Berita Terkini

20 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tindakan Tanpa Perkenan, Agong Ada Kurang 36 Jam Singkirkan Muhyiddin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2021 4:07PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong mempunyai lebih kurang 36 jam untuk menyingkirkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selepas tengah malam esok, Proklamasi Darurat akan berakhir sekali gus menghadkan kuasa yang diperuntukkan kepada Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menerusi proklamasi tersebut, yang turut membabitkan perihal pemecatan Perdana Menteri.

Jadi, apa yang Baginda boleh lakukan?

Langkah yang paling ketara adalah dengan menitahkan supaya semua Ahli Parlimen datang menghadap, seorang demi seorang, di Istana Negara secepat mungkin bagi menentukan sama ada Muhyiddin masih mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Ia merupakan ukuran yang terbaik, memandangkan pembentangan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin dijangka dihalang oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Buat masa ini, Muhyiddin masih mendapat sokongan 114 Ahli Parlimen manakala pembangkang pula hanya mempunyai sokongan 105 Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkali-kali menyatakan bahawa partinya tidak menyokong Muhyiddin dan hanya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Jika kesemua 37 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan ke atas Muhyiddin yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh, maka kerajaan pimpinan beliau akan terbatal.

Kalau barisan jemaah menteri dan timbalan menteri daripada UMNO tetap mahu menyokong kerajaan yang goyah ini, parti tersebut masih mempunyai sejumlah 22 Ahli Parlimen untuk menggulingkan Muhyiddin.

Terdahulu, portal The Vibes, pernah melaporkan bahawa kerajaan PN boleh digulingkan dengan penarikan sokongan daripada lima Ahli Parlimen sahaja.

Namun, ini bermakna pihak pembangkang juga tidak boleh membentuk sebuah kerajaan yang kukuh, kerana ia hanya mendapat sokongan antara 109 dan 110 Ahli Parlimen.

Seorang pakar Perlembagaan Persekutuan yang meminta supaya identitinya dirahsiakan, memberitahu The Vibes bahawa mengikut sistem demokrasi Westminster, jika ternyata seseorang Perdana Menteri sudah tidak lagi mendapat sokongan Ahli Parlimen, maka Agong boleh memberi peluang kepada ketua pembangkang untuk cuba membentuk sebuah kerajaan majoriti.

Jika, pembangkang gagal untuk berbuat demikian, maka langkah seterusnya adalah dengan membentuk sebuah kerajaan minoriti.

Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menekankan sehingga tempoh darurat tamat pada tengah malam esok, Agong mempunyai kuasa mutlak menerusi Perkara 150(2) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau merujuk kepada Perkara 150(2B) yang menyatakan Agong boleh memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang didapatinya perlu mengikut hal keadaan.

“Perenggan ini menunjukkan bahawa Agong mempunyai kuasa mutlak ketika darurat, di mana Baginda memberikan kuasa tersebut kepada Perdana Menteri dan Jemaah Kabinet, di bawah Seksyen 11 Ordinan Darurat.

“Agong boleh menarik balik Seksyen 11 sekali gus melucutkan jawatan Muhyiddin dan seluruh Kabinetnya,” ujar Haniff.

Seksyen 11 Ordinan Darurat menyentuh kuasa eksekutif dan perundangan. Ia menyebut:

Selagi darurat berkuatkuasa -

(a) Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang diberikan kuasa eksekutif sebelum Proklamasi Darurat pada 11 Januari 2021 hendaklah terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan dan perundangan.

(b) Menteri Besar atau Ketua Menteri dan majlis eksekutif negeri yang diberikan kuasa eksekutif sebelum Proklamasi Darurat pada 11 Januari 2021 hendaklah terus menjalankan kuasa eksekutif negeri dan mereka yang diberikan fungsi eksekutif oleh undang-undang akan terus menjalankan fungsi tersebut; dan

(c) Fungsi perundangan untuk membuat perundangan tambahan di bawah undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri akan terus dilaksanakan oleh orang-orang yang diberi kuasa oleh undang-undang tersebut.

Seksyen itu menyebut, Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang diberikan kuasa eksekutif sebelum Proklamasi Darurat, hendaklah terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan dan perundangan.

"Ia turut memperuntukkan mana-mana orang yang diberikan fungsi eksekutif oleh undang-undang, hendaklah terus menjalankan fungsi itu," menurut dokumen ordinan berkenaan.

Apa yang terjadi semalam:

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa Sultan Abdullah berpendapat pembatalan Ordinan-ordinan Darurat bertarikh 21 Julai, telah “dibuat secara tergesa-gesa tanpa membentangkannya di Parlimen” dan “bercanggah serta mengelirukan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara.”

Perbuatan demikian telah “membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.”

“Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai 2021 lalu bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda,” tegas kenyataan tersebut.

Tidak pernah mana-mana Agong mengeluarkan kenyataan yang sebegitu tegas, di mana Baginda menamakan individu-individu di Putrajaya yang tidak mengendahkan pandangan dan hasrat Agong dan Raja-Raja Melayu.

Bagaimanapun, kerajaan memberi maklum balas kepada Agong bahawa mereka boleh berbuat sesuatu tindakan berdasarkan nasihat Jemaah Kabinet.

Kenyataan balas dari Pejabat Perdana Menteri semalam memetik Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Agong perlu bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.

Namun, peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam berpendapat bahawa Perkara 40(1) turut menyatakan bahawa meskipun Agong harus menurut nasihat Jemaah Kabinet, Baginda juga boleh berbuat sebaliknya sepertimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ini bermakna, terdapat peruntukan untuk Baginda berbuat demikian di bawah Perkara 40(1),” kata Rajan.

Contohnya, tambah beliau, seperti kuasa yang diperuntukkan kepada Agong di bawah Perkara 150, di mana Baginda mempunyai kuasa mutlak untuk mengisytiharkan darurat jika Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam terancam.

“Kuasa tersebut jelas kelihatan semasa Baginda tidak memperkenan Proklamasi Darurat yang dicadangkan oleh kerajaan pada Oktober 2020 lalu,” ujar Rajan. – The Vibes, 30 Julai 2021.

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

NGO Turun Padang Bantu Masyarakat Orang Asli KKB

oleh Noel Achariam

Semasa 1 hari yang lalu

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

Semasa 14 jam yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly