web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Kemaman: Tempoh Kempen, Beri Gambaran ‘Keikhlasan’ Kerjasama PAS, Bersatu – Shabery

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2023 5:38PM

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Ketiadaan calon PAS bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau turun membantu parti itu untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, indikasi jelas mengenai ‘keikhlasan’ kerjasama gabungan itu.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perkara itu juga, memberi gambaran sebenar tahap penghormatan calon PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada presiden parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, yang merupakan parti gabungan PAS dalam PN.

“Mereka sudah melihat keretakan dalam Bersatu dan tidak merasakan Bersatu boleh diharap. Maka sebab itu bagi dia pemimpin Bersatu bukannya satu pemimpin yang perlu dihormati,” katanya ketika ditemui selepas mengiringi calon BN Tan Sri Jen (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkempen, di sini hari ini.

Semalam Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri hadir pada dua program di sini, untuk membantu jentera kempen Ahmad Samsuri, namun begitu kelibat Menteri Besar Terengganu itu tidak kelihatan termasuklah pada acara ceramah perdana, walaupun pada awalnya diuar-uarkan beliau akan turut bersama.

Namun, bekas Ahli Parlimen Kemaman itu berkata perkara tersebut bukan suatu yang pelik, kerana sejarah PAS membuktikan bahawa parti itu hanya mempergunakan parti-parti yang bekerjasama dengannya, selagi ia menguntungkan.

Apatah lagi, katanya tindakan beberapa Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberikan gambaran kepada pimpinan PAS bahawa Bersatu tidak boleh diharapkan lagi dan tidak perlu dihormati.

“Ini yang berlaku dengan Semangat 46 dan DAP. Mereka juga pernah bersama UMNO, tapi apabila mereka rasa tak boleh guna, mereka ketepikan. Ini juga akan berlaku kepada Bersatu,” katanya.

Sepanjang tempoh kempen PRK Kemaman yang masuk hari kesebelas hari ini juga memperlihatkan kelibat Ahmad Samsuri yang jarang kelihatan, bertemu dan berkempen dengan pengundi.

Mengulas mengenainya Shabery berkata ia terserah pengundi untuk mempertimbangkannya sendiri, sama ada mereka mahu diwakili Ahli Parlimen yang sukar ditemui.

“Jika sebelum diberikan mandat sebagai Ahli Parlimen sekalipun Ahmad Samsuri sudah sukar ditemui atas alasan sibuk melakukan tugas rasmi, apatah lagi sekiranya beliau menang nanti.

“Kalau orang yang memang dia tidak tunjuk muka, selepas ini lagi dia tidak akan tunjuk muka dan dia tidak akan peduli (kepada pengundi),” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad