web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Agong Titah Wujud Senario Politik Baharu, Elak Krisis Berulang - Anwar Ibrahim

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 4:17PM

Anwar Ibrahim mengadakan sidang media selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. - Gambar Mohd Azim Abd Rahman

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya pemimpin politik saling bekerjasama bagi mencipta senario politik baharu untuk mengelakkan krisis kepimpinan berulang pada masa hadapan.

“Bentuk politik perlu berubah. Maknanya yang menang tu jangan jadi seperti yang telah berlaku. Menekan yang kalah,” katanya, usai sesi menghadap bersama baginda dua jam lalu.

Menurut beliau, Seri Paduka Baginda mahukan satu bentuk politik yang “lebih aman dan nyaman” demi menjamin kemaslahatan rakyat serta negara.

“Semua yang hadir (ke sesi menghadap ini) nampaknya ada satu persefahaman konsensus untuk menghentikan politik lama yang melelahkan dan membosankan,” kata Anwar.

Kesemua pemimpin tertinggi parti politik negara dipanggil menghadap Seri Paduka Baginda hari ini, bagi menamakan calon pilihan masing-masing untuk menggalas tugas sebagai Perdana Menteri baharu, susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Mereka dilihat meninggalkan Istana Negara menerusi Pintu 2 bermula jam 4 petang.

Selain Anwar, yang turut hadir adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Presiden PEJUANG Datuk Seri Mukhriz Mahahthir dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ini adalah kali kedua Seri Paduka Baginda menggunakan pendekatan demikian berbanding memperkenankan pembubaran Parlimen yang lazim dibuat jika mana-mana Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jemaah Menteri mengumumkan peletakan jawatan masing-masing selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Dalam satu notis pagi tadi, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun meminta semua Ahli Dewan Rakyat menyerahkan satu surat akuan bersumpah untuk menamakan calon pilihan masing-masing bagi menyandang jawatan Perdana Menteri.

Notis bertarikh 17 Ogos itu bagi membolehkan seorang daripada mereka yang mempunyai kepercayaan majoriti dilantik memegang portfolio nombor satu negara itu, selepas Muhyiddin melepaskan jawatan.

Menurut Azhar, surat berkenaan perlu diserahkan ke Istana Negara selewat-lewatnya sebelum jam 4 petang esok atau ia tidak akan diambil kira. - Getaran, 17 Ogos

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan