Berita Terkini

11 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 5 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Hukum Mencium Di Bahagian Mulut Atau Bibir

Ciuman ini adalah satu bentuk penyampaian kasih sayang antara manusia. Namun apakah hukum mencium di bahagian mulut ini dibenarkan dalam Islam? Minggu ini kami kupas.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 11:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini, tular di beberapa platform media sosial berkenaan ibu bapa yang mencium mulut anak sebelum menghantar mereka ke sekolah. 

Bukan sahaja di peringkat itu, malah sesetengah golongan dewasa juga kini kelihatan mengamalkan perbuatan tersebut di tempat terbuka. 

Ciuman ini adalah satu bentuk penyampaian kasih sayang antara manusia. Namun apakah hukum mencium di bahagian mulut ini dibenarkan dalam Islam?

Segmen Refleksi hari ini mengupas isu mencium di bahagian mulut atau bibir.

Gambar: Pexels
Gambar: Pexels

Menurut laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, hukum lelaki atau perempuan yang mencium di mulut sama ada daripada jantina yang sama atau berlainan, dengan menaikkan syahwat atau tidak, jatuh haram dan dilarang oleh syarak. 

Namun ciuman sesama lelaki atau perempuan selain daripada mulut dengan tidak menaikkan syahwat adalah dibenarkan. 

Ia merujuk kepada tujuan untuk berbaik-baik atau menghargai seseorang itu berikutan perasaan rindu ketika berjumpa atau berpisah. 

Selain itu, perlakuan mencium antara mahram seperti seorang ayah mencium anak perempuannya atau seorang ibu mencium anak lelakinya atau seorang abang mencium adik perempuannya adalah tidak boleh pada mulut kerana perbuatan tersebut khusus untuk suami isteri sahaja. 

Sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dan al-Hakim bahawa Rasulullah s.a.w mencium anaknya Fatimah selepas pulang daripada peperangan.

كان النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - حِينَ قَدِمَ مِنْ الْغَزْوِ فَقَبَّلَ فَاطِمَةَ

Maksudnya: Nabi s.a.w ketika pulang daripada peperangan maka baginda mencium Fatimah.

(Riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim)

Gambar: Pexels
Gambar: Pexels

Walau Bagaimanapun, hukumnya berbeza kepada lelaki yang tidak tumbuh janggut atau bulu seperti lelaki lain yang digelar amrad. Menurut Syeikh Abdullah bin Muhammad al-Nabrawi dalam kitabnya juga ada menerangkan pengertian amrad:

الشاب الجميل الذي لم تنبت لحيته

Maksudnya: Seorang remaja lelaki tampan yang tidak tumbuh janggutnya.

(Rujuk:  Ikhtiyarat al-Nawawi h.507)

Mereka tidak dibenarkan untuk berjabat tangan apatah lagi mencium mulut jika syahwat seseorang itu naik dengan tujuan seronok.

Gambar: Pexels
Gambar: Pexels

Walau bagaimanapun, mencium di bahagian telapak tangan, kepala, pipi dan dahi (bahagian yang dibolehkan untuk mencium sesama mahram) atas tujuan berbuat baik atau memuliakannya dibenarkan, namun meninggalkanya adalah lebih baik.

Gambar: Pexels
Gambar: Pexels

Merujuk kepada peranan ibu bapa, adalah penting untuk memberi ingatan serta didikan kepada anak kecil mereka tentang bahagian tubuh badan yang tidak boleh disentuh sesuka-hati termasuklah perbuatan mencium mulut. 

Ini kerana ia boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk melakukan perbuatan tersebut terhadap rakan-rakan yang lain terutamanya di peringkat tadika. 

Sedangkan mereka tidak tahu apa pun disebabkan hanya mengikuti apa yang telah dipraktikkan oleh ibu bapa mereka sendiri. 

Perkara ini memerlukan pemantauan terutama semasa di dalam kelas atau sedang beriadah supaya dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tambahan pula, ia berpotensi membawa kepada mudarat yang lebih besar seperti sexual grooming.

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

Malah penderaan seksual merangkumi tiga kategori iaitu perbuatan sentuhan, perbuatan tanpa sentuhan dan pornografi kanak-kanak dan ini termasuklah perbincangan isu mengenai mencium pada bahagian mulut. 

Jadi, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 bagi menangani masalah ini.

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

Oleh itu, perkara cium mulut ini perlu dititik beratkan buat semua golongan terutamanya bagi umat Islam. 

Jika dipandang ringan, ia boleh menjurus ke arah kerosakan akhlak dan sebagainya. - Getaran, 13 Mei 2022

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kanak-Kanak 3 Tahun Korban Kedua Strok Haba

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Jangan Lupa Selalu Doakan Papa Ye Dik

4

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Pemilikan Akaun Media Sosial Beri Kesan Terhadap Perkembangan Minda Kanak-Kanak

Sorotan

1

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

3

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

4

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

5

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

6

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

5 Tempat Untuk Hilangkan Tekanan Bersama Keluarga, Rakan

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

Pelan daripada SeaMoney dan Allianz memberi jaminan keselamatan sedunia

oleh Rahayu MN

Gaya 12 jam yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY