web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Parti Tempatan Diseru Utamakan Kepentingan Sabah

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2024 9:52AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU – Cadangan bekas speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia baru-baru ini agar hanya parti tempatan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang tidak disenangi parti-parti yang berpangkalan di Semenanjung.

Kenyataan Pandikar itu bagaimananapun menonjolkan isu yang lebih besar, iaitu perjuangan berterusan Sabah untuk mengembalikan komposisi satu pertiga kerusi di Dewan Rakyat seperti yang termaktub semasa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pandangan Pandikar, yang juga presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), senada dengan pendirian Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan bahawa penguasaan parti nasional Sabah menghalang usaha negeri itu untuk menuntut hak di bawah MA63.

Gesaan Pandikar supaya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertanding di semua 73 kerusi pada PRN Sabah juga telah disalah tafsir sebagai penolakan terhadap parti-parti nasional yang berpangkalan di Semenanjung.

Beliau menjelaskan, pakatan masih boleh dibentuk sebelum dan selepas PRN.

"Gesaan itu tidak bermaksud saya menolak bulat-bulat parti nasional, tetapi biarkan pengundi Sabah membuat pilihan.

"Kita masih boleh bekerjasama selepas itu (PRN), asalkan kepentingan Sabah diutamakan," katanya.

Pandikar juga berkata, isu kerjasama politik yang dibincangkan baru-baru ini telah meletakkan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor dalam keadaan sukar menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Katanya, Hajiji kini perlu berunding mengenai agihan kerusi dengan Pakatan Harapan (PH), yang ketika ini sebahagian daripada kerajaan negeri.

"Lebih baik semua parti bertanding solo dan bentuk pakatan selepas pilihan raya," kata beliau.

Kenyataan Pandikar itu sekali gus menyorot kembali bagaimana parti-parti berpangkalan di Semenanjung semakin mendominasi landskap politik Sabah.

Ia bermula pada 1990-an apabila UMNO melebarkan sayap ke negeri itu, sekali gus merubah struktur politik tempatan yang telah wujud sejak pembentukan Malaysia.

Sebelum itu, parti-parti tempatan seperti USNO dan Parti Bersatu Sabah (PBS) begitu kuat sehingga membolehkan negeri itu mengekalkan kuasa autonomi.

Kehadiran parti-parti nasional termasuk UMNO, dan kemudian PH, telah menyukarkan usaha pemimpin-pemimpin tempatan untuk mengembalikan komposisi satu pertiga kerusi di Dewan Rakyat.

Jumlah wakil rakyat Borneo di Parlimen, yang berfungsi untuk melindungi kepentingan Sabah dan Sarawak, semakin berkurangan, terutamanya selepas Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Ketika ini, Sabah dan Sarawak hanya memegang 56 daripada 222 kerusi di Dewan Rakayat, jauh daripada ambang satu pertiga yang termaktub dalam MA63.

Tidak seperti Sabah, parti-parti tempatan di Sarawak berjaya mendominasi kerajaan negeri melalui Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Di Sabah, GRS terpaksa membentuk pakatan dengan PH untuk kekal berkuasa.

Mengulas lanjut mengenai bilangan kerusi di Parlimen, Pandikar percaya pengaruh parti-parti nasional menjadi penghalang utama untuk mencapai matlamat tersebut.

"Ahli politik yang mewakili sesuatu pakatan nasional terikat dengan keputusan untuk memimpin negara, sekali gus menyukarkan lagi tuntutan Sabah seperti komposisi satu pertiga kerusi di Parlimen,” katanya. 

Bekas Speaker Dewan Rakyat itu mengakui, beliau melihat penguasaan parti dari Semenanjung telah melemahkan struktur politik Sabah.

"Saya pernah menjadi sebahagian daripada sebuah parti nasional. Sekarang saya sedar bahawa Sabah sudah hilang kerangkan politik asalnya.

"Kita perlu kembalikannya semula demi menjamin masa depan Sabah," ujarnya. - Getaran, 9 September 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad