web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peguam UMNO Akan Bantu Ketua Pemuda

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2024 8:10PM

Ketua Pemuda Dr Muhamad Akmal Salleh. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO akan membantu Ketua Pemuda Dr Muhamad Akmal Salleh mendapatkan khidmat guaman susulan  penahanannya  di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Sabah awal hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pihaknya telah meminta Peguam dan Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun untuk membantu pemimpin sayap Pemuda tersebut.

Asyraf turut berkongsi keadaan terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu yang kini berada sedang diambil keterangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

“Alhamdulillah beliau berada dalam keadaan baik dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang menjalankan tugas.

“UMNO telah pun meminta Peguam dan Penasihat Undang-Undang UMNO Hafarizam untuk membantu Dr Akmal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Asyraf berkata, Dr Muhamad Akmal memaklumkan beliau akan dibebaskan selepas polis selesai memgambil keterangan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata penahanan Akmal dibuat susulan dua laporan yang diterima pihak berkuasa berhubung isu terbabit.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.

Dr Muhamad Akmal sebelum ini lantang menggerakkan misi memboikot KK Mart susulan penjualan stoking bercetak kalimah Allah.

Bagaimanapun, pada 23 Mac lepas, kumpulan protes yang mahu membuat bantahan terhadap isu tersebut membuat kesilapan apabila berhimpun di hadapan pasar mini 99 Speedmart, yang jelas dimiliki syarikat berbeza.

Susulan gerakan boikot itu, tiga cawangan KK Mart diserang dengan bom petrol, masing-masing di Bidor, Perak; Kuantan (Pahang); dan Kuching (Sarawak).

Selasa lalu, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan stoking tertera kalimah Allah. – Getaran, 5 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad