web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Ucap Tahniah Kepada Hajiji Atas Mandat Baharu Sabah

Politik Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2025 3:38PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor atas mandat baharu yang diberikan rakyat bagi membentuk kerajaan negeri.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan menghormati mesej jelas yang disampaikan pengundi Sabah pada pilihan raya kali ini, yang menuntut perubahan selepas berdepan ketidakadilan dan pengabaian oleh pelbagai pihak sebelum ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata Kerajaan MADANI akan terus komited memperjuangkan tuntutan serta hak rakyat Sabah, sebagaimana yang telah dicapai dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

"Alhamdulillah, dalam tiga tahun yang lalu, kami berusaha merungkai setiap isu yang diwarisi, termasuk soal tuntutan dan hak yang menyentuh kepentingan Sabah.

"Dalam tempoh singkat ini, beberapa kemajuan yang nyata telah dicapai berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Katanya Kerajaan MADANI akan terus konsisten di landasan pembaharuan bagi memastikan Sabah menjadi negeri yang makmur, saksama dan tidak lagi dipinggirkan.

"Suara rakyat Sabah adalah amanah yang mesti kita junjung dengan sikap pertanggungjawaban yang tinggi," katanya.

Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah bagi penggal kedua awal pagi tadi di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman, dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu, di sini.

Mengikut keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, GRS memperolehi 29 kerusi manakala pencabar terdekatnya iaitu Parti Warisan (Warisan) memperoleh 25 kerusi diikuti Barisan Nasional (BN) (6), UPKO (3) dan STAR (2).

Pada PRN Sabah ke-17 ini, turut memenangi kerusi ialah calon-calon Bebas dengan lima kerusi.

Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pula masing-masing memperoleh satu kerusi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran