web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selangor Catat 1,617 Kes Poligami Tanpa Kebenaran Sejak 2019

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 9:37PM

Jumlah berkenaan adalah sekali ganda berbanding pemohon yang meminta kebenaran untuk bernikah dan berpoligami iaitu sebanyak 859 kes dalam tempoh sama. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Selangor mencatatkan 1,617 kes pasangan bernikah dan berpoligami tanpa kebenaran sepanjang 2019 hingga tahun lepas.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata jumlah berkenaan adalah sekali ganda berbanding pemohon yang meminta kebenaran untuk bernikah dan berpoligami iaitu sebanyak 859 kes dalam tempoh sama.

Menurutnya antara punca pasangan memilih untuk bernikah di luar negeri tanpa kebenaran adalah suami yang takut untuk memaklumkan hasrat untuk bernikah dengan wanita lain kepada isterinya selain menganggap  prosedur permohonan poligami adalah rumit.

"Prosedur untuk memohon poligami ini mudah sahaja. Kalau pergi ke Jabatan Agama Islam (JAIS), hanya perlu isi borang dan ikut prosedur operasi standard tertentu, tujuannya supaya dia (suami) boleh berlaku adil, mampu dari segi fizikal, kewangan dan kesihatannya.

Kita tidak boleh menikahi wanita lain tapi dalam masa sama mengabaikan tanggungjawab kepada isteri sedia ada," katanya kepada pemberita selepas Forum Kekeluargaan Undang-undang dan Pencerahan Undang-undang bertajuk 'Poligami: Mengikut Sunnah atau Mencari Rebah” di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, hari ini.

Abdul Aziz turut memaklumkan tindakan berpoligami tanpa kebenaran ini juga adalah suatu kesalahan di bawah seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Malah katanya pihak yang bersubahat terhadap kesalahan berpoligami tanpa kebenaran juga boleh dikenakan hukuman sama.

Mengulas mengenai isu pembatalan ceramah agama oleh Ustaz Azhar Idrus di Selangor yang pihak masjid mendakwa telah menghantar permohonan bagi mendapat pengecualian untuk membenarkan penceramah popular itu memberi ceramah, beliau berkata tiada laluan khas untuk mana-mana individu mendapatkan tauliah bagi memberi ceramah agama di negeri ini. 

"Mereka ada membuat permohonan untuk minta pengecualian (kepada Ustaz Azhar Idrus), tapi JAIS dengan tegas tidak memberikan pengecualian kepadanya kerana didapati ia tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan JAIS," katanya.

Selain itu Abdul Aziz turut menggalakkan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan tauliah memberi ceramah di Selangor untuk membuat permohonan kepada JAIS.

Beliau berkata permohonan itu dibuka untuk tempoh empat tahun sekali dan buat masa ini permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang rasmi JAIS sehingga 31 Mac ini. 

Katanya antara syaratnya ialah pemohon mestilah beragama Islam, berumur 18 tahun ke atas, sihat tubuh badan dan berakal, bermastautin di Selangor, tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah, mempunyai pendidikan di peringkat Empat Sanawi atau setaraf, selain lulus ujian bertulis dan menghadiri sesi temu duga sebelum penilaian dibuat oleh Jawatankuasa Pentauliahan JAIS. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

JAIS Keluar Arahan Tangguhkan Program Ceramah Oleh Ustaz Don Di Selangor

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Ustaz Don Hanya Tahu Direhatkan Terus Dari Salam Baitullah Menerusi X, JAKIM Kata Isu Kecil 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam