web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Kemuka Usul Dewan Rakyat Hilang Kepercayaan Terhadap PM

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 5:38PM

Anwar mewakili ahli-ahli Dewan Rakyat mengemukakan usul hilang kepercayaan kepada PM. - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan usul bahawa Dewan Rakyat hilang kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dimakzulkan daripada jawatan Perdana Menteri dengan segera.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata usul itu diserah kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun di bawah Peraturan 14(1)(h), 26(1)(d) dan 36(12) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat serta Perlembagaan Persekutuan.

“Dengan ini saya Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili ahli-ahli Dewan Rakyat mengemukakan usul seperti berikut:

“Bahawa Dewan Rakyat ini mengambil ketetapan untuk hilang kepercayaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin, Ahli Parlimen Pagoh dan dimakzulkan daripada jawatan Perdana Menteri dengan segera menurut Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen.

Anwar berkata dalam usul itu beliau menyatakan kenyataan media Istana Negara hari ini telah membidas sikap dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri  Takiyuddin Hassan yang mengelirukan Dewan Rakyat dengan menyatakan semua Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai, walhal ia telah dititahkan supaya dibentang dan dibahas di Parlimen bagi tujuan pengungkaian.

Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika dihubungi mengesahkan menerima usul daripada Ketua Pembangkang itu.

Sementara itu, Anwar pada sidang media itu berkata beliau turut meminta Takiyuddin meletak jawatan secara terhormat kerana melakukan kesilapan dan mengelirukan dewan.

Ditanya sama ada beliau akan menghadap Seri Paduka, Anwar berkata: “Itu kita lihat perkembangan dalam sehari dua ini, kalau perlu kita mohon menghadap”. - Bernama

TAG: , , ,

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 3 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran