web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Kadar harga pembayaran zakat di Malaysia bergantung kepada negeri masing-masing dan terdapat lima waktu untuk membayar zakat fitrah.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2022 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Zakat adalah perkara yang wajib dikeluarkan oleh umat Islam dan ia merupakan rukun keempat daripada lima rukun Islam. 

Menurut Lembaga Zakat Selangor terdapat dua jenis zakat iaitu zakat fitrah (zakat yang difardukan kepada setiap individu mengikut syarat yang ditetapkan) dan zakat harta yang mempunyai beberapa pecahan seperti simpanan, perniagaan, pendapat dan lain-lain. 

Perintah menunaikan zakat fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, saat diwajibkan puasa pada bulan Ramadhan untuk menyucikan harta orang Islam yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia.

Kadar harga pembayaran zakat pula bergantung kepada negeri masing-masing dan ia berdasarkan makanan ruji sesebuah tempat, sebagai contoh nilai harga beras di negeri Selangor.

Penting juga untuk mengetahui waktu-waktu  membayar zakat supaya anda tidak terlepas dalam melaksanakan rukun Islam ini.

Segmen Refleksi hari ini berkongsi lima waktu untuk membayar zakat fitrah.

Waktu Harus 

Menurut mazhab Syafie, waktu ini bermula ketika masuk tarikh pertama sehingga berakhir bulan Ramadan. Ia boleh dilaksanakan sejurus sahaja masuk malam pertama bulan tersebut. 

Ini merujuk kepada nukilan Ibn Hajar dalam kitabnya yang menyatakan harus bagi pengeluar zakat kecuali pemerintah untuk menyegerakan bayaran zakat fitrahnya setelah masuknya Ramadan walaupun pada malam pertama Ramadan. 

Maka bayaran zakat fitrah sah bagi individu yang membuat pembayaran ketika dalam tempoh tersebut.

Waktu Wajib

Pada waktu ini pula, tempoh tamat umat islam wajib untuk membayar zakat fitrah adalah pada hari terakhir Ramadan. 

Ia merujuk kepada waktu senja atau sebelum terbenamnya matahari pada hari tersebut. 

Maka tidak hairanlah jika anda sedang membeli barang persiapan raya di pusat membeli -belah, masih terdapat amil-amil yang ditugaskan untuk membuka perkhidmatan pembayaran zakat di kawasan tersebut. 

Ini bagi memudahkan anda untuk membuat pembayaran secara terus. Kewajipan ini merujuk kepada nukilan Sheikh ‘Abdullah Bafadhal dalam karyanya:

وَتجب زَكَاة الْفطر بِشُرُوط إِدْرَاك غرُوب الشَّمْس لَيْلَة الْعِيد

Maksudnya: “Zakat fitrah diwajibkan dengan syarat melalui tenggelam matahari pada malam hari raya.”[4]

(Rujuk al-Muqaddimah al-Hadramiyyah: 128)

Waktu Afdal

Bagi waktu afdal pula, secara khususnya ia berada dalam tempoh di antara pagi raya dan sebelum solat sunat Aidilfitri dilaksanakan.

Pembayaran zakat ketika ini hukumnya adalah sunat. 

Hal ini kerana Rasulullah SAW sendiri mengeluarkan zakat sebelum baginda mengerjakan solat sunat Aidilfitri seperti mana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar R.A:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِزَكَاةِ الفِطْرِ قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ

Maksudnya: “Nabi SAW memerintahkan untuk membayar zakat fitrah sebelum orang ramai keluar untuk mengerjakan solat (hari raya).” 

(Riwayat Bukhari: 1509)

Waktu Makruh

Waktu makruh ini jatuh apabila anda membuat pembayaran zakat sejurus sahaja selesai solat sunat Aidilfitri. 

Namun ia bukanlah sesuatu yang salah jika kita terlepas waktu wajib semasa melakukan pembayaran. Hukumnya tidak berdosa akan tetapi mendapat pahala sekirannya dielakkan atau ditinggalkan. 

Merujuk kepada Ibn Hajar al-Haitami, hukum mengeluarkan zakat adalah sebelum solat sunat hari raya, jadi ia dianggap sunat juga untuk tidak melewatkan bayaran zakat selepas solat berkenaan kerana jika lewat hukumnya makruh (Makatabah al-Tijariyah al-Kubra. Jilid 3 halaman 308).

Waktu Haram

Haram hukumnya bagi seseorang itu membayar zakat sejurus tamatnya tanggal Syawal yang pertama dan secara khususnya apabila matahari terbenam selepas masuknya azan Maghrib. 

Bukan sahaja jatuh hukum haram malah wajib untuk digantikan zakat tersebut dengan serta merta. Seperti dinyatakan oleh Sheikh Zakaria al-Ansari dalam penulisannya:

(وَيَحْرُمُ تَأْخِيرُهَا عَنْ يَوْمِ الْعِيدِ) بِلَا عُذْرٍ كَغَيْبَةِ مَالِهِ أَوْ الْمُسْتَحِقِّينَ لِأَنَّ الْقَصْدَ إغْنَاؤُهُمْ عَنْ الطَّلَبِ فِيهِ (وَتَقْتَضِي وُجُوبًا فَوْرًا)

Maksudnya: “Haram melewatkan zakat selepas hari raya (aidilfitri) tanpa sebarang keuzuran seperti kehilangan hartanya atau hilang penerima zakat kerana zakat bertujuan untuk memenuhi tuntutan mereka. Wajib bagi orang yang melewatkan zakat itu menggantikannya serta-merta.

(Dari al-Kutub al-Islami. Jilid 1 halaman 388)

Oleh itu, janganlah terlambat membayar zakat dan rebutlah peluang mendapatkan pahala sunat mengikut waktu yang dijelaskan di atas.

Malah zakat kini sudah boleh dibayar secara dalam talian atau pandu lalu di kawasan-kawasan tertentu bagi memudahkan kewajipan tersebut dilaksanakan tepat pada waktunya. - Getaran, 6 Mei 2022.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Dana RM240 Juta Diseleweng: Tiada Penglibatan Institusi Zakat - Azam

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Tunggu Saat Akhir Bayar Zakat Fitrah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

 MAIS, SPRM Jalin Kerjasama Elak Penyelewengan Wang Sumbangan, Zakat

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN