web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Mahkota Serlah Kerjasama Erat Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2024 6:39PM

- Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sekali lagi memperlihatkan kerjasama erat antara parti politik dalam Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata kerjasama antara parti itu terserlah di siri PRK sebelum ini apabila jentera parti saling membantu parti yang bertanding. 

"Kita (BN) tolong DAP di (PRK) Kuala Kubu Bharu (Selangor) kemudian kita tolong PKR pada PRK Sungai Bakap (Pulau Pinang) dan semua orang juga membantu kita (BN) baru-baru ini semasa PRK Nenggiri (Kelantan). 

"Kali ini yang bertanding ialah BN tetapi jentera semua parti dalam Kerajaan Perpaduan turut bersama-sama kita bagi memastikan kemenangan kerusi DUN Mahkota kepada calon kita," katanya pada pelancaran Pusat Operasi Perpaduan PRK DUN Mahkota di sini hari ini. 

Turut hadir ialah Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan calon BN pada PRK itu Syed Hussien Syed Abdullah.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Syed Hussien dan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar. 

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 28 September sebagai hari pengundian manakala hari undi awal ialah pada 24 September. 

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas semasa menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tun M Tidak Sihat, Bicara Kes Saman Terhadap Ahmad Zahid Ditangguhkan 19 Julai

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar