web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MUP Mampu Beri Kesan Kepada PH, Berpotensi Gugat Sokongan Pengundi - Pakar

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2026 10:16AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemunculan parti politik baharu yang diterajui Datuk Seri Rafizi Ramli dijangka memberi kesan ketara terhadap Pakatan Harapan (PH), khususnya dalam kalangan pengundi bandar dan progresif yang selama ini menjadi tunjang sokongan gabungan itu, kata penganalisis politik.

Pakar sains politik, Profesor James Chin berkata, platform baharu Rafizi menerusi Parti Bersama Malaysia atau Malaysian United Party (MUP) berpotensi menarik sokongan daripada kelompok pengundi yang sebelum ini cenderung menyokong parti komponen PH seperti PKR dan DAP.

“Penyokong teras Rafizi terdiri daripada pengundi progresif dan masyarakat bandar yang sama sebelum ini menyokong PKR dan DAP.

“Maka, tidak dapat dielakkan sebahagian sokongan itu akan beralih kepada parti baharu ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan skala perubahan sokongan itu masih belum dapat dipastikan.

“Kita masih belum mengetahui sejauh mana pengundi akan beralih arah. Gambaran lebih jelas dijangka dapat dilihat dalam tempoh seminggu lagi, khususnya selepas parti itu membuka pendaftaran keahlian secara dalam talian,” katanya.

Dalam pada itu, perhatian turut tertumpu kepada kemungkinan wakil rakyat daripada PKR dan DAP menyertai parti baharu tersebut. 

Namun, Chin berpandangan, hanya sebilangan kecil ahli Parlimen dijangka meninggalkan parti masing-masing buat masa ini.

“Saya menjangkakan hanya beberapa ahli Parlimen akan bertindak keluar parti kerana kebanyakan mereka mahu mengekalkan kedudukan sedia ada.

“Namun begitu, ada kemungkinan sesetengah daripada mereka memilih bertanding di bawah tiket MUP pada pilihan raya akan datang sekiranya parti itu menunjukkan sokongan yang memberangsangkan,” katanya lagi.

Semalam, Rafizi bersama Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan keputusan untuk mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing.

Mereka turut mengesahkan akan meninggalkan PKR dan menyertai MUP pada Selasa, selain memaklumkan keputusan itu secara rasmi kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh menerusi surat rasmi.

Pada Ahad lalu, Rafizi dan Nik Nazmi dalam sidang media di Petaling Jaya turut mengesahkan mereka akan mengambil alih sebuah parti politik yang dikenali sebagai MUP.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah beberapa ahli Parlimen PKR termasuk Wong Chen (Subang), Datuk Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Rodziah Ismail (Ampang), Zahir Hassan (Wangsa Maju) dan Lee Chean Chung (Petaling Jaya).

Sementara itu, Felo Kanan Akademi Nusantara, Dr Azmi Hassan berpandangan, strategi MUP jelas mensasarkan pengundi muda, bandar dan separa bandar; segmen yang selama ini mempunyai pertindihan besar dengan asas sokongan PH.

“Kesan terbesar dijangka dirasai PH memandangkan pendekatan parti ini memberi tumpuan kepada pengundi muda di kawasan bandar dan pinggir bandar, yang secara tradisinya merupakan penyokong PH,” katanya.

Menurut beliau, kesan terhadap PH akan menjadi lebih besar sekiranya lebih ramai ahli Parlimen PKR memilih untuk menyertai parti baharu tersebut.

“Sekiranya lebih ramai ahli Parlimen PKR menyertai parti Rafizi, ia pasti akan memberi kesan lebih mendalam kepada PH. Namun, semuanya bergantung kepada jumlah wakil rakyat yang sanggup mengikut beliau,” katanya.

Dalam masa sama, Azmi berpandangan gabungan politik lain seperti Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) diramalkan tidak menerima kesan besar daripada perkembangan itu.

“Bagi PN, impaknya minimum kerana asas penyokong mereka berbeza. Situasi sama turut berlaku kepada BN yang mempunyai kelompok pengundi tersendiri,” katanya.

Dengan MUP dilihat cuba memposisikan diri sebagai platform baharu untuk menarik sokongan pengundi muda, penganalisis berpendapat kesan awal penubuhannya akan lebih dirasai dalam PH, sekali gus berpotensi mencetuskan perpecahan undi menjelang pilihan raya akan datang. - Getaran, 19 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 18 jam yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

3

Politik 3 hari yang lalu

Manifesto PH Sudah Dimuktamad, Kebajikan Belia Antara Fokus Utama - Fuziah 

4

Politik 4 hari yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

oleh Sophia Ahmad