Berita Terkini

16 minit yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mencari Penyelesaian Kepada Krisis Perlembagaan - Rajan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2021 4:14PM

Sidang khas Dewan Rakyat yang bermula pada 26 Julai 2021 telah mencetuskan kontroversi susulan isu penamatan Proklamasi Darurat. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peristiwa minggu lalu telah mencetuskan perbahasan dan minat terhadap perlembagaan dan demokrasi berparlimen kita.

Ia sesuatu yang malang kerana semua usaha dan fokus seharuskan ditumpukan kepada usaha menyelamatkan nyawa dan memperbaiki ekonomi berikutan penularan COVID-19.

Saya telah ditanya oleh banyak pihak, sama ada media, ahli politik atau rakan-rakan peguam, mengenai pendirian saya mengenai apa yang berlaku di Parlimen sejak sidang khas bermula 26 Julai.

Seperti yang saya nyatakan kepada semua, saya tidak berminat dengan politik. 

Politik memecah-belah dan mengelirukan.

Saya senaraikan sebahagian soalan yang kerap ditanya sejak beberapa hari lalu.

Adakah Ordinan Darurat masih berkuatkuasa atau sudah ditarik balik?

Pejabat Perdana Menteri berkata ia sudah ditarik balik disebabkan Perdana Menteri telah menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan darurat.

Menurut PMO, Agong harus bertindak sesuai dengan nasihat Perdana Menteri seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 40 (1) Perlembagaan.

Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan harus dibaca keseluruhannya. Dalam hal ini, Perkara 40 (1) menyatakan bahawa Agong, dalam menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan atau undang-undang persekutuan, harus bertindak sesuai dengan nasihat Kabinet, tetapi ia juga menyatakan kecuali, seperti diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Ringkasnya, Agong mungkin enggan bertindak berdasarkan peruntukan ini walaupun dinasihatkan oleh Kabinet untuk melakukannya.

Perkara 150 adalah satu lagi peruntukan lain dalam perlembagaan yang membolehkan Agong untuk mengisytiharkan darurat, dan Baginda memiliki kuasa untuk menolak pengisytiharan tersebut apabila dinasihatkan oleh Kabinet, seperti yang dilakukan oleh Seri Paduka ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon pengisytiharan darurat pada Oktober tahun lepas.

Pemisahan kuasa ini ditegaskan dalam kes Mahkamah Persekutuan,  Datuk Seri Anwar Ibrahim lwn Perdana Menteri 2010, di mana mahkamah menyatakan Artikel 40 (2) Perlembagaan membahagikan fungsi Agong kepada dua kategori: fungsi yang boleh dilaksanakan oleh Seri Paduka mengikut budi bicaranya, dan yang harus dilaksanakan oleh Agong sesuai dengan nasihat menteri.

Oleh itu, untuk mengatakan bahawa Agong mesti, dalam semua keadaan, bertindak atas nasihat Kabinet dalam menjalankan fungsinya di bawah perlembagaan, pada pandangan saya, adalah tidak betul.

Sebagai alternatif, dengan anggapan bahawa Agong harus membatalkan Ordinan apabila dinasihatkan oleh Kabinet, Ordinan itu akan kekal berkuatkuasa kerana Agong belum memberikan perkenan.

Majlis Privy (Privy Council) dalam kes Teh Cheng Poh v Pendakwa Raya (1978), diputuskan oleh Lord Diplock bahawa pembatalan boleh dilakukan hanya menerusi resolusi yang diluluskan di Parlimen atau oleh Agong, dan jika Agong gagal berbuat demikian, maka mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk membatalkannya.

Tidak ada kerangka waktu yang ditetapkan dalam perlembagaan untuk Agong bertindak, dan hingga saat ini, belum ada pengesahan persetujuan Diraja.

Jadi, sehingga persetujuan kerajaan itu diberikan, atau Parlimen membatalkannya, Ordinan tersebut masih berkuatkuasa. 

Bolehkah Menteri Undang-Undang disiasat atas pengkhianatan atau kesalahan di bawah Kanun Keseksaan?

Tanpa peruntukan undang-undang yang ada, boleh dikatakan bahawa pengkhianatan bukanlah suatu kesalahan di Malaysia, dan oleh itu, adalah mustahil untuk mengenakan tuduhan pengkhianatan.

Satu-satunya peruntukan dalam Kanun Keseksaan adalah Seksyen 121, yang memperuntukkan seseorang boleh didakwa dengan tuduhan melancarkan perang terhadap Agong atau Raja.

Anda mesti mempunyai ketentuan khas untuk mengambil suatu tindakan, jika tidak, tiada kesalahan boleh diambil seperti termaktub di bawah Perkara 7 Perlembagaan.

Sebagai contoh, Thailand mempunyai undang-undang lese-majeste, namun kita tidak ada undang-undang sedemikian di Malaysia.

Tambahan, Perkara 63(2) Perlembagaan menyatakan tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang ketika Parlimen bersidang, dan Perkara 63(5) Perlembagaan menyatakan tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding di Parlimen.

Di bawah Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952, Ahli Parlimen mempunyai imuniti dari prosiding awam dan jenayah atas apa yang disebut di Parlimen dan ini termasuk kenyataan yang dibuat secara lisan oleh Ahli Parlimen.

Adakah Perdana Menteri Perlu Meletak Jawatan?

Perkara 43(4) Perlembagaan menetapkan jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan.

Ketua Whip dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan lebih 110 Ahli-ahli Parlimen masih memberi sokongan kepada kerajaan.

Daripada 222 kerusi Parlimen, ada 220 Ahli Parlimen yang masih ada dan kenyataan Ismail Sabri itu menunjukkan kerajaan mempunyai lebih separuh sokongan.

Terdapat beberapa cara untuk memastikan perkara ini: mengalihkan aturan tempat duduk yang menunjukkan bilangan Ahli Parlimen di sebelah kerajaan di Dewan Rakyat; undi percaya; atau, Agong memanggil semua Ahli Parlimen secara individu untuk mendapatkan pencerahan atau kebenaran kenyataan Timbalan Perdana Menteri. - Getaran, 30 Julai 2021

Datuk Seri Rajan Navaratnam adalah peguam kanan yang terkenal dan juga peguam bebas The Vibes.

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Dipenjara 10 Tahun, Denda RM6,000

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Tak Dedah Mengenai Pertemuan Dengan Raja Arab Saudi Ketika Siasatan – Saksi

Semasa 18 jam yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

Semasa 21 jam yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi