web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peduli Insan Dan InTeam Bantu Pelarian Syria 

Menerusi Kempen Musim Sejuk Syria ini, fokus tertumpu kepada inisiatif membekalkan pakaian, bahan bakar, alat pemanas, selimut, barangan asas, makanan dan pelaksanaan sembelihan. 

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 2:33PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penglibatan kumpulan InTeam dalam kempen Musim Sejuk Syria 2020/2021 (Siri 9) bersama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Peduli Insan telah memberikan banyak pengalaman berharga dan pemahaman yang mendalam tentang nasib yang menimpa pelarian-pelarian Syria sewaktu mengharungi musim sejuk yang mampu menggugat nyawa. 

Atas sebab itu, InTeam yang dianggotai Mohd Syah Abdul Khalid atau Syah, Muhammad Hazamin Harun (Hazamin), Hisyam Ahmad (Hisyam) dan Abdul Rahim Osman (Rahim) tidak berfikir panjang untuk meneruskan kempen Musim Sejuk Syria 2021/2022 (Siri 10) bersama Peduli Insan. 

Hazamin memberitahu bahawa InTeam berasa sangat teruja dengan peluang kerjasama serta kepercayaan yang diberikan Peduli Insan buat kali kedua ini. 

“Waktu kami terlibat dalam kempen terdahulu, saya sendiri telah berpeluang untuk pergi ke Syria untuk menyerahkan bantuan-bantuan ini kepada pelarian-pelarian Syria yang berada di utara wilayah Syria. 

“Keadaan mereka memang cukup menyedihkan. Pelarian-pelarian ini tinggal di kawasan khemah dan apabila musim sejuk tiba, mereka terpaksa berhadapan dengan bencana banjir.

“Musim sejuk mereka bermula dari Oktober hingga Januari. Tetapi suhu paling sejuk adalah pada bulan Januari. Sejuknya pula disertai dengan angin. 

“Bayangkanlah bagaimana keadaan mereka apabila berhadapan dengan musim itu dengan hanya tinggal di khemah-khemah serba daif, tidak begitu selamat, tidak selesa dan tiada sistem pemanas. 

“Saya sendiri pun bergelut untuk menyesuaikan diri dengan keadaan suhu yang sejuk di sana walaupun sudah memakai baju sejuk yang tebal,” katanya kepada portal Getaran. 

Kata Hazamin lagi, dia berharap akan dapat ke sana (Syria) lagi pada Januari tahun hadapan bersama Peduli Insan untuk menyerahkan bantuan kepada pelarian-pelarian tersebut hasil daripada kutipan dana yang dikumpulkan daripada masyarakat Malaysia. 

“Seronok bila melihat mereka (pelarian-pelarian Syria) tersenyum gembira apabila mendapat barangan-barangan yang diperlukan pada musim sejuk dan saya juga lega apabila dapat menyerahkan bantuan-bantuan yang merupakan amanah rakyat Malaysia ini kepada mereka. 

“Peminat InTeam juga memberikan reaksi baik serta sokongan penuh di atas kerjasama ini dan hasil sumbangan yang telah terkumpul sejak permulaan kolaborasi bersama Peduli Insan sehingga bulan Oktober lalu telah mencapai kutipan dana sehingga RM370,000,” katanya. 

Sementara itu, Pengerusi Peduli Insan, Mohd Luqmanulhakim Mohd Rezuan berkata, musim sejuk di Syria mampu menjejaskan keselamatan pelarian-pelarian Syria ini.  

“Suhu musim sejuk di sana mampu mencecah sehingga negatif 5 darjah celsius dan pelarian-pelarian Syria ini sering berdepan dengan bencana banjir, menyebabkan khemah, barangan keperluan seperti makanan, pakaian, selimut dan sebagainya musnah. 

“Dengan ujian penyakit tular dan berbahaya COVID-19, pelarian Syria yang tinggal di kem-kem ini juga menghadapi kesukaran dari segi mendapatkan makanan dan rawatan secukupnya, justeru berdepan ancaman nyawa terutama kanak-kanak, wanita dan orang tua,” katanya pada Majlis Sidang Media Pelancaran Kempen Musim Sejuk Syria (Siri 10) dan Kolaborasi Peduli Insan Bersama InTeam ini baru-baru ini. 

Menerusi Kempen Musim Sejuk Syria (Siri 10), fokus Peduli Insan bersama InTeam kali ini tertumpu kepada dua inisiatif iaitu Selimut Kasih Syria dan Suapan Kasih Syria.

Inisiatif Selimut Kasih Syria merangkumi pembekalan pakaian, bahan bakar, alat pemanas dan juga selimut kepada pelarian-pelarian Syria agar mereka dapat menghadapi musim sejuk dengan lebih selesa dan selamat. 

Manakala bagi inisiatif Suapan Kasih Syria, fokusnya adalah tertumpu kepada bakul makanan yang mengandungi barangan asas, makanan panas dan juga pelaksanaan sembelihan buat ibadah akikah, nazar dan sedekah di mana daging sembelihan akan diberikan kepada para penduduk di kem-kem pelarian Syria ini.

Setiap sumbangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia akan dimanfaatkan untuk memberi bantuan kepada kira-kira 250,000 pelarian Syria. 

Orang ramai yang ingin turut serta bersama-sama Peduli Insan dalam menjayakan misi Kempen Musim Sejuk Syria 2021/2022 boleh menyumbang ke akaun Bank Islam: 1203 8010 1363 75 (Pertubuhan Peduli Insan Malaysia). - Getaran, 19 November 2021

Gambar: Peduli Insan

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 minggu yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Refleksi 2 minggu yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

3

Refleksi 2 minggu yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

4

Refleksi 2 minggu yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden