web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar, Erdogan Adakan Pertemuan 4 Mata

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2025 2:34PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini mengadakan pertemuan empat mata di Kompleks Perdana Putra.

Erdogan kini dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula semalam, atas jemputan Anwar.

Pertemuan yang bermula selepas upacara sambutan rasmi, berlangsung hampir satu jam.

Kedua-dua pemimpin itu kemudiannya meneruskannya dengan mesyuarat dua hala.

Antara agenda utama ialah meninjau kemajuan hubungan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) Malaysia-Turkiye, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan, halal, kerjasama tenaga, pengurusan bencana, kesihatan, sains dan teknologi serta kesalinghubungan.

Selain itu, kedua-dua pemimpin juga dijangka bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa, yang menjadi kepentingan bersama, termasuk Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia, penganjuran Forum Diplomasi Antalya ke-4 oleh Turkiye pada 2025, isu Islamofobia, serta perjanjian gencatan senjata terbaru di Gaza.

Hubungan Malaysia dan Turkiye kekal kukuh berdasarkan hubungan yang telah lama terjalin, khususnya selepas hubungan kedua-dua negara dinaik taraf ke peringkat CSP pada Julai 2022.

Sebagai Rakan Dialog Sektoral ASEAN, Turkiye berada dalam kedudukan strategik untuk memainkan peranan penting dalam memajukan keutamaan ekonomi ASEAN.

Turkiye menjadi Rakan Dialog Sektoral ASEAN pada tahun 2017, dengan Rangka Kerjasama Praktikal ASEAN-Turkiye (2024-2028) berfungsi sebagai rangka kerja bagi kerjasama strategik antara ASEAN dan Turkiye. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar