web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Retak, Ku Li Jadi Calon PM

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 1:26PM

Segelintir pihak dalam UMNO sedang melobi bagi Tengku Razaleigh menjadi calon perdana menteri. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keretakan dalam UMNO telah memberi ruang kepada segelintir pihak di dalam parti itu untuk melobi pemimpin veteran, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Perdana Menteri jika Kerajaan Perikatan Nasional (PN) runtuh.

Menurut sumber dalaman, penyokong Ahli Parlimen Gua Musang tersebut sedang berbuat demikian bagi menghalang kemaraan beberapa pemimpin kanan UMNO yang dikatakan mempunyai misi sama, lapor The Vibes.

Mereka adalah Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sumber daripada kalangan kerabat diraja mendakwa bahawa Tengku Razali, yang lebih mesra dikenali sebagai Ku Li, adalah individu yang paling sesuai sebagai calon PM.

Apabila ditanya perihal kedudukan dan pengaruh Ku Li dalam UMNO memandangkan beliau tidak memegang apa-apa jawatan kanan dalam parti, seorang lagi sumber menjawab Ku Li bukanlah satu-satunya calon berada dalam keadaan itu.

“Hishammuddin pun serupa sahaja. Malah dia bukan Ahli Majlis Tertinggi pun,” balas sumber itu.

Jawatan Zahid dalam parti menjadi goyah setelah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membatalkan penangguhan pilihanraya UMNO yang dilihat oleh pengkritik PN sebagai langkah proaktif Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri untuk melenyapkan pesaingnya.

Keputusan itu meruncingkan lagi kemelut UMNO apabila Setiausaha Agung RoS, Jasri Kasim menjelaskan bahawa Majlis Tertinggi tidak boleh membuat apa-apa keputusan buat masa ini kerana ia hanya berfungsi dalam kapasiti sementara sahaja.

Tambah Jasri, Majlis Tertinggi UMNO hanya boleh berfungsi seperti biasa selepas pilihanraya parti atau jika perkara tersebut dibangkitkan di perjumpaan tahunan parti.

Meskipun khabar angin mengatakan Zahid mahu menjadi Perdana Menteri, Ahli Parlimen Bagan Datuk tersebut mengatakan bahawa beliau tidak berminat dengan jawatan itu kerana mahu memberi fokus kepada kes mahkamahnya, mengukuhkan UMNO dan menggulingkan Muhyiddin.

“Buat masa ini, Zahid hanya mahu menggulingkan Muhyiddin,” kata sumber dalam parti.

Penarikan sokongan oleh 15 Ahli Parlimen UMNO yang memihak kepada Zahid telah mengucar-kacirkan Kerajaan PN.

Meskipun, Muhyiddin akan membentangkan usul undi percaya di Parlimen pada persidangan seterusnya bulan depan nanti, beliau dikhabarkan akan turun berunding dengan ketua-ketua parti dalam PN - kecuali Zahid hari ini.

Terdahulu, Zahid telah mengutuskan beberapa akuan bersumpah perihal penarikan semula sokongan sejumlah Ahli Parlimen UMNO terhadap Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tindakan Zahid itu, turut diikuti oleh barisan Ahli Parlimen di blok pembangkang termasuk juga seorang wakil Bebas, Dr Maszlee Malik.

Difahamkan, pengutusan akuan bersumpah tersebut adalah untuk membolehkan Seri Paduka Baginda untuk mengesyorkan kepada Muhyiddin bahawa ada keperluan untuk melaksanakan undi percaya sebelum persidangan Dewan Rakyat bulan depan.

Muhyiddin dijangka menghadap Agong pagi ini untuk memberi taklimat mesyuarat pra Kabinet kepada Seri Paduka Baginda sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat itu nanti. - Getaran, 11 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 2 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 17 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad