Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Adab Ketika Bertanya

Ada cara untuk bertanya dengan sopan terutamanya kepada orang yang tidak dikenali. Hari ini segmen refleksi berkongsi lima adab mengajukan soalan. 

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 4:07PM

Gambar: Afif Kusuma, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malu bertanya, sesat jalan. Ia peribahasa yang membawa maksud jika segan berusaha seseorang tak akan mendapat kemajuan. Tindakan bertanya adalah sesuatu perkara yang baik dan ia mungkin dapat menyelesaikan pelbagai persoalan serta masalah. 

Malah, ia juga sedikit-sebanyak dapat memperkukuhkan sesuatu maklumat yang anda kurang pasti ketepatannya. Namun, ada cara untuk bertanya dengan sopan terutamanya kepada orang yang tidak dikenali.

Hari ini segmen refleksi berkongsi lima adab ketika mengajukan soalan. 

Gambar: Rainier Ridao, Unsplash
Gambar: Rainier Ridao, Unsplash

Memberi salam atau ucapan selamat

Memberi salam adalah langkah pertama bagi menyapa seseorang untuk bertanya. Bagi umat Islam, perkataan assalamualaikum itu sendiri bermaksud selamat sejahtera ke atas kamu semua dan ia adalah sunnah Nabi Muhammad SAW. 

Selain itu, memberi salam atau ucap selamat bukan sahaja khusus kepada umat Islam. Buat yang bukan beragama Islam, anda boleh menyapa mereka dengan ucapan secara umum seperti selamat pagi, salam sejahtera dan seumpamanya sebelum memulakan pertanyaan. Amalan ini sebagai tanda hormat dan tidak mengejutkan seseorang dengan terus bertanya tentang hal yang ingin disampaikan. Seperti yang tercatat dalam di dalam al-Quran:

سَلَامٌ عَلَيْكُم بِمَا صَبَرْتُمْ ۚ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ

Maksudnya: “Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.” 

Surah al-Ra’d (Ayat 24)

Gambar: Pexels
Gambar: Pexels

Gunakan bahasa yang baik dan tidak kasar

Apabila hendak bertanya gunakan bahasa dan perkataan yang baik serta tidak kasar terutama kepada golongan yang lebih berusia. Ini bagi memudahkan seseorang untuk membantu menjawab persoalan yang ditanya dengan ikhlas. 

Tambahan lagi, ia dapat melembutkan hati seseorang untuk menghulurkan bantuan dan membantu dengan penyelesaian sesuatu masalah.  Cara pertanyaan yang kurang sopan dan kasar akan menyebabkan seseorang enggan membantu dan menjawab pertanyaan. Malah, bantuan yang ingin diminta mungkin tidak akan dilayan. 

Seperti petikan di dalam al-Quran:

فَقُولا لَهُ قَوْلا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى

Maksudnya: “Maka hendaklah kamu berdua berkata kepadanya dengan ucapan yang lemah lembut, mudah-mudahan dia mengambil peringatan atau berasa takut."

Surah Taha: Ayat 44

Gambar: Artem Maltsev, Unsplash
Gambar: Artem Maltsev, Unsplash

Tidak memotong kata-kata orang lain

Kadang-kala kita perlu melihat keadaan sekeliling untuk mengajukan soalan terutamanya kepada individu yang lebih dewasa. Jangan sesekali menyampuk atau memotong kata-kata seseorang yang sedang berbicara dengan pertanyaan anda. Sifat ini akan memperlihatkan anda seolah-olah tidak menghormati individu yang sedang bercakap.

Tindakan tersebut boleh menyebabkan orang di sekeliling merasa tidak selesa dan menjengkelkan. Maka, pastikan seseorang itu sudah selesai berbicara, kemudian angkat tangan sebagai isyarat ingin bertanya atau terus tanyakan soalan selepas itu.

Gambar: Charles Deluvio,Usplash
Gambar: Charles Deluvio,Usplash

Elakkan isu sensitif

Dalam konteks adab bertanya, isu senisitif merujuk kepada pertanyaan yang menyentuh hal peribadi seseorang. Kadang-kala pertanyaan ini berlaku tanpa kita sedari. Isu sensitif termasuk perihal hubungan, perkauman, keadaan fizikal seseorang dan sebagainya. 

Elakkan daripada bertanya tentang hal-hal sebegini terutama depan khalayak. Ini kerana perkara-perkara tersebut boleh menimbulkan adegan atau perasaan malu, memberikan tekanan, menimbulkan kemarahan seseorang dan mampu mencetus pergaduhan antara satu sama lain. 

Berfikir dahulu sebelum bertanya dan elakkan daripada membangkitkan soalan atau pertanyaan seperti ini. Hal ini juga dirujuk oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW pernah ditanya berkaitan sebab kebanyakan orang dimasukkan ke dalam syurga. Baginda menjawab:

تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الخُلُقِ، وَسُئِلَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ، فَقَالَ: الفَمُ وَالفَرْجُ

Maksudnya: “Taqwa kepada Allah dan baik akhlaknya.” Lalu Baginda SAW ditanya lagi berkaitan sebab kebanyakan manusia dimasukkan ke dalam neraka? Baginda SAW menjawab: “Mulut dan kemaluan.” 

Riwayat al-Tirmizi (2004)

Gambar: Brett Jordan, Unsplash
Gambar: Brett Jordan, Unsplash

Ucapan terima kasih 

Akhir sekali, perkara ini mungkin nampak mudah tetapi masih ada segelintir individu yang tidak mengamalkannya. Dua perkataan yang mudah untuk dilafazkan iaitu terima kasih adalah sebuah tanda penghargaan yang perlu diucapkan sejurus mendapat jawapan atas pertanyaan anda.

Tambahan pula, ia sangat berkait rapat dengan tanda bersyukur atas kebaikan yang diperolehi daripada seseorang. Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:

لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ

Maksudnya: “Tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi sesiapa yang tidak tahu berterima kasih pada manusia.”

Riwayat Abu Daud (4811) dan al-Tirmizi (1954)

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

3

Refleksi 2 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

4

Refleksi 3 bulan yang lalu

UAI Kata Haram Tidur Dengan Patung Seperti 'Teddy Bear', Pejabat Mufti Bagi Penjelasan Berbeza

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY

Jelajah 1 hari yang lalu

Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

Pelan daripada SeaMoney dan Allianz memberi jaminan keselamatan sedunia

oleh Rahayu MN