web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Legal Wives’ Kisah Cinta Pemuda Islam Dan Gadis Katolik

Drama bersiri 40 episod terbitan GMA Entertainment yang diarahkan Zig Dulay ini mengisahkan kisah cinta antara Ismael dan Diane yang penuh dengan liku.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2022 2:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kisah cinta pasangan yang berbeza agama dan lelaki yang mengamalkan poligami menjadi taruhan dalam drama bersiri romantik dari Filipina, 'Legal Wives' yang telah pun ditayangkan di slot Sakura di TV3 sejak 2 Februari lalu. 

Drama bersiri 40 episod terbitan GMA Entertainment yang diarahkan Zig Dulay ini mengisahkan kisah cinta antara Ismael dan Diane yang penuh dengan liku.

Ismael adalah lelaki golongan bangsawan beragama Islam dari Maranao yang kaya, manakala Diane ialah penganut agama Katolik. 

Ismael merahsiakan hubungan cintanya dengan Diane daripada pengetahuan keluarganya atas sebab perbezaan agama.

Dalam suatu kejadian yang tidak dijangka, Ismael terlibat dalam konflik keluarga sehingga menyebabkan dia membuat keputusan untuk menikahi Amirah, janda kepada abangnya.

Diane yang terluka dengan perbuatan Ismail telah membawa diri ke tempat lain.

Ismael terus menjejaki Diane kerana dia mahu membuktikan cintanya kepada Diane. Ismael hanya mengahwini Amirah atas tanggungjawab terhadap keluarganya.

Diane akhirnya menerima Ismael dan bersetuju untuk berkahwin dengannya sebagai isteri keduanya. 

Apabila Ismael dan Diane ingin memulakan hidup baharu sebagai pasangan suami isteri, dugaan baharu datang menguji. 

Kawan kepada Ismael merayu Ismael untuk mengahwini anak perempuannya, Farrah yang terlibat dalam satu skandal. Terhutang budi dengan kawan, Ismael akhirnya bersetuju. 

Amirah, Diane dan Farrah akhirnya menjadi isteri-isteri yang sah kepada Ismael. Bagaimanakah mereka melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan konflik?  

Menampilkan gandingan mantap pelakon-pelakon sensasi iaitu Dennis Trillo, Alice Dixson, Andrea Torres dan Bianca Umali, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan 'Legal Wives' pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.00 petang menerusi slot Sakura di TV3. - Getaran, 8 Februari 2022

 Gambar: TV3


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Filipina Akan Diterbangkan Ke Manila - Saifuddin

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Wanita Filipina Dipercayai Mangsa Bunuh Ditemui

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN