web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Tip Untuk Wanita Hidup Lebih Yakin!

#SaksamaBersama Ikuti tip bernas ini untuk membina versi diri anda yang lebih baik.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Mar 2022 9:07AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak dahulu lagi, wanita Malaysia telah memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha pembangunan negara. 

Golongan wanita di negara ini bukan hanya mengungguli isu-isu kemasyarakatan, malah turut cemerlang dalam bidang ekonomi, sukan, pendidikan dan banyak lagi.

Antara tokoh-tokoh wanita hebat tersebut seperti Datin Paduka A. Mangalam S. Iyaswany yang mengasaskan Pure Life Society (1948) untuk mengangkat isu-isu kebajikan anak-anak yatim.

Datuk Ramani Gurusamy pula memperjuangkan hak wanita sejak era 1960-an. Tidak lupa juga Datuk Pandelela Rinong yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada sukan dunia.

Ketua Pegawai Kewangan Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB), Puan Ng Sim Kheng berkata, “Sebagai wanita, kitalah yang bertanggungjawab ke atas diri sendiri.

“Untuk memperkasakan diri, kita perlu mengawal pemikiran bagi merealisasikan impian yang ingin dicapai.

“Kita juga perlu kekal gigih dan berdaya tahan dalam perjuangan #SaksamaBersama. Marilah kita bersama-sama memperkasa diri sendiri demi kehidupan yang penuh keyakinan!” ucapnya.

Sempena bulan istimewa yang meraikan wanita ini, berikut cara-cara untuk golongan wanita bagi membina versi diri yang lebih baik dan yakin, menurut Puan Ng:

Puan Ng Sim Kheng
Puan Ng Sim Kheng

#1 Berani mengejar impian

Setiap insan mempunyai impian, baik lelaki mahupun wanita. Persoalannya, adakah kita berani untuk mengejar impian itu?

Mengejar impian dengan penuh semangat dapat menghadirkan unsur-unsur positif, yang seterusnya boleh membawa kebahagiaan dan kehidupan yang lebih sihat.

Pertama, kita perlu menanam niat terlebih dahulu sebelum merealisasikan sesuatu impian. Kita mesti berani dalam segala tindakan kita untuk mengejar matlamat tanpa berputus asa.

Dalam usaha itu juga, kita mungkin dapat memberi inspirasi kepada orang lain bagi mencapai impian mereka. 

Jika kita bergaul dengan orang-orang yang bersifat positif, nescaya kita juga akan positif.

#2 Bina Kekuatan

Selain pemakanan seimbang dan tempoh tidur yang cukup, senaman juga penting untuk meningkatkan daya tenaga seseorang.

Senaman membantu kita untuk menjadi lebih sihat dan meningkatkan keyakinan diri. 

Selain itu, gunakan aplikasi kesihatan yang merangkumi khidmat rundingan doktor secara dalam talian. Pemeriksaan kesihatan amat penting bagi menjaga kesihatan dan kecergasan tubuh anda. 

#3 Mencapai kebebasan kewangan

Semakin awal anda menabung, semakin besar jumlah simpanan. 

Tambahan lagi, kehidupan ini tidak dapat diramal. Sediakan payung sebelum hujan, dapatkan insuran perlindungan bagi membantu di masa sukar kelak.

Pembiayaan bil perubatan dan kos penyakit kritikal boleh memberi bebanan kewangan kepada anda dan keluarga sekiranya tidak bersiap sedia.

“Setiap wanita perlu merancang dan mengambil berat tentang kewangan peribadi masing-masing. Keperluan dan kemahuan kita berubah mengikut masa. 

“Oleh itu, kita perlu semat dalam fikiran, kebebasan kewangan sangat penting kerana ia salah satu elemen terpenting dalam memperkasakan wanita!” akhiri Ng. - Getaran, 25 Mac 2022

Gambar: PAMB


 

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 minggu yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Refleksi 2 minggu yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

3

Refleksi 2 minggu yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

4

Refleksi 3 minggu yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN