web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Dukacita, Dewan Rakyat Kecoh Desak PM Letak Jawatan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 1:09PM

Wakil rakyat pembangkang berdiri di dalam Dewan Rakyat dan mendesak Perdana Menteri meletak jawatan. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sidang Khas Mesyuarat Dewan Rakyat, hari ini kecoh apabila wakil rakyat pembangkang mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.

Desakan itu susulan kenyataan Istana Negara yang menzahirkan rasa amat dukacita berhubung pembatalan semua Ordinan Darurat walaupun belum diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenyataan tersebut dibacakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mencetuskan kekecohan dan menyaksikan beberapa Ahli Parlimen blok pembangkang bangun sambil melaungkan ‘Perdana Menteri, Menteri letak jawatan’ berulang kali.

Anwar berkata, kenyataan itu jelas menunjukkan Kabinet yang diketuai Muhyiddin melanggar Perlembagaan, menghina institusi Raja Berperlembagaan.

“Ini termasuk juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mengelirukan dewan dan tidak bercakap benar kepada dewan serta mengelirukan rakyat Malaysia.

“Kita tidak ada pilihan selain menuntut Perdana Menteri meletakkan jawatan,” katanya.

Susulan itu, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar mencelah dengan mengusulkan supaya sidang dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.

Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon membuat keputusan menangguhkan sidang dewan selama 15 minit bagi membolehkan pihaknya meneliti kenyataan Istana Negara.

Sidang yang bersambung selepas tempoh itu, ditangguhkan sekali lagi Mohd Rashid sehingga jam 2.30 petang. - Getaran, 29 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad