web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen Tanjong Karang Nyata Sokongan Terhadap PM, Kerajaan Perpaduan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2024 3:28PM

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tanjong Karang, Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi hari ini menyatakan sokongannya kepada Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan nasib dan pembangunan penduduk di kawasan Parlimen Tanjong Karang terus terbela dan mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan insfrastruktur dan keperluan setempat.

Katanya, sokongan itu turut membabitkan pelaksanaan dasar dan inisiatif Kerajaan MADANI yang mengutamakan kebajikan, pembangunan, ekonomi dan kepentingan rakyat sehingga Pilihan Raya Umum akan datang.

Bagaimanapun, Dr Zulkafperi  yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tanjong Karang menegaskan bahawa beliau masih setia sebagai Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan tidak akan mengkhianati parti berkenaan.

"Menyedari keperluan kepada kestabilan politik dan kelancaran pemulihan ekonomi negara serta menginsafi keperitan kehidupan rakyat dengan kos sara hidup yang menghimpit ketika ini, masa saya, selaku Ahli Parlimen Tanjong Karang, dengan ini mengisytiharkan untuk memberi sokongan kepada pemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Ke-10 bermula dari tarikh kenyataan media ini dikeluarkan.

"Jadi, bagi memastikan kelangsungan Tanjong Karang seiring dengan pemerintahan peringkat Kerajaan Persekutuan, adalah wajar untuk saya bersama dengan kepemimpinan Putrajaya yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menerusi kenyataan itu, beliau turut menjelaskan, sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Ke-10 adalah tanpa sebarang paksaan dan tekanan daripada mana-mana pihak dan ia dilakukan dengan sepenuh hati untuk kepentingan penduduk Tanjong Karang.

"Buat semua penduduk Tanjong Karang yang sangat saya kasihi, marilah kita bekerjasama dan menyokong Kerajaan MADANI," katanya lagi.

Dalam Pilihan Raya Umum lalu, Dr Zulkafperi yang mewakili Perikatan Nasional, memenangi kerusi Parlimen Tanjong Karang selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Habibah Mohd Yusof dan tiga calon lain dengan majoriti 2,180 undi.

Beliau adalah ahli Parlimen keenam dari PN yang menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan selepas lima yang lain iaitu Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan  Zahari Kechik (Jeli) serta Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).

Sebelum ini, media melaporkan terdapat tujuh hingga lapan lagi Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) akan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan. - Getaran, 24 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

2

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad