web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tangguh Sengketa Politik, Utamakan Basmi COVID-19 - Hadi Awang

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2021 1:25PM

Hadi Awang

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pemimpin parti politik negara digesa menangguhkan persengketaan dan perebutan kuasa yang dilihat kian rancak menular, tatkala negara masih dibelenggu pandemik COVID-19.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, hanya golongan tanpa berperikemanusiaan sahaja tidak akan mempedulikan keadaan dan kepentingan rakyat yang perlu diselamatkan sekarang.

Menurut beliau, tawaran dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pembangkang untuk mendapatkan sokongan rentas parti setelah beliau hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen, adalah munasabah.

“Maka kalangan yang menolak pelawaan untuk bersatu padu menyelamatkan rakyat dan negara, demi memenuhi kehendak politik peribadi yang sempit, adalah kelompok gila kuasa yang tidak mempedulikan nyawa rakyat.

“Setelah kita mengalami kemelut kerajaan dahulu yang bermasalah, sepatutnya kita memberikan masa kepada kerajaan hari ini agar dapat menyelesaikan masalah bersama,” katanya hari ini.

Hadi turut menyeru rakyat yang mahukan perubahan kerajaan untuk bersabar kerana mandat untuk mereka memilih hanya boleh dikembalikan selepas keadaan mengizinkan.

“Janganlah disebabkan tidak boleh bersabar seketika, kita akan menerima padah serta masalah yang lebih besar dan berat untuk dipikul.

“Cukuplah menjadi pengajaran kepada rakyat terhadap kerajaan yang telah lama memerintah, sehingga mereka dijangkiti penyakit rasuah.

“Kemudian, rakyat membuat perubahan kepada sebuah kerajaan yang menawarkan pelbagai janji, sehingga berani merombak asas Perlembagaan dan kedaulatan Islam, dan akhirnya telah dijatuhkan,” katanya.

Meskipun mendapat bantahan ramai, ada juga beberapa Ahli Parlimen pembangkang merasakan bahawa tawaran Muhyiddin tersebut wajar dipertimbangkan.

Antara yang senada termasuk Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming, kedua-duanya dari DAP.

Selepas sekumpulan Ahli Parlimen UMNO menarik semula sokongan mereka terhadap Muhyiddin pada minggu lalu, beliau hanya mempunyai sokongan daripada 100 Ahli Parlimen, berbanding 120 yang menentang.

Jumlah sokongan diterima daripada saki baki Ahli Parlimen UMNO bagaimanapun dikatakan semakin berkurangan, selepas Muhyiddin mengumumkan beberapa tawaran ‘luar biasa’ Jumaat lalu. - Getaran, 15 Ogos

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut