke tanah suci untuk menunaikan ibadah rukun Islam kelima ini. 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Sempena dengan musim haji yang bakal tiba, segmen Refleksi hari ini ingin berkongsi enam ciri aplikasi Muslim Pro yang dapat membantu memudahkan jemaah haji semasa menjalankan ibadah di Makkah nanti.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Doa Semasa Merantau

Setiap kegiatan lebih afdal jika dimulakan dengan doa bagi mendapat keberkatan Allah SWT. Ciri yang pertama ini merujuk kepada kepelbagaian jenis doa yang boleh dibaca menerusi aplikasi Muslim Pro.

Bukan sahaja doa asas seperti doa makan, minum, bersin dan lain-lain, malah terdapat 132 doa yang disediakan dan boleh diamalkan. Bahkan terdapat juga doa untuk menghilangkan tekanan bagi individu yang mengalami keadaan tersebut ketika memulakan penerbangan yang jauh.

Gambar Hiasan AFP
Gambar Hiasan AFP

Ketepatan Waktu Solat

Setiap tempat mempunyai waktu solat yang berbeza-beza apatah lagi jika anda menuju ke lokasi yang jauh daripada kawasan kediaman. 

Aplikasi ini juga mempunyai fungsi peringatan masuk waktu solat mengikut lokasi pengguna.

Ini bagi memberikan kepastian kepada para jemaah supaya tidak lupa dan keliru dengan waktu solat sejurus tiba di tanah suci. 

Tambahan pula, tetapan ini disambungkan bersama sistem GPS, jadi sistem ini akan menukarkan waktu solat secara automatik mengikut ketepatan masa sesebuah lokasi.

Kompas Arah Kiblat

Secara amnya, arah matahari terbenam merupakan salah satu panduan untuk mencari arah kiblat. Walau bagaimanapun azimut (hukum fizik kiraan arah mengufuk suatu titik di langit dan suatu titik di Bumi) matahari kadangkala sukar untuk dikesan. Ini berikutan perubahan lokasi yang berlaku.

Aplikasi ini dipasangkan bersama kompas digital yang menunjukkan arah kiblat dengan betul dan boleh dipercayai.

Ia juga memiliki paparan kecil gambar Kaabah  dipermukaan skrin bagi memudahkan pengguna untuk melihat arah tersebut. Jadi pengguna tidak perlu susah payah untuk mengeluarkan kompas fizikal dan mengukur serta mencari arah kiblat ketika merantau. 

Gambar Hiasan AFP
Gambar Hiasan AFP

Panduan Ibadah Haji Dan Umrah

Jika dimbas kembali sebelum era digital, jemaah haji atau umrah akan dibekalkan sebuah buku panduan. Ia bagi mengingati cara, tertib dan perkara lain berkaitan dengan ibadah tersebut. 

Kini segalanya mudah dengan panduan digital menerusi aplikasi Muslim Pro ini. Daripada perkara wajib ketika melaksanakan haji atau umrah sehinggalah perkara sunat semuanya ada disediakan. Malah ia didatangkan dalam lima bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Indonesia, Perancis dan Arab.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

 

Ruangan Komuniti Berdoa

Pada tetapan ini, anda juga boleh bersama-sama melihat perkongsian doa oleh umat Islam di serata dunia pada ruangan komuniti yang disediakan. 

Meskipun tidak mengenali siapa yang berada dalam ruangan tersebut, anda boleh bersama-sama berdoa agar mendapat keberkatan dan keredaan Allah. 

Perkara ini dituntut di dalam Islam seperti mana daripada Abi Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: “Tidak ada seorang hamba yang Muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”. [Riwayat Muslim (4912)]

Gambar laman web makkahlive.net
Gambar laman web makkahlive.net

Siaran Langsung Makkah

Kini terdapat pelbagai saluran khas yang menyiarkan siaran langsung kegiatan ibadah di Makkah khususnya di Masjidil Haram.

Begitu juga dengan aplikasi ini, anda boleh menyaksikan keadaan dari semasa ke semasa di kawasan sekitar Kaabah. 

Bahkan anda juga boleh menontonnya terlebih dahulu sebelum menjejakkan kaki ke dalam kawasan tersebut. - Getaran, 10 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Haji: Pneumonia Penyakit Utama Dikesan, Petugas Perubatan Hadapi Fasa Getir Menjelang Masyair

2

Semasa 11 bulan yang lalu

11 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Setakat Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Akibat Serangan Jantung

4

Semasa 1 tahun yang lalu

5,526 Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Suci - Ketua Rombongan

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh