web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘PAS Takkan Mampu Bentuk Kerajaan Di Putrajaya’ - Tun M

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2024 5:54PM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS tidak akan mampu membentuk kerajaan Persekutuan secara bersendirian, jika tidak dibantu parti atau sekutunya yang lain.

Mengesahkan perkara itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, populariti parti itu amat terhad dan tidak sekukuh seperti dibayangkan.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata, pengaruh mereka tidak dinafikan amat menebal di Kelantan, Terengganu dan Kedah namun ia masih belum mencukupi untuk membolehkan parti tersebut menguasai Putrajaya.

“PAS telah memenangi lebih daripada 40 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2022 tetapi itu tidak mencukupi untuk menjadi kerajaan.

“Mereka mesti bekerjasama dengan orang lain. Jika PAS mahu menjadi kerajaan, ia perlu mencari kira-kira 80 kerusi lagi bagi membentuk 112 (untuk majoriti mudah di Dewan Rakyat).

“Lapan puluh kerusi ini akan datang dari pantai barat (Semenanjung) dan orang pantai barat bukan penyokong PAS. 

“Jadi PAS dengan sendirinya tidak boleh memerintah negara. Ia perlu bekerjasama dengan bukan Melayu dan Melayu yang bukan ahli (atau penyokong) PAS,” katanya. 

Di Parlimen ketika ini, PAS (43 kerusi) dan BERSATU (25 kerusi) membentuk pakatan pembangkang, manakala Kerajaan Perpaduan dibarisi gabungan parti Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Malaysia Timur yang menguasai 153 kerusi.

Menerusi wawancara sama, Dr Mahathir yang turut ditanya mengenai UMNO iaitu parti pimpinannya selama 22 tahun sehingga 2003, sekali lagi menyalahkan Datuk Seri Najib Razak.

Najib Razak dianggap sebagai individu yang bertanggungjawab merosakkan UMNO - Gambar fail
Najib Razak dianggap sebagai individu yang bertanggungjawab merosakkan UMNO - Gambar fail

Katanya, Najib yang juga bekas Presiden UMNO telah merosakkan parti tersebut.

Dakwanya, mereka yang masih berada dalam parti itu berbuat demikian kerana didorong oleh wang ringgit. 

“Mereka mendapati jika anda menjadi wakil rakyat, anda boleh memperoleh pendapatan tetapi bukan itu sahaja, anda mendapat peluang perniagaan.

“Kami dapati mereka menjana wang untuk diri mereka sendiri, bukan mentadbir kerajaan,” katanya. 

Najib, yang menjadi presiden Umno pada 2009 sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun atas tuduhan rasuah yang dikaitkan dengan skandal kewangan 1MDB. 

Hukuman itu bagaimanapun telah dipendekkan kepada enam tahun, menerusi keputusan yang dibuat Lembaga Pengampunan. - Getaran,  29 Jun 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 42 minit yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad