Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Poligami Untuk Lelaki Dan Wanita Yang Kaya…?

Poligami yang harmoni hanya mampu terbina apabila para suami dan isteri-isteri membangun kekayaan jiwa yang luar biasa. Bagaimana pula dengan kekayaan material?

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 8:56AM

Seorang lelaki bersama empat isterinya dan salah seorang anaknya. Gambar hiasan oleh Saeed Khan, AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saya mensyukuri Allah Yang Maha Penyayang atas nikmat-Nya memberi saya kehidupan berpasangan dan berkeluarga di alam poligami.

Poligami yang dilaksanakan dengan baik, bersumberkan ilmu dan keimanan akan membuahkan akhlak dan kehidupan berkeluarga yang mententeramkan hati banyak pihak.

Poligami memberi pengalaman melalui hari-hari yang saya dan madu-madu dapat berinteraksi dengan baik, bekerjasama membantu urusan dan keperluan suami, serta hari-hari yang kami keluar makan, bercuti dan balik kampung bersama.

Poligami juga memberi peluang saya belajar bersabar untuk tempoh ketika komunikasi sesama madu teruji dan mencabar, ketika cemburu menggigit tangkai hati, ketika salah faham dan prasangka menguasai. 

Poligami yang baik dan harmoni bukan saja membahagiakan suami dan para isteri serta anak-anak, malah orang sekeliling akan mendapat teladan dan kebaikan.

Anak-anak merasa kasih sayang dan perhatian daripada ibu-ibu apabila para isteri bermadu saling menerima dan menyayangi anak madu seperti anak sendiri.

Isteri pertama, kedua, ketiga dan keempat akan bertambah luas persaudaraan dan kasih sayang apabila saling bertemu dan mengenal keluarga masing-masing.

Suami akan punya ramai ibu ayah mertua yang mendoakan keharmonian dan kesejahteraan buatnya sebagai pemimpin keluarga poligami.

Namun poligami harmoni hanya mampu terbina apabila para suami dan isteri-isteri membangun kekayaan jiwa yang luar biasa.

Sepertimana hadis Nabi SAW menyebut bahawa kekayaan sebenar adalah kekayaan jiwa. Jiwa yang kaya punya banyak lapisan kesabaran, kemaafan, kematangan, belas kasihan dan ketenangan.

Bagaimana dengan kaya material? 

Ya, suami yang ada kemampuan ekonomi adalah dianjurkan berpoligami untuk menjaga kebajikan wanita secara adil dan bertanggungjawab.

Namun sebahagian besar suami yang kaya harta berkata,"Saya memang sejak dulu berhajat berpoligami, insya-Allah saya mampu dari segi ekonomi nak menampung lebih daripada satu keluarga. Tapi isteri saya tak boleh terima..."

Situasi ini menuntut suami untuk kaya ilmu dalam membantu isteri pertama dan bakal isteri kedua menguruskan emosi dalam perjalanan berpoligami. 

Tanpa ilmu, suami hanya akan didorong nafsu untuk poligami. Dan buntu tika realiti rumah tangga poligami menjelma. Mungkinkah puan-puan, kakak-kakak di luar sana yang punya suami kaya dan sudi berkongsi kasih sayang dengan wanita lain?

Moga kalian para isteri pertama juga memperolehi ganjaran yang bernilai daripada Allah SWT atas usaha menghadiahkan pernikahan (baca: suami sendiri) kepada wanita lain. 

Suami pastinya akan bertambah sayang kepada isteri yang membantu memudahkan perjalanan pernikahan keduanya, atau ketiga mahupun keempat.

Sesungguhnya lelaki kaya harta yang layak berpoligami adalah lelaki yang juga kaya hati dan budi bahasa. Hatinya memahami dan empati serta sabar menghadapi isteri yang berat emosi menerima poligami.

Dalam kehidupan suami isteri, kekayaan hati dan kekayaan akhlaklah yang perlu suami isteri bangunkan bersama-sama. Bukankah isteri yang dicintai suami adalah juga isteri yang kaya budi pekerti? Yang tulus mencintai, yang halus cantik perkataan dan perbuatan.

Bernikah dan berpoligamilah buat suami yang kaya ilmu dan berakhlak mulia. Suami perlu bekerja keras mencari nafkhah dan rancanglah sumber ekonomi dan yakinlah bahawa isteri-isteri dan anak-anak akan dicukupkan rezekinya oleh Allah SWT, bukan oleh gaji lima angka. 

Suami yang kaya jiwa akan tenang mengurus masa, tenang mengurus kerjaya, tenang mengurus keperluan emosi dan seksual isteri-isteri, tenang dan kembali kepada Tuhan pada waktu ujian datang dari banyak penjuru. 

Poligami yang berjaya adalah teamwork. Sedarlah juga, sang suami pasti akan ada kekurangan sana sini.

Isteri haruslah membantu dan menyokong suami supaya dia dapat menunaikan tanggungjawab dengan terbaik sebagai ketua rumah tangga serta melaksanakan tanggungjawab dalam semua aspek kehidupan. 

Suami isteri sama-sama perlu uruskan secara teknikal bab masa dan kewangan, pengurusan anak-anak dan uruskan perasaan, fikiran dan seksual dengan selalu kembali kepada Tuhan. 

Menjadi isteri kedua juga harus menyuburkan kekayaan jiwa.  Lapang hati menerima suami yang telah punya isteri dan anak-anak. 

Jiwa isteri kedua yang kaya akan bersedia menerima isteri pertama dan anak-anak seperti keluarga sendiri. Andai jiwa miskin, mudah sempit dan sedih bilamana melihat suami menunaikan tanggungjawab menebar kasih sayang pada isteri pertama dan keluarga sedia ada.

Isteri kedua yang kaya jiwa juga memahami lagi empati apabila suami berada dalam fasa membangun keluarga poligami. Suami di alam realiti yang mahu memastikan keharmonian dua isteri dan semua anak-anak bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. 

Isteri kedua yang kaya jiwa akan mensyukuri lantas menjadikan dirinya kekuatan dan kedamaian buat suami yang berusaha adil dan bertanggungjawab.

Justeru keharmonian dan kebahagiaan - poligami atau monogami - hakikatnya adalah pada hati yang kaya, berlapis-lapis kesabaran dan perilaku mulia. Juga pada hati yang lapang dan kuat menongkah gelombang rumah tangga. 

Inilah maksud hakiki insan yang kaya. Dan semua sifat hati serta akhlak mulia lahir daripada kayanya ilmu. Diriku dan dirimu mampu menjadi insan yang kaya hakiki jika menambah takwa dan mencari ilmu tanpa henti. - Getaran, 24 September 2021

Semua gambar hiasan: Pexels, kecuali tertera

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Selangor Catat 1,617 Kes Poligami Tanpa Kebenaran Sejak 2019

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Kaleidoskop Sebuah Poligami Dan Cinta Tidak Kesampaian – Kisah Kahwin Syamsul Yusof Dan Lagu Poligami 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Poligami Di Selatan Thailand Bukan Disebabkan Lelaki Semata-mata Tapi…

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

‘Legal Wives’ Kisah Cinta Pemuda Islam Dan Gadis Katolik

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 13 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran