Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Cubaan Selamatkan Negara Dari Kancah Authoritarianism

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2021 5:34PM

Angka jangkitan COVID serta kematian yang direkodkan setiap hari semakin meningkat, sekali gus mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TENGAH malam nanti, Yang di-Pertuan Agong akan kehilangan kuasa besarnya yang dianugerahkan kepadanya menerusi ordinan-ordinan darurat.

Bayangkanlah, enam bulan lepas, negara dilanda kegelisahan apabila Proklamasi Darurat diisytiharkan pada 12 Januari dengan alasan untuk membendung pandemic COVID-19, yang mana pada ketika itu menjangkiti 141,533 orang dan telah membunuh 559 orang.

Proklamasi tersebut adalah susulan kegagalan percubaan pertama kerajaan untuk menasihati Agong supaya memperkenan pengisytiharaan pada Oktober tahun lalu.

Selepas enam bulan, darurat diisytiharkan, negara merekodkan 1,095,486 kes jangkitan COVID-19 dan 8,859 kematian (sehingga 30 Julai) serta kembalinya demokrasi berparlimen dalam masa beberapa jam lagi, rakyat semakin takut.

Ironinya, tempoh darurat, meskipun telah meluaskan bidang kuasa cabang eksekutif negara, ia juga menguatkan dan meluaskan peranan Agong sebagai Raja berpelembagaan yang mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang.

Isu ini telah dibincangkan secara meluas oleh pakar-pakar perundangan yang lebih berkelayakan daripada saya:

Tindakan Tanpa Perkenan, Agong Ada Kurang 36 Jam Singkirkan Muhyiddin

Mencari Penyelesaian Kepada Krisis Perlembagaan - Rajan

Seperti mana yang dikatakan oleh pakar-pakar tersebut, Baginda mempunyai kuasa untuk memanggil Parlimen bersidang, untuk membahaskan usul-usul tertentu malah juga boleh menentukan samada Perdana Menteri yang sedia ada masih mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.

Meskipun dibantu oleh Proklamasi Darurat, kerajaan Perikatan Nasional bukan sahaja gagal untuk membendung pandemik ini malah ia juga gagal untuk memulihkan ekonomi negara. 

Penguatkuasaan pelbagai jenis perintah kawalan pergerakan juga menyebabkan ratusan rakyat kebuluran dan membunuh diri kerana tekanan perasaan. Para doktor pula terpaksa memilih nyawa mana yang harus diselamatkan akibat sistem kesihatan awam yang kian tenat.

Parlimen pula tidak lagi dapat menyelamatkan negara daripada Kerajaan ini – melainkan Speaker Dewan Rakyat bertindak di luar jangkaan ramai: iaitu tidak menolak sebarang usul undi percaya terhadap Perdana Menteri dan hanya membenarkan kerajaan membahaskan usul berkaitan dengan pandemik dan Pelan Pemulihan Negara Sahaja.

Tingkahlaku kerajaan ini, yang secara terang-terang bersikap `kurang ajar' terhadap Raja adalah sangat mengejutkan.

Krisis Perlembagaan pada 1993 yang membabitkan pemansuhan kekebalan Sultan-Sultan daripada sebarang tindakan mahkamah pun tidak menyaksikan kebiadapan yang sebegini rupa oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Minggu lepas, apabila Agong menzahirkan dukacitanya terhadap pembatalan Ordinan Darurat pada 21 Julai, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak cuba untuk memohon untuk menghadap Baginda bagi menjelaskan keadaan.

Malah, Muhyiddin memilih untuk memberi maklum balas di khalayak ramai.

(Agong bertitah bahawa Baginda tidak memperkenan pembatalan tersebut dan menganggap bahawa Menteri Undang-Undang Datuk Seri Takiyiddin Hassan telah mengelirukan Dewan Rakyat.)

Memetik Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan, Muhyiddin menjelaskan bahawa Agong harus bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri.

Kalau begitu, mengapa Muhyiddin mentaati keputusan Agong untuk tidak memperkenankan pengisytiharan darurat pada 25 Oktober tahun lepas?

Jika seorang Perdana Menteri boleh berkelakuan sebegini biadap terhadap Agong, maka bayangkanlah bagaimana layanannya terhadap rakyat marhaen?

Meskipun darurat ditamatkan, ordinan-ordinannya masih boleh dikuatkuasakan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) 2021.

Ini termasuk ordinan yang membabitkan, sekatan pergerakan, mengekori mana-mana individu, pengedaran maklumat menerusi platform atas talian dan media serta menyambung sidang Parlimen.

Secara ringkasnya, ia adalah darurat yang tidak ada campurtangan Raja-Raja.

Ketua Whip blok kerajaan yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kerajaan Perikatan Nasional disokong oleh lebih dari 110 Ahli Parlimen.

Agong boleh menentukan jumlah sebenar sokongan itu dengan memanggil semua Ahli Parlimen untuk menghadapnya di Istana Negara ataupun menerusi perjumpaan atas talian.

Baginda kemudian boleh membuat pertimbangan samada untuk melantik Perdana Menteri yang baharu atau, jika Baginda berpuas hati, memberi mandat untuk kepimpinan yang sedia ada untuk terus mentadbir.

Semalam, sepucuk warkah yang kononnya diutuskan daripada Agong kepada Perdana Menteri tular.

Dokumen itu kelihatan seperti satu teguran buat Muhyiddin dan Takiyuddin yang memberi gambaran yang salah perihal satu sesi menghadap dengan Baginda yang membabitkan pembatalan ordinan-ordinan darurat.

Istana Negara yang selalunya pantas untuk menafikan berita-berita palsu seperti itu, memilih untuk mengunci mulut tentang hal ini.

Malah pegawai-pegawai Istana Negara memberitahu kepada The Vibes, tiada kenyataan media berhubung perkara itu akan dikeluarkan. Jadi adakah warkah itu benar?

Dan jika ianya benar, adakah ia sengaja ditularkan untuk mendedahkan pendirian Yang di-Pertuan Agong yang mahukan kedaulatan undang-undang serta kepentingan awam dipelihara daripada bibit-bibit autoritorianisme. – The Vibes, 31 Julai 2021.

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Semasa 23 jam yang lalu

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tumpas Sindiket Bekal Sistem Rekod, Kira Wang Kepada Pusat Panggilan