web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kekal Kemenangan Pada PRU Akan Datang, Agenda Dapat Terus Dilaksana - Nurul Izzah

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 7:53PM

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Gabungan Kerajaan Perpaduan perlu mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi memastikan agenda dirancang demi kebaikan rakyat dapat terus dilaksanakan, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata, kemenangan itu harus bermula dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka diadakan tahun depan.

"Kemenangan pertama kita dirampas melalui langkah Sheraton (pada 2020) dan kemenangan kali ini (penubuhan Kerajaan Penubuhan) dicapai melalui gabungan.

“Jadi kita tidak boleh meneruskan agenda kita kalau tidak kekal kemenangan pada pilihan raya akan datang termasuk bermula dengan (PRN) Sabah," katanya ketika sesi penggulungan pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Nurul Izzah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perlis, Kedah dan Pulau Pinang berkata, anggota PKR juga harus mengelak daripada budaya fitnah bukan sahaja dari luar malah dalam parti kerana ia boleh ‘membunuh’ kejayaan parti walau sekecil mana pun, sekali gus ‘membakar’ usaha perjuangan mereka selama ini.

"Kalau kita boleh husnuzon (berbaik sangka) dengan parti lawan, takkan kita tak boleh husnuzon sesama sendiri,” katanya.

Nurul Izzah memberitahu perjuangan PKR sejak 25 tahun lalu adalah selari dengan ajaran Islam yang memperjuangkan rakyat dan menolak kezaliman.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, yang juga Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad mengingatkan kepimpinan dan jentera PKR supaya tidak putus asa untuk memenangi hati pengundi di Pantai Timur pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, keputusan PRN di enam negeri pada Ogos lalu tidak wajar dijadikan alasan meminggirkan pengundi di negeri-negeri Pantai Timur.

"Saya mohon untuk kita fikir jangka panjang memang kita belum menang di sana tetapi jangan ada pimpinan yang berputus asa dan memandang rendah kepada masyarakat di Pantai Timur," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi MPN Kelantan dan Terengganu (MPN) berkata, suatu ketika dulu pimpinan juga hadapi kesukaran dalam memenangi pengundi di Selangor, Sabah dan Sarawak, namun sekarang PKR dapat menembusi negeri-negeri berkenaan.

Nik Nazmi turut menyatakan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan mampu meraih sokongan pengundi Pantai Timur, sekiranya tekad menyelesaikan isu banjir yang seharusnya menjadi keutamaan.

Sementara itu, Naib Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Perpaduaan harus tegas melaksanakan dasar dan reformasi memandangkan gabungan itu kini menjadi pentadbir, dan tidak berasa gundah-gulana terhadap kritikan.

Beliau berkata, model perpaduan di Selangor dan Pahang akan terus diperkukuh kerana dalam sejarah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR adalah pemimpin pertama yang berjaya mengumpulkan 18 parti sebagai satu gabungan.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PKR yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, setiap inisiatif digariskan Kerajaan Perpaduan adalah selari dengan matlamat parti, dan antara tindakan perlu diambil adalah mengukuhkan komunikasi yang menjadi kunci membentuk perspektif positif. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

3

Politik 2 tahun yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad